JPJ : Cara Membuat Temujanji Untuk Membuat Lesen Memandu 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

JPJ : Cara membuat temujanji untuk membuat lesen memandu 2021 ada banyak. Walaubagaimana sekalipun, masih ramai yang TIDAK ketahui disebabkan renew lesen memandu ini ada yang lakukan setahun sekali, 3 tahun sekali atau 5 tahun sekali. Justeru itu, ramai yang TIDAK peka akan perubahan situasi semasa ini. 

TAHUKAH ANDA!!!
Temujanji yang dilakukan ini amat PENTING bagi mengurangkan kadar perkumpulan orang ramai dalam satu-satu tempat. Pada masa yang sama, bagi mengurangkan kadar keboleh jangkitan virus COVID -19 dalam satu-satu komuniti.

JPJ : Cara Membuat Temujanji Untuk Membuat Lesen Memandu 2021

Terdapat pelbagai cara untuk renew semula lesen memandu/ kenderaan anda. Salah satunya adalah seperti:-

1) Temujanji di pusat Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ)

JPJ

Cara membuat temujanji di pusat Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) adalah seperti berikut:-

a) Anda perlu membuka dahulu Laman Web Rasmi JPJ Malaysia di LINK ini https://jpj.gov.my
b) Pemohon perlu mencari LINK temujanji online JPJ
c) Tekan tempah temujanji baru
d) Pilih Negeri yang anda Tinggal
e) Pilih Cawangan yang berdekatan dengan anda
f) Pilih urusniaga yang anda ingin lakukan di JPJ
g) Untuk renew lesen memandu anda boleh memilih pelbagai dan tekan “seterusnya”
h) Kelender yang mewakili tarikh akan dikeluarkan

Info Tambahan :  6 Coworking spaces Aesthetic di Malaysia Untuk Para WFH

PERINGATAN!!!
Tarikh yang masih kosong akan mengeluarkan highlight pada tarikh tersebut manakala bagi tarikh yang sudah penuh tarikh di kelender JPJ akan menjadi pudar dan TIDAK boleh klik pada tarikh tersebut

i) Setelah anda sudah memilih tarikh temujanji maka anda perlu memilih slot masa yang anda kehendaki

JPJ

PERINGATAN!!!

Warna pada slot masa tersebut mempunyai kepelabagaian maksud. Antara kepelbagaian maksud yang disediakan adalah:-

JPJ


j) Tekan seterusnya untuk menempah slot yang dikehendakinya.

2) Lakukan pembayaran menerusi laman web Rasmi Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) 

Disebabkan dunia hanya dihujung jari, maka pembayaran untuk memperbaharui lesen memandu juga boleh dilakukan secara atas talian. Untuk melakukan pembayaran secara atas talian ini pengguna WAJIB mempunyai online banking sahaja.

Hal ini disebabkan pembayaran ini perlu menerusi online banking sahaja. Setelah pengguna membuat pembayaran renew lesen secara online banking, langkah yang seterusnya anda perlu walk in ke JPJ yang berdekatan untuk mendapatkan kad lesen memandu yang baru. Cara ini lebih mudah dan cepat tetapi anda perlu menyediakan duit yang mencukupi di dalam online banking anda sahaja. 

TAHUKAH ANDA!!!

Pembayaran lesen memandu boleh dilakukan secara atas talian yang lebih memudahkan pengguna untuk renew lesen memandu walaupun dimana anda berada.

3) Temujanji menerusi perkhidmatan Pos Laju Malaysia

Cara membuat temujanji untuk renew lesen memandu di pejabat pos adalah seperti berikut:-

i. Layari laman web Rasmi Pejabat Pos Malaysia di https://www.pos.com.my
ii. Setelah memasuki laman web pos laju anda perlu menekan “outlet finder”


iii. Pilih Negeri dan Pejabat pos yang berdekat untuk memudahkan urusan anda ebrurusan dengan pihak pejabat pos Malaysia
iv. Tarik ke bahagian bawah dan TEKAN “Book your JPJ service appointment”
v. Setelah itu terdapat pelbagai pilihan untuk anda melakukan temujanji di sana. Antara nya adalah:-

  • Renew of motorcycle road tax (private vehicle)
  • Renewal of motorcycle road tax + insurance (private vehicle)
  • Renewal of car road tax + insurance (private vehicle)
  • Renewal driving license
  • Renewal of car road tax (private vehicle)
Info Tambahan :  TikTok Affiliate: Cara Daftar Dengan 0 Followers

vi. Pilih masa yang anda kehendaki
vii. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan anda akan mendapat OTP nombor menerusi email yang anda hantar
viii. Tamujanji berjaya di booking 

4) Menggunakan agent untuk menyiapkan lesen memandu anda

Bagi mereka yang malas untuk berurusan dengan internet ini, maka anda boleh sahaja menggunakan agnet untuk menyiapkan lesen memandu anda. Walaubagaimana sekalipun, penggunaan agent mengambil masa juga seperti anda hendak membuat temujanju dengan pihak JPJ. Pada masa yang sama, penggunaan agent perlu dibayar kerana mereka yang bakal berurusan dengan pihak JPJ. Sekiranya anda malas untuk berurusan dengan pihak JPJ maka anda boleh berurusan dengan agent anda.

PENTING!!!

Pastikan agent yang digunakan itu bertauliah dan dipercayai kerana sekrianya anda menggunakan agent yang tidak boleh dipercayai ditakuti data diri anda akan tersebar dan bakal membahayakan diri anda sendiri.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat mengurangkan beban anda dalam melakukan urusan dengan pihak yang berwajib. Anda perlu bijak memilih masa untuk mengelakkan perkumpulan secara beramai-ramai. Anda mampu untuk mengubahnya kerana anda mempunayi akal untuk mengelakkan perkumpulan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *