Untuk berjaya pastinya seseorang tahu bagaimana untuk berjaya, terdapat banyak idea kunci kejayaan, tetapi untuk penulisan kali ini mari kita gunakan akronim DUIT untuk menghuraikan kunci kejayaan.
4 Kunci kejayaan ( DUIT )
1DOA
Doa merupakan elemen yang penting untuk mencapai sebuah kejayaan. Tetapi doa mungkin dianggap perkara yang remeh bagi sesetengah orang. Manakala orang yang mengaku dirinya islam, doa merupakan medium yang paling berkesan dalam menentukan arah tuju kehidupan. Boleh di katakan setiap detik kehidupan sehari kita,pasti ada doa-doa yang tertentu,kerana doa itu merupakan senjata dalam memperolehi kejayaan
2Usaha
Usaha merupakan tangga kejayaan,ungkapan yang sering kita dengar pagi,petang,siang,&malam. Usaha umpama mendaki gunung, tanpa usaha pasti tidak akan dapat kepuncak yang tinggi. Setiap langkah demi langkah yang di angkat memerlukan kudrat dan tenaga. Oleh itu,setiap kejayaan memerlukan usaha yang kuat agar tidak mudah putus asa.
Semakin tinggi gunung didaki,semakin terasa kepenatan dan keletihan. Hanya orang yang tidak mengenali erti kalah dan tekad yang tinggi sahaja yang mampu sampai kepuncak kejayaan. Jika terjatuh,teruskan usaha dan jangan sesekali berputus asa demi mencapai kejayaan yang ingin dikecapi oleh semua pelajar.
Sebagai orang muslim, agama islam sudah pasti menjadi pegangan, manakala Al-Quran & Hadis menjadi panduan. Kita dapati banyak sekali ayat Al-Quran & Hadis yang menyarankan umat nya agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sama ada didunia & diakhirat.
3Istiqamah
Salah satu faktor yang juga penting untuk menjayakan sesuatu usaha ialah istiqamah. Istiqamah membawa maksud tetap dan berterusan ( teguh) dalam melakukan sesuatu perkara. Orang yang istiqamah mempunyai disiplin diri yang tinggi dan baik yang juga merupakan faktor penting dalam mendaki tangga kejayaan.
4Tawakal
Tawakal didefinisikan sebagai berserah kepada Allah S.W T dalam menentukan sesuatu perkara setelah melakukan segala usaha dan ikhtiar untuk terus mendaki tangga kejayaan. Selain itu,tawakal melambangkan penyerahan diri seorang hamba yang lemah kepada penciptanya yang maha mengetahui dan maha berkuasa.
Tawakal penting dalam menjadikan seseorang itu tenang dalam menghadapi dugaan dan cabaran disamping menjadikan nya lebih tabah dan kental.
Sifat tawakal perlu ada dalam diri seseorang yang ingin memperolehi sesuatu kejayaan kerana tawakal penting dalam menjadikan seseorang itu tenang dalam menghadapi dugaan dan cabaran disamping menjadikan nya lebih tabah dan kental untuk mendaki tangga kejayaan.
p/s: Kepada sahabat-sahabat yang bakal dan sedang menduduki ujian sama ada ujian dari pada Allah atau peperiksaan. Semoga berkat dari apa yang kalian buat dibalas sebaik-baiknya oleh Allah S.W.T
#Good Luck!!! & All The Best😊