Kecelaruan personaliti diri dipengaruh

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bila bercakap tentang personaliti mungkin banyak definisi dan pemahaman kita. Ada yang mengatakan perwatakan, penampilan ataupun kekemasan. Personaliti ini mencakupi banyak komponen yang boleh diambil kira seperti tingkahlaku, perwatakan, penampilan seseorang dalam kehidupnya. Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. Melalui definisi memberi tafsiran bahawa ia melibatkan campuran yang sentiasa boleh berubah menurut masa dan pengaruh yang melibatkan apa yang kita rasa, kita percaya dan tindakbalas kita.

Jika ada orang bertanya siapakah idola anda ketika ini? Jawapan untuk soalan ini mempunyai pelbagai variasi dan sebab tersendiri. Idola ini ada hubunganya dengan tret personaliti seseorang kerana pada kebiasaanya kita akan sedikit sebanyak meniru personaliti idola yang kita gemari. Ini menjadi kebiasaan kerana memang lumrah semulajadi manusia untuk meletakkan contoh pada setiap perubahan dan perwatakan. Hal ini akan berlaku walaupun sekali seumur hidup malahan ada yang beratus, beribu kali dalam hidupnya.

Namun demikian ketepatan idola yang kita pilih mungkin mempunyai kesalahan dan tidak membina. Hal ini kerana ketepatan ini dipengaruhi oleh kematangan dalam penilaian seseorang. Ada remaja yang tersalah pilih dengan meniru gaya yang jelas sekali membinasakan diri dan menjatuhkan maruah diri sendiri. Setiap yang ditiru ditukarkan dan dipercayai memberikan keseronokan tanpa pertimbangan yang sewajarnya. Ini lebih teruk lagi jika peniruan itu melibatkan sesuatu yang maya ataupun personaliti diluar rasional dalam masyarakat.

Peniruan maya ini melibatkan peniruan karekter kartun, perwira majalah dan meniru perlakuan yang dilakonkan dalam filem didalam dan luar negara. Kebanyakan perlakuan dan pemikiran di filem adalah lakonan yang dibuat untuk memberikan cerita menarik dan tidak semestinya boleh berlaku didalam dunia realiti.

Peniruan yang tidak bermoral juga menjadi kegemaran sesetengah remaja terutama berpakaian menjolok mata, memberikan mesej yang ganas, menakutkan dan banyak lagi. Mungkin remaja merasakan ia menarik dan menyeronokkan tetapi perlu dipertimbangkan adakah personaliti itu bersesuaian dengan agama dan budaya kita? Adalah penting untuk remaja mendapatkan pendapat terlebih dahulu dari golongan yang lebih matang dari usianya sebelum membuat sesuatu perubahan personaliti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *