Jangan Putus Asa

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Jangan Putus Asa – Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Gagal dua kali juga bukan bermakna gagal selamanya. Jangan putus asa dan teruskan mencuba.

Gagal! Satu perkataan yang saya yakin amat tidak disukai oleh sesiapa pun. Tiada siapa mahu mendengar perkataan ini daripada orang lain. Walaupun hal sekecil anda gagal dalam ujian memandu hingga sebesar anda gagal dalam ujian akhir pengajian anda. Anda juga pasti tidak mahu gagal dalam apa jua yang anda sedang lakukan seperti menghafal Al-Quran pasti amat kecewa jika gagal menghafal seperti yang anda kehendaki.

Semua orang tahu bahawa akan ada lebih dari sekali kita akan gagal dalam sesuatu dalam hidup ini. Bohonglah kiranya ada yang tidak pernah menghadapi kegagalan dalam hidup. Lihatlah sejarah, semua orang ternama yang berjaya pasti bermula dengan titik hitam dalam hidup mereka. Mengapa? Kerana mereka menjadikan kegagalan sebagai satu pendorong untuk diri mereka dan bukan semata-mata sebagai kegagalan.

Inilah yang patut kita fahami dan lakukan. Tidak semua orang bernasib baik Berjaya melakukan sesuatu hanya dalam sekali percubaan. Bukankah pengalaman menghadapi kegagalan bakal menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan hebat. Oleh itu, janganlah kita sekali-kali memandang rendah terhadap diri kita setiap kali menghadapi kegagalan. Orang yang kuat bukanlah orang yang Berjaya melakukan apa saja, tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu bangkit dari kegagalan yang teruk lalu naik ke puncak hidup tidak kira berapa kali dia tersungkur kerana dia tidak gentar mencuba untuk mencapai apa yang diingininya.

Hanya satu perkara yang dapat membantu kita dalam hal ini iaitu sabar. Sabarlah dalam menghadapi ujian Allah. Sebagai umat Islam, kita patut yakin dan bersyukur kerana Allah hanya menurunkan ujian bagi mereka yang mampu menghadapinya. Mungkin ayat ini sudah lapuk, tapi ialah sebenar benar pendorong hidup; segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Wallahualam.

 

1 thought on “Jangan Putus Asa”

  1. Pingback: Cara Mudah Belajar dan Berkat –Xpresi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top