Jawatan Dalam Sektor Kerajaan Lulusan PT3/PMR

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Jawatan dalam sektor kerajaan


Jawatan dalam sektor kerajaan yang masih ramai tidak ketahui dengan hanya menggunakan lulus PT3/PMR sahaja.  Ramai yang tidak ketahui kerana terlalu ramai memandang kepada pendidikan tinggi sahaja mampu mempunyai kestabilan ekonomi dalam keluarga dan bekerja di sektor kerajaan. Sebenarnya pandangan tersebut salah kerana setiap insan yang bernama manusia mampu meraih kestabilan ekonomi dalam keluarga sekiranya mereka mahukannya.

Kini bagi mereka yang tidak mempunyai kelulusan pendidikan yang tinggi juga mampu mendapatkan jawatan dalam sektor kerajaan. Hal ini disebabkan oleh, sektor kerjaan ada membuka peluang pekerjaan bagi mereka yang hanya mempunyai lulusan PT3/ PMR sahaja.

SYARAT KELAYAKAN JAWATAN DALAM SEKTOR KERAJAAN BAGI CALON PMR/ PT3

Jawatan dalam sektor kerajaan dengan memggunakan kelayakan PMR/PT3 Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam. Calon hendaklah memenuhi syarat minimum PMR/PT3 iaitu:-

a. memperoleh sekurang-kurangnya KEPUJIAN (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya LULUS (Gred D) dalam empat (4) mata pelajaran lain TERMASUK mata pelajaran Matematik di peringkat PMR

ATAU

b. memperoleh sekurang-kurangnya KEPUJIAN (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya LULUS (Gred E) dalam empat (4) mata pelajaran lain TERMASUK mata pelajaran Matematik di peringkat PT3.

INFO TAMBAHAN!!!

Syarat-syarat yang dinyatakan di atas adalah DIKECUALIKAN bagi BEKAS ANGGOTA POLIS/ BEKAS TENTERA yang memohon jawatan kelayakan setaraf PT3/ PMR.

Syarat tersebut tertakluk kepada:-
√ Calon yang telah DISAHKAN dalam PERKHIDMATAN ketika berkhidmat sebagai anggota polis/ tentera.
√ Mempunyai rekod perkhidmatan yang baik
√ Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu

Jawatan dalam sektor Kerajaan dengan lulusan PT3/PMR

Bentara Parlimen Gred N11

Bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada Ahli Parlimen semasa:-

  • Dewan bersidang
  • Mengedar surat, risalah dan nota-nota dalam dewan parlimen
  • Memantau keselamatan
  • Disiplin Ahli Parlimen dan pelawat-pelawat di dalam dewan
  • Membantu mengatur buku-buku/ risalah-risalah dan Aturan Urusan Mesyuarat (Order Paper) sebelum persidangan dewan bermula.

Selain itu juga, bentara parlimen turut membantu mengendalikan persidangan-persidangan antarabangsa serta mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa dewan. Mereka juga bertangungjawab dalam menjalankan tugas-tugas menyambut para tetamu yang datang ke Parlimen Malaysia terdiri daripada para tetamu kerajaan, pembesar negara asing, delegasi luar dan dalam negara, badan-badan bukan kerajaan (NGO), para pelajar dan orang awam.

“Begitu besar tanggungjawab bentara parlimen yang terkadang kita sendiri tidak sedari, maka pandanglah dari segi tanggungjawab bukan jawatan”

2) Operator Loji Gred H11

Jawatan dalam sektor kerajaan

Operator Loji bertanggungjawab ke atas pengendalian loji/jentera statik jabatan sama ada dandang stim atau enjin pembakaran dalam, penyenggaraan berjadual/berkala ke atas dandang, prosedur keselamatan dandang serta pengurusan sistem sokongan yang bersangkutan dengan dandang. Dalam erti kata mudah, operator loji memainkan peranan penting dalam sistem jentera dan enjin. Tanpa mereka, proses pentenggaraan akan bermasalah.

Info Tambahan :  Pakej 5G Rahmah: Internet Pantas Telefon Pintar Mampu Milik 2023

3) Pemandu kenderaan Gred H11

Jawatan Dalam Sektor Kerajaan Lulusan PT3/PMR 1


Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan LESEN MEMANDU yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

***BUKAN LESEN MEMANDU TERBANG YA***

Selain daripada pandai memandu pemandu kenderaan juga perlu PANDAI dalam:-

  • Penjagaan kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.

Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah :-
√ Kereta,
√ Van
√ Bas,
√ Lori
√ Traktor pertanian dll

4) Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Gred H11

Bertanggungjawab dalam memindah, mengangkut, mengalih dan menyusun apa juga jenis beban seperti kargo pukal, kargo pukal cerai, kontena, mesin dan lain-lain dari kapal ke dermaga atau sebaliknya.

KLIK DISINI  bagi ketahui lebih lanjut akan untuk ketahui penerangan jawatan

5) Pembantu Awam Gred H11

Jawatan pembantu awam ini sukar untuk diperkenalkan kerana pembantu awam ini lebih berpandukan kepada sektor yang diikuti. Justeru itu, setiap pembantu awam mempunyai kepelbagaian tanggungjawab.

Antara tugasan pembantu awam adalah:-

  • Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal
  • Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

6) Pembantu Hidupan Liar Gred G11

Jawatan Dalam Sektor Kerajaan Lulusan PT3/PMR 2

Bagi penjawat jawatan pembantu hidupan liar ini mereka akan ditempatkan di Jabatan Perhilitan bagi membantu pegawai Perhilitan dan menjinakkan haiwan liar sekiranya menggangu ketenteraman awam.

Pembantu hidupan liar ini akan terlibat secara langsung dalam memantau dan melaksanakan program pemeliharaan haiwan di setiap lokasi penempatan mereka. Mereka juga perlu lakukan rondaan serta pengeledahan sekiranya mereka mendapat laporan akan keganasan hidupan liar.

Info Tambahan :  Pengeluaran KWSP: 17 Jenis Pengeluaran Yang Boleh Dilakukan

7) Pembantu operasi Gred N11

Pembantu operasi adalah salah satu jawatan yang melancarkan segala urusan di pentadbiran pejabat. Termasuk diperingkat kementerian, agensi /jabatan dalam urusan pergerakan fail dan dokumen.

8) Pengawal Keselamatan Gred KP11

Pengawal Keselamatan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan. Tugasan ini melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan. Selain itu, ianya juga termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

9) Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Pembantu Perawat Kesihatan bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan TUGAS-TUGAS ASAS berkaitan dengan:-
√ Penjagaan pesakit
√ Penyediaan peralatan
√ Mengambil dan merekodkan data pesakit

“Tanpa pembantu perawatan kesihatan maka bertambahlah tugas para jururawat di hospital. Justeru itu, setiap jawatan mempunyai kepentingan masing-masing”

10) Pengawas Hutan Gred G11

Pernah mendengar Ranjer Hutan?
Pengawas Hutan bukan Ranjer Hutan tetapi mereka adalah golongan yang MEMBANTU ranjer hutan dalam :-

  • Melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan,
  • Melaksanakan dan memantau aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.

11) Penghantar Notis Gred N11

Penghantar Notis ini seperti mat despatch di sektor swasta. Mereka bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas penghantaran notis dan dokumen berkaitan kepada semua pihak yang berurusan dengan organisasi.

“Bukan semua urusan boleh melalui penghantar alam maya, justeru itu penghantar notis juga adalah salah satu golongan yang penting dalam sektor kerajaan”

Sekarang anda sudah ketahui beberapa tawaran jawatan dalam sektor kerajaan yang ditawarkan oleh pihak SPA kepada mereka yang hanya mempunyai lulusan PT3/ PMR sahaja.

**Dalam kehidupan ada turun naiknya, maka sebagai insan yang bergelar manusia kita perlu sentiasa fokus dengan apa yang kita perolehi agar tidak terlepas apa yang dikehendaki**

Rujukan:-
1) https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/pmr-pt3
2) https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/pendaftaran-pekerjaan-spa9

1 thought on “Jawatan Dalam Sektor Kerajaan Lulusan PT3/PMR”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top