Jawatan Pekerja Sambilan Harian di English Language Teaching Centre, Malaysia (ELTC). Semua sedia maklum, disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan. Tidak kira samaada mereka mempunyai pangkat yang tinggi atau pun rendah. Penangan pandemik ini sangat teruk sehingga menyebabkan impaknya terasa sehingga kini.
Disebabkan oleh itu, hampir 5.3% kadar pengangguran rakyat Malaysia disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini. Dan yang paling terkesan akan pandemik ini adalah mahasiswa yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka di universiti.
Justeru itu, tiada istilah memilih dalam mencari pekerjaan pada zaman kini. Walaupun hanya jawatan sementara ambil sahaja dahulu peluang ini agar kita mempunyai pengalaman pada masa akan datang.
Menerusi maklumat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), English Language Teaching Center Malaysia (ELTC) memerlukan pekerja sambilan Harian (Pembantu Tadbir N19). Mereka memerlukan pekerja sambilan selama 3 bulan dengan kadar bayaran RM54 sehari.
Bayaran gaji bagi jawatan pekerja kosong ini adalah merupakan bayaran gaji didalam bentuk harian bermakna sekiranya pekerja tersebut bercuti maka tiada pembayaran gaji pada hari tersebut.
Kekosongan Jawatan ini adalah satu SAHAJA. Masa bekerja adalah bermula pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang termasuk rehat.
Tempat untuk jawatan pekerja sambilan ini adalah di:-
Kompleks Pendidikan Nilai, Lebuh Enstek 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Kelayakan umum permohonan jawatan sambilan harian adalah:-
●Warganegara Malaysia
●Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan WAJIB lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kelayakan khas bagi jawatan sambilan adalah:-
●Bijak dalam penggunaan komputer
●Mempunyai pengetahuan asas dalam bidang pentadbiran pejabat
●Calon lelaki SAHAJA dikehendaki
Kelayakan khas ini wujud bagi memudahkan lagi pemilihan mereka yang menawarkan jawatan kosong tersebut.
Fungsi dan bidang tugas yang bakal dilaksanakan oleh pemohon adalah mereka perlu membantu peperiksaan stok dan stor barangan serta aset-aset kerajaan yang berkaitan. Selain itu, pemohon perlu menyediakan dokumen aset Kew PA aset Alih dan harta Modal.
Mereka juga perlu belajar untuk menerima barang-barang yang dipesan dengan mengesahkan dan memperakuikan serahan barangan oleh pembekal.
PERINGATAN!!!
Semasa menerima barang yang dipesan mereka perlu berhati-hati kerana ditakuti barang yang dipesan tidak diperolehi secukupnya seperti mana yang dipesan.
Seterusnya, tugas mereka adalah mengeluarkan stok mengikut keperluan pelangan serta melakukan pelupusan stok lama sekiranya tidak bergerak atau melebihi keperluan. Akhir sekali, perlu menyediakan laporan bulan bagi keluar masuk aset dan stor supaya mudah dibentangkan oleh JKPAK.
Sepanjang tempoh melaksanakan pekerja sambilan hari, mereka perlu melaksanakan setiap tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara permohonan Jawatan Sambilan Harian ini sangat mudah sahaja, pemohon WAJIB menghantar resume yang lengkap beserta gambar berukuran pasport ke email [email protected] ATAU [email protected] sebelum atau 25/10/2020 (ahad) sebelum jam 12.00 tengah malam.
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan jawatan kosong harian ini boleh terus ke talian 06-7979030 dan berurusan dengan Puan Rosnaini Binti Yasin atau berurusan dengan Puan Siti Nor Zamilah binti Zamri di talian 06-7979035.
IKLAN BAGI MENGISI JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN:-
Rujukkan:-