Muat Turun Jadual waktu peperiksaan STPM terkini bagi tahun 2011
Secara ringkas, Mengikut jadual waktu peperiksaan Sijil tinggi pelajaran Malaysia atau STPM 2011 akan bermula pada 21 November 2011 dimulakan dengan kertas pengajian am 2 ( esei ). Manakala ia akan tamat keseluruhan bagi aliran sains iaitu pada 15 Disember 2011.
Peperiksaan STPM ini merupakan penentu masa depan setelah beberapa kali calon STPM mengalami dugaan dan erti kegagalan bagi setiap peperiksaan awam yang ditempuhi. Persediaan awal termasuk belajar membiasakan diri dengan masa menjawab soalan penting menerusi jadual yang telah disediakan.
Untuk calon STPM, jadual boleh dimuat turun ( klik sini untuk download ) atau pergi ke laman web http://www.mpm.edu.my . Diharapkan perancangan yang strategik dan kebijaksanaan mengurus masa mampu sedikit sebanyak membantu dalam menghasilkan keputusan cemerlang dalam STPM 2011 yang bakal ditempuhi.
Selamat Berjaya.