Perlu diingatkan supaya pelajar untuk bersedia lebih awal, bersyukurlah bahawa pada tarikh penulisan ini anda masih mempunyai 7 bulan untuk bersiap sedia, gunakanlah dengan sebaiknya. Dalam membuat persediaan bolehlah memerhati serta menganalisis waktu subjek peperiksaan sebenar dalam draf jadual SPM 2013 yang disediakan oleh KPM.
Walaupun tarikh peperiksaan masih lagi belum dimasukkan, maklumat yang ada juga mampu memberikan sedikit gambaran tentang persediaan awal bagi mereka yang betul-betuk ingin berjaya.
Akhir sekali, ingin sekali pihak kami ingatkan kepada calon SPM 2013 supaya memanfaatkan sepenuhnya masa yang ada ini. Gunakan masa yang ada ini untuk memperbaiki keputusan dengan latihan dan pembacaan. Semoga suatu hari nanti kejayaan akan hadir oleh kerana usaha dan pengorbaan yang dilakukan.