Kadar Pembayaran Zakat Fitrah 2011 Mengikut Negeri

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pembayaran Zakat Fitrah 2011 adalah mengikut kadar bayar tertentu yang telah ditetapkan. Kadar zakat ialah berbeza mengikut negeri. Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan bersempena dengan bulan Ramadhan dan juga hari raya Fitrah (aidil-Fitr). Untuk itu ingin saya kongsikan kadar zakat fitrah bagi 2011 tahun 1432H.

Negeri

Kadar Zakat Fitrah 2011 ( RM )
Johor RM 7.50
Kedah RM 7.00
Kelantan RM 7.60
Melaka RM 6.30
N.Sembilan RM 6.50
Pahang RM 7.30
Perak RM 7.00
Perlis RM 5.00/RM 7.00
P.Pinang RM 7.30
Sabah RM 7.70
Serawak RM 7.50
Selangor RM 5.20
Terengganu RM 6.00/RM 7.00/RM 8.00
Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya RM 5.20
Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

 

Bilakah waktu paling sesuai membayar zakat?

Untuk pengetahuan, pembayaran zakat fitrah pada bulan ramadhan terbahagi kepada 5.

  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Setiap pembayaran mempunyai kelebihan tersendiri apabila membuatnya pada waktu yang afdhal dan digalakkan. Namun demikian, sekiranya dijangka tidak berkesempatan berdasarkan masalah tertentu haruslah membuat pembayaran diwaktu lain selain pada waktu yang digalakkan. Yang pastinya waktu yang diharamkan itu harus dielakkan.

Info Tambahan :  Laman Web Mencari Peluang Pekerjaan Untuk Lepasan Sekolah

Bulan Ramadhan ini merupakan bulan penuh keberkatan, suasana ramadhan ini dirasakan hanya setahun sekali, suasananya cukup manis dan sangat memberi makna bagi mereka yang betul-betul menghayati fadhilat ramadhan dan sentiasa ingin mempergiatkan diri melaksanakan ibadat wajib dan sunat.

Semoga segala ibadat, bertambah pahalanya dibulan yang mulia nanti. Selamat berpuasa dan menyambut Bulan Ramdhan bagi sahabat beragama islam..

Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *