Bagi yang berminat, satu permohonan guru dan kakitanga berkaitan untuk mengisi kekosongan sekolah dalam hospital telah dibuka. Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa permohonan bagi mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 dan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 di Sekolah Dalam Hospital (SDH) berikut:
- SDH Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis
- SDH Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu
- SDH Hospital Tawau, Tawau, Sabah
Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada atau sebelum 08 Oktober 2014 (Rabu).
Dibawah adalah maklumat penting untuk anda teliti sebelum memohon( Sumber Web Kementerian Pelajaran )
- Surat Siaran
- Kriteria Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 di SDH
- Kriteria Permohonan Pembantu Pengurusan Murid N17 di SDH
- Borang Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 di SDH
- Borang Permohonan Pembantu Pengurusan Murid N17 di SDH