Sudah sekian lamanya Rohani bekerja di sebuah firma, dahulunya iaitu 10 tahun lepas Rohani mula bekerja di syarikat itu hanya sebagai Pegawai pengurusan sektor. Banyak perkara dan peristiwa yang Rohani dapat pelajari dan lalui.
Suatu Hari Rohani mendapat sepucuk surat dari bahagian tertinggi syarikat, Rohani cuba menenangkan diri dengan membukanya dengan perlahan dan membacanya satu persatu. Alangkah gembira Rohani bila tertulis perkataan “ Tawaran menjadi pegawai pengurus cawangan “ dan tertulis juga kenaikan gaji dan senarai diskripsi tugas barunya.
Seperti yang tertulis di surat tersebut, Rohani segera berjumpa dengan pengurus cawangan syarikat tempatnya bekerja. Ketika masuk ke bilik bossnya, “ Tahniah Rohani atas kenaikan pangkat awak “ Rohani terpegun dan mengucapkan terima kasih atas galakan tersebut.
Boss nya menyambung lagi , “ Rohani nanti bila dah bertugas jangan lupa pentingkan diri sendiri ye”
Rohani tersentak dengan kata nasihat boss nya.. difikiran Rohani bertanya kenapakan boss mengajarku menjadi ‘sellfish’ ? Sebelum sempat Rohani bertanya, Boss rohani menyambung katanya.
“ Bukan saya nak Rohani menjadi pentingkan diri, tetapi pada kebiasaanya orang baru yang memegang jawatan akan bersemangat menjalankan tugas. Kadang-kadang sehingga lupa waktu makan, tidur, kesihatan, rehat dan sembahyang. Jika ia terjadi, ia juga boleh mengurangkan keselesaan diri sekaligus mengurangkan kualiti kerja tanpa kita sedari “
Adakalanya perlu untuk kita pentingkan diri.. tetapi mengikut kesesuaian …