Info kali ini lebih kepada peringatan bagi yang tertinggal mohon matrikulasi tahun lepas. Untuk makluman, permohonan matrikulasi dibuka kembali untuk memberi peluang pelajar yang tertinggal permohonan tahun lepas. KPM ( Bahagian Matrikulasi ) telah membuaka permohonan matrikulasi bermula 19 Feb hingga 18 Mac Tahun ini. Oleh demikian, rebutlah peluang ini dan ianya hanya boleh dimohon oleh lepasan SPM 2017.
Bagaimana Ingin Mohon Matrikulasi ?
Seperti biasa, pemohon perlu membeli nombor pengenalan individu ( NPI ) di Bank Simpanan Nasional ( BSN ) terdekat. No pengenalan individu adalah berharga RM 10.06. Jika ingin membeli NPI perlulah disertakan bersama kad pengenalan yang digunakan sebelum ini semasa peperiksaan SPM 2017.
Setelah membeli no NPI tersebut, anda boleh mula memohon di laman rasmi matrikulasi : https://matrikulasi.moe.gov.my/system/permohonan/index.cfm
Kemaskini permohonan matrikulasi
Jika anda telah memohon sebelum ini, anda juga boleh mengemaskini permohonan melalui pautan berikut : https://matrikulasi.moe.gov.my/system/permohonan/loginKemaskini.cfm, untuk akses sistem anda hanya perlu menggunakan nombor kad pengenalan dan no angka giliran SPM anda sebelum ini.
Keputusan Kemasukan Matrikulasi
Setelah tarikh tutup permohonan, sedikit masa akan diambil sebelum anda boleh menyemak secara online keputusan matrrikulasi. Kebiasannya makluman semakan akan disebarkan menerusi laman rasmi KPM. Surat tawaran pengajian di maktrikulasi akan mula boleh di cetak selepas anda berjaya mendapat tempat di mana-mana institusi matrikulasi.
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam. Walaubagaimanapun mulai sesi 2003/2004, kerajaan telah memberi kelonggaran untuk membolehkan 10% pelajar bukan bumiputera untuk mengikuti program pengajian ini.
Tempoh pengajian program prauniversiti ini mengambil masa dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) kecuali bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) yang dijalankan untuk tempoh 4 semester. Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi. Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Senarai Matrikulasi Malaysia
Kolej Matrikulasi Melaka |
Kementerian Pendidikan Malaysia, |
78300 Masjid Tanah, Melaka. |
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan |
Kementerian Pendidikan Malaysia, |
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. |
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang |
Kementerian Pendidikan Malaysia, |
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. |
Kolej Matrikulasi Perlis |
Kementerian Pendidikan Malaysia, |
02600 Arau, Perlis. |
Kolej Matrikulasi Labuan |
Kementerian Pendidikan Malaysia, |
Jalan OKK Daud, Merinding, |
Peti Surat 81735, |
87027 Wilayah Persekutuan Labuan. |
Kolej Matrikulasi Johor |
Kementerian Pendidikan Malaysia, |
Jalan Payamas, |
84900 Tangkak, Ledang, Johor. |
Kolej Matrikulasi Perak |
Kementerian Pendidikan Malaysia, |
31600 Gopeng, Perak. |
Kolej Matrikulasi Kedah |
Kementerian Pendidikan Malaysia, |
06010 Changlun, Kedah. |
Kolej Matrikulasi Pahang |
Kementerian Pendidikan Malaysia, |
26300 Gambang, Pahang. |
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah |
Kementerian Pendidikan Malaysia, |
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah. |
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang |
Kementerian Pendidikan Malaysia, |
26400 Bandar Jengka, Pahang. |
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor |
Kementerian Pendidikan Malaysia, |
KM 5, Jalan Kukup, |
Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor. |
Kolej Matrikulasi Selangor |
Kementerian Pendidikan Malaysia, |
Kathong Mukim Jugra, |
42700 Banting, Selangor. |
Kolej Matrikulasi Kelantan |
Kementerian Pendidikan Malaysia, |
Beg Berkunci No. 3, |
16810 Selising, Kelantan. |
Kolej Matrikulasi Sarawak |
Kementerian Pendidikan Malaysia, |
Lot 216, Fasa II, |
Taman Perindustrian Sejingkat, |
Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak. |
Kolej MARA Kulim |
Jalan Junjong, |
09000 Kulim, Kedah. |
Kolej MARA Kuala Nerang |
Lot 556, Daerah Padang Terap, |
06300 Kuala Nerang, Kedah. |