

Tahun 2017 bakal berakhir, oleh kerana itu SPM juga semakin dekat. Mungkin ramai masih belum mempunyai jadual SPM 2017. Sebenarnya setiap calon akan dimaklum dan dibekalkan jadual SPM 2017 oleh guru di sekolah. Namun demikian, sekiranya hilang atau memerlukan salinan dalam bentuk softcopy anda boleh muat turun melalui pautan yang kami sediakan.
Jadual SPM 2017 amat penting untuk kegunaan calon. Hal ini kerana calon perlu mengetahui subjek peperiksaan yang bakal diambil untuk membuat persediaan awal. Persediaan yang boleh dibuat termasuk :
- Tiba awal ke dewan peperiksaan
- Keutamaan subjek ulangkaji
- Membiasakan diri dengan waktu peperiksaan
- Bersedia lebih awal dari segi fizikal dan mental
Jadual SPM 2017
SPM akan bermula 6 November 2017 ini , bermula dengan kertas Bahasa Melayu Kertas 1 iaitu jam 8 pagi hingga 10.15 pagi. Diikuti subjek pendidikan seni visual kertas 1. Pada petangnya kertas Bahasa Melayu kertas 2 yang bermula jam 2 petang hingga 4.30 petang.
Peperiksaan SPM dijangka berakhir secara keseluruhannya pada 4 Disember 2017 iaitu kertas English For Science And Technology. Walaupun demikian, ada pelajar yang habis awal SPM kerana tidak mengambil subjek tersebut.
Muat Turun Jadual SPM 2017
Jadual SPM 2017 boleh dimuat turun di Laman Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia :
Tips Sebelum Masuk Peperiksaan
Sebelum anda masuk ke dewan peperiksaan, terdapat beberapa tips sebelum masuk peperiksaan :
- Hati bersih – Pastikan tidak ada rasa marah, kecewa dan emosi lain.
- Mohon restu – Mohon maaf kedua ibu bapa dan guru serta rakan
- Sediakan nota ringkas – sebelum masuk ke dewan peperiksaan pastikan ada nota ringkas, tidak perlu membaca buku tebal, gunakan katakunci untuk membuat nota yang memudahkan ingatan.
- Cukup alat – Pastikan cukup segala alat sebelum masuk peperiksaan. Alat seperti kad pengenalan, slip peperiksaan dan alat tulis perlu disediakan lebih awal. Alatan khas subjek seperti alat geometri, calculator dan banyak lagi perlu disediakan mengikut subjek yang hendak diambil.
- Datang awal – Pastikan datang awal supaya diri tidak tergesa-gesa. Sifat cemas boleh membuatkan seseorang lupa dan menghadapai masalah untuk fokus menjawab soalan
- Ulangkaji akhir – Sebelum masuk peperiksaan boleh juga membaca nota ringkas yang dibuat.
- Berdoa– Setelah berusaha, berdoalah.. Rezeki boleh jadi milik kita hasil dari apa yang kita usahakan.