

Info ringkas ini bagi membantu pencari kerja untuk memohon jawatan-jawatan yang mempunyai kekosongan. UPSI atau Universiti Pendidikan sultan Idris membuka beberapa jawatan untuk permohonan. UPSI merupakan institusi pengajian tinggi yang berdaya saing dan mempunyai kelengkapan dan kemudahan yang mencukupi dan selesa.
Warganegara Malaysia adalah diperlawa untuk memohon jawatan-jawatan seperti :
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
- Pembantu Muzium S17
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N17
Cara memohon
Pemohon perlu menghantar resume yang lengkap, resume perlulah mengandungi maklumat-maklumat seperti :
- Nama jawatan yang dipohon
- Nama penuh dan nombor kad pengenalan
- Gambar pemohon
- Jantina dan taraf kewarganegaraan
- Nombor telefon dan emel
- Alamat
- Kelayakan akademik
- Pengalaman kerja
- Kemahiran yang dimiliki
Dokumen yang diperlukan ( disahkan )
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan sijil-sijil persekolahan dan kelayakan akademik yang dimiliki
- Salinan sijil-sijil penghargaan (jika ada)
- Salinan dokumen-dokumen lain yang berkaitan (jika ada)
- Salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (3 tahun terkini bagi yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan)
Resume dan lampiran-lampiran yang disusun perlu dikepilkan dan dihantar ke alamat :
UNIT PERJAWATAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
Tingkat 1, Bangunan Canselori
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 Tanjong Malim, Perak
Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. Hanya permohonan yang lengkap dan diterima sebelum/pada tarikh tutup permohonan ( 30 April 2013 ) sahaja akan diproses. Jika pemohon tidak menerima sebarang pemberitahuan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan, dianggap tidak berjaya.
Syarat khas dan kelayakan
Sila lihat Syarat Khas dan kelayakan untuk memohon
Pertanyaan
Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 (Pn. Nur Ashikin, En.Mustafa, Cik Norlina) / 6338 ( Pn. Murni) / 6340 (En. Nurul Ashikin) atau e-mel [email protected] untuk pertanyaan.