Kejayaan : 5 teknik pengurusan masa PdPR yang masih ramai tidak ketahui dan menyebabkan ramai pelajar yang bosan untuk menghadiri kelas secara alam maya ini. Walaubagaimana sekalipun, sekiranya anda tahu teknik pengurusan masa yang betul maka anda dapat mengurangkan kadar kebosanan anak semasa menghadiri kelas PdPR.
“Masa itu ibarat mata pedang yang tajam sekiranya kita terlalai sedikit sahaja maka ianya akan memakan diri kita sendiri”
Justeru itu, sebagai seorang yang BIJAK, anda perlu BIJAK untuk menguruskan masa belajar. Lebih-lebih lagi pada musim COVID -19 ini, pasti ramai pelajar yang mengeluh kerana mereka mengalami kesukaran dalam memahami subjek tertentu. Terutamanya, bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
“Ilmu itu pelita hidup maka untuk mendapatkan cahaya kita perlu mempunyai ilmu”
Kejayaan : 5 Teknik Pengurusan Masa PdPR
Bagi pelajar yang sudah hilang rasa untuk fokus dalam pembelajaran menerusi alam maya ini, anda boleh mencuba teknik pengurusan masa yang di cadangkan keapda anda. Teknik ini BUKAN satu solusi untuk menarik semula minat anda dalam pembelajaran tetapi merupakan salah satu iktiar anda untuk berjaya dan mencapai kejayaan.
Antara kejayaan yang perlu diraih adalah dengan mengikuti 5 teknik pengurusan masa PdPR yang betul adalah seperti:-
1) Tulis senarai aktiviti yang ingin dilakukan
Dalam setiap tugasan atau aktiviti yang dilakukan, anda DINASIHATI agar menyediakan senarai semak setiap aktiviti. Sekiranya anda sudah menyediakan senarai semak maka setiap tugasan yang diberikan akan lebih mudah untuk diselesaikan.
Antara cara mudah untuk menyediakan senarai aktiviti yang ingin dilakukan adalah dengan :-
- Tetapkan tugasan yang PENTING dahulu
- Sediakan jam loceng untuk anda mematuhi masa kerja yang hendak anda selesaikan
- Sediakan masa riadah atau rehat di antara masa aktiviti yang dilakukan agar anda tidak bosan dan penat menyelesaikan tugasan yang diberikan
2) Tentukan aktiviti UTAMA mengikuti kepentingan
Bagi menentukan aktiviti UTAMA, anda sendiri perlu ketahui apa aktiviti yang penting agar ianya dapat menarik minat anda untuk selesaikanya. Keutamaan kerja setiap orang adalah berbeza maka JANGAN membezakan diri anda dengan orang lain.
Antara nasihat yang boleh di ikuti adalah:-
- Sesibuk mana sekali kehidupan, letakkan kewajipan terhadap ALLAH adalah yang utama
- ELAKKAN anda membuang masa dalam melakukan aktiviti yang tidak memberi manfaat kepada anda
- Sentiasa meletakkan tugasan yang PENTING pada senarai teratas anda
- Beri ruang untuk anda melakukan aktiviti yang anda gemar setiap hari SEKURANG-KURANGNYA 30 minit.
3) Lakukan aktiviti yang berada di dalam senarai dengan segera
Bagi mereka yang sukar untuk mengikuti setiap satu senarai yang sudah disenaraikan maka anda dinasihati agar anda lakukan dahulu senarai dengan segera. Ianya bagi memudahkan anda untuk menyelesaikan setiap satu tugasan yang diberikan. Teknik pengurusan masa PdPR ini bukan satu teknik yang WAJIB diikuti tetapi ianya bagi memudahkan pengurusan masa sahaja.
Hal ini disebabkan, semakin hari semakin ramai pelajar yang sudah hilang fokus dalam pembelajaran. Justeru itu, dengan wujudnya penulisan berkenaan dengan teknik pengurusan masa PdPR dapat membantu pelajar kembali fokus dalam pembelajaran.
Manfaat anda melakukan aktiviti yang berada didalam senarai dengan segera adalah bagi:-
- Membantu pelajar yang lebih memahami pembelajaran yang baru sahaja di ajari oleh guru
- Bagi memastikan tahap kefahaman pembelajaran kepada para pelajar
- Bagi memudahkan para guru melakukan penilaian kepada setiap pelajar
4) Ajari diri supaya sentiasa berdisiplin
Pengurusan masa amatlah penting dalam setiap satu urusan. Justeru itu, bagi pelajar yang pandai menguruskan masa maka mereka juga mampu untuk menjadi seorang yang berdisiplin.
TAHUKAH ANDA!!!
Kebijaksanaan seseorang adalah mereka yang bijak dalam menguruskan masa dalam setiap satu perkara. Justeru itu, didiklah diri anda dalam menguruskan masa.
5) Sediakan ganjaran selepas anda berjaya menyelesaikan tugasan yang dijanjikan
Ganjaran adalah suatu hadiah yang terindah buat semua. Justeru itu, didiklah diri anda untuk sentiasa berjaya menyelesaikan tugasan yang disenaraikan agar anda mampu untuk menyediakan ganjaran terhadap diri anda sendiri. Walaubagaimana sekalipun, ELAKKAN diri daripada menyediakan ganjaran yang mampu membebani diri sendiri.
Antara contoh ganjaran selepas anda berjaya adalah seperti :-
- Masa rehat yang lebih setelah berjaya menyelesaikan tugasan tepat pada masanya
- Penyediaan makanan yang disukai setelah selesai tugasan yang diberikan
-
Hadiah yang berharga tetapi hanya mungkin setahun sekali sahaja
Sekiranya kita mampu untuk menguruskan masa dengan betul, maka pembelajaran secara PdPR akan dapat menari minat pelajar untuk ikutinya lagi. Bukan PdPR ini membebankan tetapi ianya merupakan satu proses yang baru buat semua maka ianya menjadi satu proses yang membosankan oleh setiap pelajar. Tetapi sekiranya kita ketahui cara pengurusan yang sebenar maka ianya akan lebih menarik lagi.
Ikuti Lan Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan info terkini pemeblajaran anak-anak. (https://www.moe.gov.my/)