Keistimewaan Bersedekah Di Bulan Ramadhan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Salam 3 Ramadhan 1433 H.Sedar tak sedar dah masuk 3 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini.Di dalam bulan Ramadhan ini terdapat pelbagai kelebihan bagi setiap amalan yang di lakukan.Hari ni saya ingin berkongsi info yang di peroleh dari himpunan hadith harian JAKIM iaitu :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”

Riwayat at- Tirmidzi

Pengajaran Hadis:
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
iii) Konsep “memberi” (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

Jadi marilah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadah kita di bulan mulia ini.Selamat beramal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *