Jangan sesekali kata tidak boleh

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Jangan sesekali kata tidak boleh (Never say you can’t)

“Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan”

Inilah lirik lagu yang popular di satu masa dahulu, biasanya selalu berkumandang ketika demam olimpik atau acara-acara sukan yang disertai Malaysia. Kebetulan demam olimpik sedang melanda negara sekarang.  Mungkin anak-anak sekarang tidak lagi mendengar lagu ini. Tetapi semasa saya kecil inilah lagu yang selalu didengari.

Walaupun ianya hanyalah sebaris ayat yang pendek tetapi maksud yang dibawa adalah sangat mendalam. Tidak dinafikan, semua orang walau sesiapa sahaja ampu mengucapkan kata-kata ini dengan sekali lafaz. Sungguh mudah bukan. Tetapi berapa ramaikah yang benar-benar faham dan mengerti akan maksud sebenarnya? Percayakah kita, kata-kata ini dan lain-lain kata yang kurang lebih sama, boleh menjadi motivasi psikologi yang paling kuat? Hakikatnya untuk mencapai sesuatu kejayaan, hampir 90% daripadanya adalah hasil daripada fikiran yang positif; yakin bahawa kita boleh buat dan akan berjaya. Skil dan teknik hanya memainkan peranan yang kecil dalam menyumbang kepada sesuatu kejayaan tetapi tetap perlu ada. Mengapa?

Ini adalah kerana potensi diri manusia masih belum di jelajah dengan sepenuhnya lagi. Bagi manusia kini, kita hanya menggunakan 10% daripada seluruh keupayaan otak kita. Tetapi lihatlah, dunia membangun dengan cepat. Teknologi semakin meningkat dari masa ke semasa. Manusia semakin bijak. Tetapi semua itu hanya dilakukan menggunakan 10% otak kita. Bayangkan apakah yang akan berlaku sekiranya otak kita digunakan 100%. Saya tidak mampu membayangkan.

Berbalik kepada isu asal. Fikirkan boleh, kita pasti boleh. Lebih mudah untuk difahami sekiranya disertakan contoh. Cuba kita lihat yang paling dekat dan paling mudah. Perlawanan antara Lee Chong Wei dan Lin Dan. Tahun lalu, saya melalui pengalaman di ISN iaitu Institut Sukan Negara. Saya bukanlah pengkaji sukan atau perlawanan, tetapi telah diberitahu bahawa prestasi kedua-dua pemain dunia yang hebat ini hakikatnya telah sampai kemuncak dan mereka berada pada taraf yang sama atau tidak jauh beza. Tetapi apabila mereka berdua bertemu dalam sesuatu perlawanan, ianya adalah amat menarik dan mengujakan. Skil, teknik, gaya permainan, dan prestasi antara mereka berdua tidak melebihi satu sama lain. Apa yang menentukan kemenangan mereka hanya satu iaitu kekuatan mental. Yang mana antara mereka adalah lebih yakin akan mampu mengalahkan yang lain. Maka ia tidak lagi terletak pada skil, namun tetap perlu.

Apa yang ingin diperkatakan di sini ada banyak lagi contoh lain. Malah ramai pihak mangatakan bahawa sesiapa sahaja boleh membuat apa sahaja jika dia yakin dia mampu. Semuanya berbalik kepada kekuatan mental. Hal ini harus dierapkan kepada semua peringkat tua, muda, pelajar sekolah, mahasiswa, pekerja, peniaga dan sesiapa sahaja. Dengan itu, segala yang diingini pasti tidak mustahil. Tetapkan target kita pada hari ini. Matlamat yang ingin dicapai. Kemudian katakan yang anda boleh, dan anda akan berjaya. InsyaAllah, kejayaan akan menuju anda. 

Fikirkan Boleh – Lagu dan Lirik <

Wallahualam.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here