Jenis dan Pakej Tingkatan 4

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Anda mencari maklumat pakej tingkatan 4 ? Sudah menjadi suatu kebiasaan buat semua rakyat Malaysia dapat sahaja keputusan peperiksaan PT3, mereka pasti akan bertanya kepada pelajar jurusan apa yang ingin diambil. Tetapi, secara jujurnya semua bidang yang ada haruslah bersesuaian dengan keputusan PT3 anda BUKAN pelajar yang memilihnya tetapi jurusan yang diambil haruslah mengikut kelayakkan keputusan.

Pakej tingkatan 4
Tips Belajar

Disebabkan oleh itu, hari ini kita ingin merungkai serba sedikit jenis dan pakej yang ada di dalam Tingkatan 4 satu persatu mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPM ada menawarkan beberapa jenis pakej untuk pelajar Tingkatan 4.

INFO TAMBAHAN!!
Tiada lagi aliran SAINS atau SASTERA mulai tahun 2020. Setiap pakej yang ditawarkan bergantung kepada jumlah tenaga pengajar dan kemudahan yang ada di sesebuah sekolah itu.

Antara jenis dan pakej mata pelajaran yang ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 4 pada tahun 2020. Disini ibu bapa perlu fahami akan subjek yang ditawarkan terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu Mata Pelajaran TERAS, Mata Pelajaran WAJIB dan Mata Pelajaran ELEKTIF.

Info Tambahan :  Pemilihan Kerjaya yang Sesuai: 7 Panduan dan Petua

Pakej Tingkatan 4

Mata Pelajaran Teras

– Bahasa Melayu
– Bahasa Inggeris
– Matematik
– Sains
– Sejarah
– Pendidikan Islam atau Moral

Nota: Mata Pelajaran Sains tidak akan menjadi mata pelajaran Teras BAGI pelajar yang mengambil SAINS TULEN & MATEMATIK TAMBAHAN.

Mata Pelajaran Wajib

– Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK)

Mata Pelajaran Elektif

Subjek Elektif Bahasa, Sastera Dan Pengajian Islam

– Bahasa Arab
– Bahasa Cina
– Bahasa Tamil
– Bahasa Iban
– Bahasa Kadazandusun
– Bahasa Semai
– Bahasa Perancis
– Bahasa Jepun
– Bahasa Jerman
– Bahasa Korea
– Bahasa Cina Komunikasi

Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas

– Prinsip Perakaunan
– Ekonomi
– Perniagaan
– Pengajian Keusahawanan
– Pendidikan Seni Visual
– Pendidikan Muzik
– Geografi
– Kesusasteraan Melayu Komunikatif
– Kesusasteraan Inggeris
– Kesusasteraan Cina
– Kesusasteraan Tamil

Elektif Pengajian Islam

– Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah
– Pendidikan Syariah Islamiah
– Tasawwur Islam

Mata Pelajaran Kokurikulum Bersepadu Dini (KBD)

– Usul Al-Din
– Al-Syariah
– Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah
– Al-Adab was Al-Balaghah
– Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami

Mata Pelajaran Kokurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)

– Hifiz Al-Quran
– Maharat Al-Quran
– Turath Dirasat Al-Islamiah
– Turath Bahasa Arab
– Turath Al-Quran wa Al-Sunnah

Elektif Sains Tulen dan Matematik (STEM)

Elektif Sains Tulen dan Matematik Tambahan (STEM)

– Fizik
– Kimia
– Biologi
– Matematik Tambahan

Info Tambahan :  mySPP: Cara Daftar dan Jawatan Kosong 2023

Elektif STEM (Sains Gunaan dan Teknologi)

– Sains Tambahan

INFO:

Pelajar yang mengambil sains tambahan TIDAK DIGALAKKAN mengambil mata pelajaran sains tulen tetapi DIGALAKKAN mengambil Matematik Tambahan

– Grafik Komunikasi Teknikal
– Asas Kelestarian
– Pertanian
– Sains Rumah Tangga
– Reka Cipta
– Sains Komputer
– Sains Sukan
– Pengajian Kejuteraan Awam
– Pengajian Kejuteraan Mekanikal
– Pengajian Kejuteraan Elektrik & Elektronik
– Lukisan Kejuteraan

Elektif STEM (Mata Pelajaran Vokasional)

– Pembinaan Domestik
– Pembuatan Perabot
– Produksi Reka Tanda
– Menservis Peralatan Elektronik 

– Domestik
– Rekaan dan Jahitan Pakaian
– Katering dan Penyajian
– Landskap dan Nurseri
– Tanaman Makanan
– Reka Bentuk Grafik Digital
– Produksi Multimedia
– Pemprosesan Makanan
– Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
– Pendawaian Domestik
– Menservis Automobil
– Gerontologi Asas dan Geriatik
– Penjagaan Muka dan Pengayaan Rambut
– Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
– Hiasan Dalaman
– Kerja Paip Domestik
– Kimpalan Arka dan Gas
– Menservis Motosikal
– Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara

Selepas membaca Mata Pelajaran yang ditawarkan bagi bakal Pelajar Tingkatan 4, maka semakin rungsinglah para pelajar semua TERUTAMANYA bagi mereka yang menginginkan Elektif STEM sebagai elektif mereka. Justeru itu, amatlah digalakkan para pelajar untuk berjumpa dengan para pendidik untuk mendapat nasihat pakej pelajaran yang mana lebih sesuai dengan keputusan PT3 anda kerana para pendidik lebih mengetahui apa yang terbaik buat pelajarnya.

Ingatlah, sejauh mana kejayaan yang digapai oleh seorang pelajar itu tulang belakang mereka adalah para pendidik dan ibu bapa mereka. Justeru itu, rundingan dengan lebih pakar amat penting.

“Mengapai Impian adalah impian setiap insan, tetapi impian yang terbesar buat insan yang bernama pelajar adalah menghormati mereka yang lebih tua dan menghormati pengajar mereka”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *