Kasih ibu bapa yang mulia

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Dewasa ini, kita selalu disajikan dengan berita dan khabar keruntuhan akhlak remaja. Banyak faktor penyumbang kepada  masalah yang berlaku. Peranan ibu bapa juga perlu diperbaiki demi membentuk sahsiah anak yang cemerlang. Namun demikian, dalam mendidik anak-anak rasa hormat anak kepada kedua ibu bapanya perlu terlebih dahulu dibentuk.

Sebagai ibu bapa yang inginkan kejayaan dan keluhuran sahsiah anak-anak, ibu bapa harus banyak belajar bersabar dengan karenah anak. Kesabaran yang dimaksudkan ialah mengawai perasaan terutama apabila berkomunikasi atau berbicara dengan anak. Hal ini kerana ibu bapa yang tabah mampu mengawal segala perlakuan dan tindakan yang boleh menjatuhkan hormat anak kepadanya.

Perkataan yang selalu kita dengar ialah penyayang, sifat sayang menyayangi ini merupakan pendekatan yang paling kerap dan sinonim apabila berbicara tentang anak-anak. Sifat ini adalah penting kerana kelemahan dan kelebihan sikap anak-anak pada dasarnya berkisarkan kasih saying mencakupi teman sepermainan, teman meluahkan masalah dan sebagainya.

Berterus terang juga penting dalam mendidik anak-anak, hal ini kerana kadangkala anak-anak yang masih kurang daya penafsiran dan penilaian perbuatan sebenarnya masih tercari-cari adakah apa yang dibuat adalah bersesuaian atau tidak. Jadi tugas ibu bapa mendidik dengan berterus terang sekiranya sesuatu perbuatan itu tidak bersesuaian.

Remaja ini terkenal dengan sikapnya yang mudah melenting, pemberontakan akan timbul sekiranya sesuatu yang mampu membuat diri rasa terhina. Ibu bapa seharusnya belajar menggunakan suara yang tidak terlalu kuat dalam berkomunikasi dan sekiranya marah memadailah dengan menggunakan suara yang sederhana. Hal ini adalah kerana sikap ibu bapa yang selalu meninggikan suara akan membentuk personaliti anak yang mudah takut dan akhirnya menjadi seorang yang pasif.

Nasihat juga penting dalam perhubungan dengan anak-anak. Perbuatan ini penting bagi menjelaskan serta memandu anak supaya lebih memahami tentang sesuatu perlakuan dan akibat sekiranya sesuatu perbuatan itu dilakukan.

Diakhir sekali, kalau boleh janganlah kita lupa untuk mendoakan anak-anak. Hal ini kerana segala apa yang berlaku diluar jagaan kita banyak dipengaruhi oleh dugaan-dugaan tertentu. Pengaruh dan dugaan yang datang kepada anak kita adalah amat sukar untuk kita kawal. Oleh itu kepada maha Esa lah kita kembali, semoga anak kita sentiasa disajikan dengan perkara yang baik dan memudahkan urusan hidupnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *