Persediaan Sebelum Menghadapi Peperiksaan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Setiap pelajar akan menghadapi debaran terutamanya apabila menghadapi peperiksaan akhir tahun bakal menjelma. Terkadang gelisah kerana tidak tahu dan kurangnya persediaan yang dirasakan sangat sesuai untuk dilakukan pada saat-saat akhir. Terdapat beberapa kaedah yang berkesan untuk menghadapi peperiksaan.

Menghadapi Peperiksaan
Menghadapi Peperiksaan

Persediaan Menghadapi Peperiksaan

1Dekatkan diri kepada tuhan

Setiap manusia pasti mempunyai kepercayaan masing-masing. Begitu juga pelajar yang sudah pasti terikat dengan agama yang dianuti. Sebagai pelajar, saat-saat begini adalah salah satu cara terbaik untuk memohon atau doa yang baik-baik.

Selalu melakukan solat sunat jika sebelum ini hanya solat lima waktu sehari semalam. Namun, untuk sepanjang tempoh peperiksaan bakal berlangsung, tuhan adalah tempat terbaik untuk kita mengadu nasib diri.

Info Tambahan :  Kerja Remote: Panduan Lengkap dan 7 Platform Best

2Berfikiran positif

Apapun yang kita lakukan  sebelum hari peperiksaan tiba, hendaklah fikirkan secara positif. Jangan sesekali untuk berfikiran negatif kerana apa yang kita fikirkan sedikit banyak mempengaruhi tingkah laku kita. Percaya setiap yang kita lakukan adalah usaha yang bakal membuahkan hasil yang boleh membantu ketika menjawab kertas peperiksaan. Oleh itu, lakukan dengan niat yang betul dan bukan kerana paksaan.

3Ulangkaji

Sebelum peperiksaan tiba, guru pasti telah habis mengajar setiap topik atau bab yang perlu kita pelajari. Ulangkaji semula bab-bab yang dirasakan susah atau bab yang telah ditarget. Namun, langkah selamat adalah dengan belajar semua bab dengan cara belajar yang dirasakan boleh membantu ketika hari peperiksaan.

Jangan sesekali membaca buku setebal 2 inci semata-mata ingin mudah menjawab kertas peperiksaan. Sebulan sebelum peperiksaan, pelajar seharusnya telah mempunyai nota ringkas dan padat.

Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

4Jauhkan hiburan

Kecanggihan yang semakin meluas di dunia bukan alasan untuk tidak belajar. Hiburan terutamanya telefon bimbit yang membolehkan pelajar menghabiskan masa di laman sosial berjam-jam adalah faktor pelajar hilang tumpuan. Namun, tidak salah sekiranya pelajar menggunakan telefon bimbit ke arah yang lebih baik sebagai contoh; mencari maklumat atau bertukar pendapat dengan rakan.

Begitu juga bagi pelajar yang sering menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti baca novel, gosip, game dan macam-macam lagi. Semestinya elak dari awal sebelum menyesal dikemudian hari.

Kaedah ini boleh diamalkan oleh pelajar sepanjang menunggu hari peperiksaan itu tiba. Keberkesanan terpulang kepada niat masing-masing. Semoga berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *