Kandungan Fail Panitia dapat membantu urusan Panitia, Fail Panitia Pelajaran merupakan salah satu penyediaan dokumentasi penting dalam pengurusan panitia. Kandungan fail panitia ini jika digunakan sepenuhnya boleh membantu guru untuk menghasilkan keberhasilan dalam pengajaran dan pengurusan subjek pelajaran. Setiap mata pelajaran akan mempunyai panitia tersendiri dan ketua panitia pastinya perlu mengurus panitia dengan aspek-aspek tindakan seperti perancangan, tindakan, rumusan dan hasilnya.


Contoh Kandungan Fail Panitia Mata Pelajaran
Secara umum, fail panitia mempunyai 10 fail utama iaitu dail induk, fail sukatan pelajaran, fail mesyuarat Panitia, fail Program kecemerlangan, fail peperiksaan, fail penyeliaan/ pencerapan, fail penyemakan buku latihan, fail aktiviti ko akademik, bank soalan dan maklumat guru.
1Fail induk
Fail induk ini adalah lebih pada pengurusan dan perancangan fail ini perlu diisi dengan surat-surat luar dan dalaman berkaitan dengan panitia. Selain itu juga, fail ini perlu diisi dengan carta organisasi, senarai nama guru matapelajaran, perkeliling iktisas dan kewangan panitia.
2Fail Sukatan Pelajaran
Fail ini perlu mengandungi bahan-bahan yang boleh membantu pengajaran seperti sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, rancangan tahunan, senarai bahan bantu mengajar, senarai buku teks dan rujukan dan rekod pencapaian sukatan pelajaran yang diajar.
3Fail Mesyuarat Panitia
Setiap panitia perlu mengadakan 3-4 kali mesyuarat setahun. Oleh demikian, segala aktiviti mesyuarat panitia perlu disimpan dalam fail ini. Perkara yang perlu disimpan dalam fail ini termasuk Notis/Memo Panggilan Mesyuarat, Notis/Memo Edaran Minit Mesyuarat & Borang Maklum Balas (Asal) berserta Minit Mesyuarat, Kehadiran Mesyuarat, Rekod Edaran Minit Mesyuarat, Draf Minit Mesyuarat yang disemak oleh Pengerusi dan Maklum Balas Mesyuarat (Asal dan Terkini).
4Fail Program Kecemerlangan
Setiap panitia perlu juga membuat program kecemerlangan untuk setahun. Oleh itu fail ini digunakan untuk menyimpan segala berkaitan pengurusan program tersebut terdiri dari Pelan Strategik, Laporan-laporan program, Program Perkembangan Staf dan Kajian Tindakan (Jika ada).
5Fail Peperiksaan
Fail ini juga perlu dilengkapkan dengan urusan peperiksaan panitia tersebut. Kandungan yang perlu ada dalam fail ini termasuk Jadual peperiksaan, Jadual penyedia soalan, Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam, Analisis Headcount, Post-Mortem / Audit Akademik.
6Fail Penyeliaan/ pencerapan
Untuk tempoh setahun perlu juga ada penyeliaan dan pencerapan. Beberapa kali juga perlu dilakukan untuk pencerapan ini bergantung pada keperluan semasa dan pentadbir. Segala hal pencerapan dan penyeliaan ini boleh dimasukkan ke fail ini iaitu jadual penyeliaan, borang penyeliaan dan laporan kekuatan dan kelemahan.
7Fail Penyemakan buku latihan
Setiap pengajaran perlu ada semakan buku latihan, ia bertujuan melihat kualiti serta proses pembelajaran yang konsisten. Panitia perlu mengurus hal semakan buku latihan pelajar dan segala bahan pengurusan perlu diletakkan dalam fail ini iaitu jadual semakan, borang penyemakan dan laporan kekuatan dan kelemahan semakan.
8Fail Aktiviti ko akademik
Untuk fail ini juga perlu disediakan surat menyurat aktiviti tersebut, aktiviti tahunan dan laporan aktiviti yang dijalankan.
9Fail bank Soalan
Fail ini juga penting untuk rujukan guru-guru panitia dengan penyediaan saoalan-soalan peperiksaan serta koleksi untuk rujukan. Kandungan fail ini terdiri dari Soalan-soalan peperiksaan sekolah, Soalan-soalan setara daerah / negeri dan Soalan-soalan peperiksaan awam.
10Fail Maklumat guru
Dalam panitia tentunya mempunyai guru-guru yang melaksanakannya. Oleh demikian fail maklumat guru juga perlu dibuat yang terdiri dari Jadual waktu persendirian, Maklumat asas, akademik dan ikhtisas guru dan Sijil-sijil penyertaan/penghargaan panitia.
Muat Turun Senarai Fail Panitia