UPSR ( Ujian Penilaian Sekolah Rendah) merupakan suatu ujian yang oerlu diambil oleh setiap pelajar Darjah 6 sekolah rendah. Setiap pelajar wajib mengambil peperiksaan ini tanpa sebarang pengecualian. Hanya terdapat satu jenis sahaja peperiksaan iaitu peperiksaan bertulis. Dalam masa terdekat ini, LPKPM ( Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia) akan mengeluarkan perincian jadual waktu UPSR. Oleh sebab itu, rajin-rajinkan diri anda menyemak jadual terkini di laman Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut ialah tarikh rasmi bagi peperiksaan UPSR yang telah dikeluarkan:
1-3 September dan 7-8 September 2020-UJIAN BERTULIS
Untuk maklumat lanjut, anda dianjurkan untuk menyemak jadual terkini di laman web LPKPM.


Sebagai makluman juga, keputusan yang cemerlang di UPSR boleh melayakkan anda melanjutkan pelajaran di SBP iaitu Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM iaitu Maktab Rendah Sains Mara. Oleh itu, anda sangat digalakkan untuk membuat yang terbaik dalam UPSR.Bersedialah dari awal kerana anda akan lebih berpotensi untuk berjaya apabila dapat menjawab soalan ujian dengan tenang.