Jom Masuk Matrik Sesi Akademik 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Setiap insan yang bergelar manusia pasti mempunyai cita-cita yang tinggi mengunung. Justeru itu, pasti salah satu daripada pelajar lepasan SPM tahun 2020 mempunyai azam dan cita-cita untuk mamasuki Matrik atau dikenali sebagai Matrikulasi. Justeru itu, calon yang berminat WAJIB membaca artikel JOM masuk Matrik sehingga habis.

Matrikulasi merupkan salah satu laluan mudah untuk memasuki ke alam univeristi. Walaubagaimana sekalipun, nama sahaja laluan mudah untuk ke alam universiti TETAPI sebenarnya sebelum anda mendapat jalan mudah itu, anda WAJIB menghadapi pelbagai rintangan untuk berjaya. 

“TIDAK mudah untuk menjadi BIJAK tetapi mudah untuk BIJAK”

Jom Masuk Matrik

Pelajar lepasan SPM DIGALAKKAN memohon untuk memasuki Matrikulasi ini. Hal ini disebabkan hampir 99% pelajar lepasan matrikulasi LAYAK menyambung pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana di Univeristi Awam. 

TAHUKAH ANDA!!!

Bagi calon yang memohon Matrikulasi ini, anda layak memohon kemauskan ke universiti awam, Universiti Luar Negara (United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun) atau Universiti Swasta.

1) Jurusan Sains

Jom Masuk matrik

Mereka yang LAYAK memohon Matrikulasi di dalam Jurusan Sains ini adalah semua pelajar SPM dari:-

  • Aliran sains
  • Aliran teknikal dari Sekolah :-
    • Sekolah Kerajaan,
    • Sekolah Bantuan Kerajaan,
    • Sekolah Swasta,
    • MRSM dan lain-lain.

Di dalam aliran Sains ini, terdapat 3 pecahan aliran sains. Antarra pecahan aliran sains ini adalah:-

a) Aliran Sains Hayat

  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik
Info Tambahan :  Semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2020

b) Aliran Sains Fizikal

  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik
  • Sains Komputer

c) Aliran Sains Komputer

  • Sains Komputer
  • Biologi
  • Kimia
  • Matematik

Bagi calon yang memohon Matrikulasi di dalam jurusan sains, anda boleh menyambung pengajian anda di dalam bidang:-

  • Perubatan
  • Kejuruteraan
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Sains
  • Teknologi Maklumat
  • Seni Bina
  • Kejururawatan
  • Sains Forensik
  • Fisioterapi
  • Pendidikan atau bidang yang berada di dalam pengajian STEM

2) Jurusan Perakaunan

Jom Masuk matrik

Subjek di dalam aliran perakaunan adalah seperti:-

  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Ekonomi
  • Matematik

Justeru itu, bagi mereka yang mengambil aliran perakaunan ini mereka LAYAK menyambung di dalam bidang:-

  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Ekonomi
  • Pentadbiran Perniagaan/ Awam
  • Teknologi Maklumat
  • Pengurusan
  • Sumber Manusia
  • Undang-undang dan lain-lain bidang yang berkaitan 

3) Jurusan Kejuruteraan

Jom Masuk Matrik Sesi Akademik 2021 1

Mereka yang LAYAK memohon jurusan kejuruteraan ini adalah mereka dari aliran sains dan teknikal. Walaubagaimana sekalipun, calon yang DIGALAKKAN memohon ke Jurusan ini adalah mereka yang dari sekolah Menengah Teknik.

Di dalam aliran KEJURUTERAAN ini, terdapat 4 pecahan aliran. Antarra pecahan aliran tersebut adalah:-

a) Aliran Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Matematik
  • Kimia
  • Fizik

b) Aliran Kejuruteraan Mekanikal

  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Matematik
  • Kimia
  • Fizik 
Info Tambahan :  Panduan Permohonan Pengajian Tinggi / UPU

c) Aliran kejuruteraan Awam

  • Kejuruteraan Awam
  • Matematik
  • Kimia
  • Fizik

d) Aliran Asas Kejuruteraan

  • Asas Kejuriuteraan
  • Matematik
  • Kimia
  • Fizik 

Bagi jurusan kejuruteraan ini, hanya 3 Matrikulasi sahaja yang menawarkan bidang ini iaitu:-

  • Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
  • Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
  • Matrikulasi Kejuruteraan Johor

4) Jurusan Perakaunan Profesional

Jom Masuk Matrik Sesi Akademik 2021 2

 

Bagi jurusan perakaunan profesional, mereka yang LAYAK memohon adalah pelajar lepasan SPM dari Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Swasta, MRSM dan lain-lain.

Menerusi jurusan ini, pelajar akan memeperlajari subjek:-

  • Financial Accounting
  • Managment Accounting
  • Accountant in Business
  • Matematik

Bagi calon yang memasuki jurusan perakaunan profesional ini mereka LAYAK memasuki UITM di dalam bidang Professional Association of Charted Certified Accountants (ACCA). Hanya terdapat satu sahaja Kolej Matrikulasi yang menawarkan bidang ini iaitu Kolej Matrikulasi Selangor.

Justeru itu, bagiu calon yang layak memohon matrikulasi ini JANGAN pernah mensia-siakan peluang yang ada. Ianya bagi memudahkan langkah anda untuk menempatkan diri ke alam universiti pada masa akan datang. 

“Perjalanan anda masih panjang justeru itu manfaatkan segala peluang yang ada agar anda dapat mencapai cita-cita yang di impikan selama ini”

PERINGATAN!!!

Tarikh Permohonan Matrikulasi akan TAMAT pada 15 APRIL 2021
Anda boleh lakukan permohonan menerusi Laman Web Rasmi Matrikulasi

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments