JKM: Bantuan Untuk Wargaemas

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

JKMWarga emas adalah golongan usia yang sudah mencecah 60 tahun dan keatas. Warga emas adalah golongan yang perlu dilindungi kerana mereka adalah golongan yang mudah terjangkiti penyakit terutamanya pada musim pandemik ini. Justeru itu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan pelbagai bantuan kepada warga emas bagi memudahkan lagi urusan mereka dalam menerusi kehidupan di dalam komuniti ini.

JKM: Penyediaan Perkhidmatan Luar

Penyediaan Perkhidmatan Luar yang disediakan untuk warga emas di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) antaranya adalah:-

a) Bantuan Kewangan

Pihak Kebajikan Masyarakat ada menyediakan Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM350 sebulan. Bantuan ini bagi kos sara hidup agar mereka mampu meneruskan kehidupan dalam komuniti masyarakat.

Syarat Kelayakan Bantuan Orang Tua adalah:-

  • Berusia 60 tahun ke atas
  • Tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup
  • Tiada keluarga ATAU mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan bagi kos sara hidup
“Setia permohonan yang dihantar akan diteliti dahulu sebelum diberikan keputusan. Selain itu, pemohon akan di INTERVIEW oleh pihak kebajikan Masyarakat agar segala info yang diberikan adalah benar”

Cara Pemohonan Bantuan Orang Tua

1) Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di mana tempat pemohon tinggal

ATAU

2) Permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau email sekiranya pemohon mempunyai masalah untuk hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat.

Senarai alamat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang boleh dihubungi ada disediakan di bahagian JKM ini. 

3) Pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

Antara dokumen yang perlu dibawa adalah:-
• Salinan kad pengenalan pemohon
• Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
• Salinan penyata gaji (jika ada)
• Gambar berukuran passport
• Dokumen sokongan lain (jika ada)

Info Tambahan :  SOP Surau Sekolah Norma Baru Buka Sekolah

b) Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

 

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) adalah pusat rekreasi bagi warga emas dalam menjalankan aktiviti harian mereka dalam komuniti. PAWE merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas yang melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dan NGO.

Objektif penubuhan PAWE adalah bagi:

  • Meluaskan kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga emas di sekitar
  • ​Menyediakan ruang kepada warga emas agar mereka berasa diri dihargai menerusi perkongsian pengalaman & kepakaran mereka
  • ​Menggalakkan penglibatan dan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam aktiviti kebajikan
  • ​Meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif

Aktiviti yang ada disediakan di Pusat

Aktiviti Warga Emas adalah seperti:
1. Program keagamaan
2. Program rekreasi
3. Program terapi dan pemulihan
4. Program ceramah kesihatan
5. Latihan atau kursus yang bersesuaian

Cara Pemohonan untuk mengikuti aktiviti di PAWE

Cara permohonan untuk mengikuti segala aktiviti PAWE mudah sahaja iaitu:-

1) Mengisi borang pendaftaran ahli di Pusat Aktiviti Warga Emas yang berhampiran tempat tinggal
2) Selesai Mengisi borang, tunggu pihak PAWE memberikan jawapan

Info Tambahan :  Latihan Separa Perubatan Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

c) Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)

JKM

UPWE adalah satu unit yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan kepada warga emas. UPWE akak menyediakan perkhidmatan tidak kira warga emas tersebut tinggal berseorangan mahupun yang tinggal dengan keluarga tetapi kurang berkemampuan untuk menyediakan rawatan kesihatan di Hospital / Klinik Kesihatan sama ada yang disediakan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta.

Objektif Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) ialah:

1. Memberi kemudahan pengangkutan kepada warga emas untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di Hospital / Klinik Kesihatan serta keperluan sosial warga emas yang difikirkan perlu (eg: pergi bank atas urusan kewangan)

2. Meringankan beban tanggungan kos pengangkutan bagi warga emas yang memerlukan perkhidmatan tersebut

3. Meningkatkan aksesibiliti warga emas terhadap kemudahan-kemudahan awam yang disediakan.

“Tiada bayaran dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan ini. Tetapi warga emas perlu menghubungi Pusat Aktiviti Warga Emas / Rumah Sejahtera bagi mendapatkan perkhidmatan UPWE ini”

Pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh pihak kerajaan bagi melestarikan lagi kehidupan warga emas. Justeru itu, sebagai ahli keluarga kita hanya perlu mencari cara untuk membahagiakan sahaja warga emas sekiranya kita tidak mampu memberikan mereka kemewahan.

**Sesungguhnya bukan kemewahan yang dicari oleh warga emas TETAPI mereka lebih mencari kasih sayang daripada kemewahan**

Rujukan:-
1) http://www.jkm.gov.my


Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mr.Reading
Mr.Reading
Guest
1 month ago

Terima kasih