Kawal Pemakanan Di Hari Lebaran

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Dalam 14 atau 15 hari lagi 1 Syawal 1433H bakal menjelma.Ramai yang sudah mula melakukan persiapan bagi menyambut hari lebaran yang bakal tiba.Tidak kurang juga dengan undangan rumah terbuka.Sinonimnya hari lebaran dengan rumah terbuka.Apabila bercakap mngenai rumah terbuka,juadah yang terlintas di fikiran adalah seperti ketupat,rendang dan lemang menjadi hidangan wajib di hari raya.Selain itu ada juga hidangan-hidangan lain seperti nasi tomato,nasi dagang dan sebagainya.
Namun,haruslah diingat bahawa tidak bermakna dengan menyambut hari raya kita boleh memakan apa sahaja hidangan tanpa mengawalnya.Seperti juga hari-hari lain,pemakanan di hari raya juga haruslah sihat.Hal ini adalah untuk mengelakkan kesan mudarat terhadap kesihatan kita.
Antara panduan yang boleh dilakukan untuk mengawal pemakanan adalah:

1. Makan dalam kuantiti yang kecil
2. Jadikan air kosong sebagai sahabat anda berbanding air manis
3. Pilihlah daging tanpa lemak ataupun ayam tanpa kulit.
4. Selain itu,jadikanlah buah-buahan segar sebagai pencuci mulut dari mengambil kuih -muih.

Beringatlah bagi menyambut Syawal nanti.Marilah kita menjaga kesihatan bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *