Permohonan UPU akan dibuka tidak lama lagi. Seharusnya anda mempunyai kalendar UPU atau tarikh penting UPU sebagai peringatan pada anda. Jika mengikut tarikh yang dikeluarkan oleh laman rasmi UPU permohonan akan dibuka pada 25 Februari 2019 . Sebenarnya urusan permohonan UPU ini bukan sahaja melibatkan pengisian online semata-mata.


Permohonan UPU juga mempunyai proses-proses tersendiri dan peringkat-peringkat yang perlu pelajar ketahui dan ambil perhatian untuk mengelakkan daripada ketinggalan maklumat penting dan juga urusan permohonan.
Sebagai contoh permohonan UPU sendiri memerlukan pelajar membeli nombor PIN terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Sekiranya ketinggalan membeli nombor PIN, ia boleh menyebabkan permohonan tidak dapat dibuat.
Selain daripada itu proses permohonan UPU mempunyai aktiviti-aktiviti penting lain yang mana ia telah dikeluarkan secara rasmi di laman web UPU berserta tarikh aktiviti. Tarikh tarikh penting permohonan UPU ini seharusnya diketahui dan diambil perhatian oleh pelajar yang tidak mahu ketinggalan.
Tarikh tarikh penting UPU adalah seperti di bawah
01 April | Jualan Unik ID Ditutup |
02 April | Permohonan UPUOnline Ditutup |
17 ~ 20 Apr | Semakan Panggilan Temuduga Lepasan SPM |
21 ~ 29 Apr | Proses Temuduga Lepasan SPM Dijalankan |
10 ~ 14 May | Semakan Panggilan Ujian MEdSI & Semakan Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf |
25 February | Permohonan UPUOnline Dibuka |
25 February | Jualan Unik ID Dibuka |
15 ~ 19 May | Ujian MEdSI Dijalankan |
15 May ~ 28 Jun | Proses Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (Tertakluk Kepada UA) |
Untuk makluman, tidak semua permohonan itu hanyalah mengisi online semata-mata ada juga kursus pengajian di universiti memerlukan penilaian lain selain daripada permohonan iaitu ujian dan juga temuduga sebagai contoh untuk mengikuti pengajian bidang pendidikan pelajar diwajibkan untuk mengambil ujian medsi dan sesetengah kursus pengajian yang melibatkan fizikal dan bakat seperti sains sukan, muzik sangat memerlukan temuduga sebelum diterima masuk.
Oleh yang demikian, pelajar perlu bersedia dengan anggaran tarikh yang diberikan oleh UPU supaya pelajar tidak terlepas temuduga atau ujian penting untuk melayakkan mereka mendapat tempat di institusi Pengajian Tinggi. Hal ini kerana, setiap permohonan perlulah lengkap untuk bersaing dengan permohonan lain. Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan di proses dan dipilih.