Jawatan Kosong MQA (Agensi Kelayakan Malaysia)

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

MQA

Jawatan kosong MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) telah membuka peluang pekerjaan kepada calon yang layak untuk mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan kosong ini. Terdapat beberapa jenis jawatan kosong yang ditawarkan. Justeru itu, kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA yang berminat digalakkan untuk memohon.

Antara jawatan kosong adalah:-

  1. Pegawai tadbir Gred N41 kekosongan adalah 1MQA
  2. Akauntan Gred WA41 kekosongan adalah 1MQA
  3. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 kekosongan adalah 1Jawatan Kosong MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) 1
  4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ operasi) Gred N19 kekosongan adalah 4Jawatan Kosong MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) 2
  5. Pemandu Kenderaan Gred H11 kekosongan adalah 1Jawatan Kosong MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) 3

Minima kelayakan permohonan adalah bermula daripada PMR/ SPM/ Diploma/ Ijazah 

“Minima kelayakan ini adalah mengikut jawatan yang dipohon serta mengikut kekosongan yang ada”

Gaji yang ditawarkan juga mengikut jawatan yang dipohon. Gaji yang ditawarkan boleh mencecah sehingga RM9,546.00 

PERINGATAN!!!

Tawaran kenaikan gaji tahunan adalah berbeza mengikut jawatan yang dipohon serta syarat kelayakan yang telah di tetapkan oleh pihak MQA (Agensi kelayakan Malaysia)

“Pohonlah jawatan kosong ini mengikut kelayakan anda bagi mengelakkan permohonan anda ditolak oleh pihak MQA”

***Kejayaan Tidak akan datang bergolek tetapi ianya memerlukan usaha untuk mencapainya maka mencubalah kerana ianya tidak memerlukan wang***

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Tarikh Tutup permohonan adalah pada 29 APRIL 2021 (Khamis)

Jawatan Kosong MQA (Agensi Kelayakan Malaysia)

Setiap jawatan yang ditawarkan pasti mempunyai syarat kelyakan am mengikut jawatan yang dipohon. Justeru itu, antara syarat kelayakan yang ditawarkan oleh MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) adalah:-

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur TIDAK KURANG dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Mempunyai sekurang-kurangnya SPM/ Ijazah Sarjana Muda bagi layak memohon.
“Kelayakan akademik haruslah bersesuaian dengan jawatan yang di pohon oleh calon”

Syarat-syarat Permohonan

Antara syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan oleh MQA adalah:-

a) Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi MQA

b) Pemohon TIDAK perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan pemohonan secara pos TIDAK akan diterima

c) Pemohonan yang lewat, TIDAK lengkap dan TIDAK mengikut syarat lantikan akan DITOLAK

d) Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki

e) Pemohon yang TIDAK menerima jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan dianggap TIDAK BERJAYA

f) MQA tidak akan bertanggunjawab atau menanggung segala pembelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga

g) Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pemohonan boleh menghubungi Unit Penjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8688 4853/ 3679/ 3680/ 3714.

h) Pertanyaan berkaitan dengan masalah teknikal boleh menghubungi talian 03-8688 1912

i) Tarikh tutup pemohonan adalah pada 29 APRIL 2021 (Khamis) jam 4.00 petang

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

INFO TAMBAHAN bagi CALON!!!

  • Hanya calon yang LAYAK selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga
  • Pihak MQA TIDAK bertanggunjawab untuk melantik calon yang memiliki syarat kelayakan yang lebih tinggi dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang dipohon ke mana-mana skim perkhidmattan yang lebih tinggi dalam agensi sekiranya calon berjaya dilantik
  • Sekiranya maklumat yang diberikan di dapati palsu dan bercangggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak MQA berhak membatalkan pelantikan calon
  • Keputusan pemilihan calon MQA adalah muktamad
  • MQA hanya beroperasi di Mercu MQA Cyberjaya, Selangor dan tidak mempunyai sebarang cawangan di tempat lain.

Diharapkan perkongsian jawatan kosong ini dapat membantu meringakan beban mereka yang sedang mencari pekerjaan. Mungkin sukar untuk mencari pekerjaan pada musmi pandemik ini, tetapi jangan pernah putus harapan kerana setelah hujan pasti akan terbitnya mentari. Anggaplah kepayahan untuk mendapatkan pekerjaan itu merupakan ujian ALLAH agar kita lebih menghargai pekerjaan selepas ini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *