Jenis-Jenis Persaraan Di Dalam Sektor Kerajaan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Jnis-jenis persaraan di dalam sektor kerajaan

Semasa bekerja dalam sektor kerajaan setiap penjawat awam WAJIB ketahui jenis-jenis persaraan di dalam sektor kerajaan. Hal ini disebabkan jenis-jenis persaraan ini boleh menjadi salah satu rujukan kepada semua para penjawat awam pada masa akan datang.

Jenis-Jenis Persaraan Di Dalam Sektor Kerajaan

Terdapat pelbagai jenis-jenis persaraan di dalam sektor kerajaan bagi penjawat awam. Antara jenis-jenis persaraan di dalam sektor kerajaan adalah:-

1) Persaraan paksa

Jenis persaraan paksa ini merupakan pegawai/ pekerja berpencen dikehendaki bersara dari perkhidmatan awam. Antara persaraan paksa adalah:-

a) Mencapai umur 55 atau 56 tahun

“Pesaraan WAJIB kerana cukup umur bersara. Bagi mereka yang dilantik SEBELUM 1/10/2001 telah diberikan pilihan melalui perkeliling Bil 3. tahun 2001 untuk memilih bersara wajib pada umur 55 atau 56 tahun”

INFO TAMBAHAN!!!

Pegawai/ pekerja berpencen yang sedang menghadapi suatu perbicaraan jenayah atau tindakan tatatertib yang mungkin keputusan ia disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, mereka tidak dibenarkan bersara dengan perkhidmatannya di lanjut dan disifatkan sebagai cuti tanpa gaji sehingga keputusan kesnya diperolehi.

b) Tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit

Pegawai/ pekerja berpencen yang didapati tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya kerana kelemahan akal dan tubuh yang kekal. Mereka hendaklah dihadapkan ke Lembaga Perubatan dan Berasaskan perakuan lembaga tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri untuk dibersarakan seperti yang digariskan oleh pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995.

Faedah persaraan termasuk pencen yang tidak kurang daripada satu perlima daripada gaji akhir yang diterima layak diberi kepada mereka pada tarikh persaraan.

“Bersara awal disebabkan tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit bukanlah suatu yang memalukan kepada penjawat awam malahan ianya bagi membantu penjawat awam merehatkan diri dengan lebih baik bagi melestarikan kehidupan pada hari esok”

***Nyawa tidak boleh ditukar ganti TETAPI kerjaya masih boleh didapati***

c) Jawatan yang mereka sandang dihapuskan

Sekiranya jawatan yang disandang oleh pegawai/ pekerja berpencen dimansuhkan atau dihapuskan maka penjawat jawatan yang disandang hendaklah dibersarakan awal walaupun belum sampai umur persaraan.

“Terkadang kita tidak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang maka sentiasalah bersyukur atas kuniaan yang ALLAH berikan”

d) Penyusunan semula organisasi

Penyusunan semula organisasi boleh menyebabkan sejumlah jawatan yang diluluskan kepada agensi awam tersebut TIDAK diperlukan lagi. Sekiranya ini berlaku pegawai/pekerja berpencen yang terlibat hendaklah bersara lebih awal.

Info Tambahan :  Cara Permohonan Pakej Pelan Data dan Peranti Kepada Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)

e) Pekerjaan pegawai/ pekerja telah ditamatkan demi kepentingan awam

Pegawai/ pekerja berpencen yang diketahui oleh ketua jabatan berkelakuan MENJEJASKAN kepentingan awam tetapi TIADA tindakan disiplin yang berkesudahan dengan buang kerja ke atas mereka hendaklah dibersarakan. Faedah persaraan kepada mereka akan ditentukan oleh pihak berkuasa pencen dengan satu kadar yang disusutkan.

f) Memperoleh kewarganegaraan asing

Pegawai/ pekerja berpencen yang dilantik pada atau selepas 16/05/1986 hendaklah dibesarakan mengikut tarikh WAJIB bersara. Sekiranya mereka memperoleh kewarganegaraan asing (selain daripada perkahwinan) atau menggunakan hak-hak kewarganegaraan asing atau telah mengistiharkan taat setia kepada negara lain selain dari Malaysia atau telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysia maka mereka TIDAK LAYAK diberi sebarang FAEDAH persaraan.

“TIDAK salah mendapat kewarganegaraan asing TETAPI anda terpaksa melepaskan jawatan yang sedang disandang bagi memudahkan urusan kerajaan”

g) Memberi maklumat palsu bagi maksud pelantikan anggota ke dalam pekhidmatan awam

Pegawai/ pekerja berpencen yang dilantik pada atau selepas 12/4/1991 hendaklah dibersarakan jika terbukti mereka memberi maklumat palsu bagi maksud perlantikannya ke dalam perkhidmatan awam dengan syarat mereka telah peluang yang munasabah untuk membuat representasi bagi kesnya.

“Dapatkan sesuatu kejayaan diatas usaha sendiri kerana sesungguhnya setiap manusia mempunyai rezeki yang tersendiri tanpa perlu mencaras rezeki orang lain”

2) Persaraan di atas kehendak kerajaan atau Menteri

Pekerja sektor kerajaan WAJIB fahami persaraan di atas kehendak kerajaan atau menteri ini bermaksud kedua-dua belah pihak WAJIB bersetuju akan persaraan tersebut.

Bermaksud sekiranya kerajaan menghendaki DAN pegawai/ pekerja berpencen pula bersetuju persaraan seperti berikut juga boleh berlaku:-

  • Demi kepentingan Negara

Sekiranya kerajaan menghendaki seseorang pegawai/pekerja berpencen untuk dilantik ke satu jawatan lain di bawah kuasa melantik yang berlainan dan dipersetujui oleh pegawai/ pekerja tersebut. Maka ia bolehlah dibersarakan demi kepentingan negara.

  • Demi kepentingan perkhidmatan awam atau perkhidmatan badan berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan
Info Tambahan :  Permohonan UPUONLINE Untuk Kemasukan Sesi Akademik 2021/2022

Kerajaan boleh mengkehendaki seorang pegawai/ pekerja berpencen yang berprestasi rendah atau merosot bagi satu jangkamasa yang lama atau menghadapi masalah kesihatan yang berpanjangan tetapi tidak sampai ke tahap boleh dihadapkan ke Lembaga Perubatan sekiranya mereka bersetuju boleh dibersarakan.

3) Persaraan pilihan

Persaraan pilihan dibawah seksyen 12 Akta 227/239

  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Telah diluluskan pemberian taraf berpencen
  • Berumur 40 tahun dan ke atas
    Mempunyai tempoh perkhidmatan TIDAK kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasukkira
  • Permohonan persaraan pilihan disokong oleh Ketua Jabatan dan dikemukakkan 3 bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan
  • Perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah (bagi gred 27 dan ke atas sahaja).

Bayaran faedah persaraan akan dibuat seperti dibawah ini:-

Jenis-jenis persaraan di dalam sektor kerajaan

4) Persaraan disebabkan penswastaan

Dengan kelulusan kerajaan anggota berpencen boleh dibersarakan apabila sesebuah agensi awam atau sebahagian daripada agensi awam diswastakan. Persaraannya adalah berasaskan pilihan yang dibuat melalui pelbagai pilihan yang ditawarkan sama ada:-

  • Bersara kerana jawatan yang dipegang dihapuskan di bawah Akta 227/239 sekiranya menolak tawaran dengan syarikat atau
  • Bersara pilihan di bawah seksyen 12 Akta 227/239 sekiranya memenuhi syarat seperti perenggan 15 dan menerima untuk berkhidmat dengan syarikat atau
  • Bersara setelah dilantik untuk berkhidmat dengan syarikat di bawah seksyen 12A Akta 227 atau seksyen 13 Akta 239 sekiranya berumur kurang daripada 45 tahun bagi perempuan atau 50 tahun bagi lelaki pada tarikh kuatkuasa penswastaan dan menerima tawaran untuk berkhidmatan dengan syarikat. Dalam hal ini mereka perlu diberi pilihan seterusnya sama ada memilih:-

– Skim A (Subseksyen 12A (2)/ 13(2) Akta 227) atau
– Skim B (Subseksyen 12A (3) Akta 227 atau Seksyen 13(3) Akta 239)

Diharapkan setiap penerangan yang disediakan ini bermanfaat kepada semua bakal penjawat kerajaan dalam sektor awam. Setiap satu jenis-jenis persaraan di dalam sektor kerajaan mempunyai kepentingan yang tersendiri. Justeru itu, fahami dahulu kateria jenis-jenis persaraan ini. 

***Penjawat Awam adalah tulang belakang kerajaan***

Rujukan:-
1) http://www.jpapencen.gov.my/pencen_terbitan.html

2) http://www.jpapencen.gov.my/penerima_PT.html

3) http://www.jpapencen.gov.my/skim_faedah_persaraan.html

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mr.Reading
Mr.Reading
Guest
1 month ago

Owh baru tahu, banyak juga yea cabang persaraan dalam sektor kerajaan ni. Tak heranlah ramai yang nak jadi kakitangan kerajaan.