- Permohonan adalah terbuka kepada semua PPPS Gred DG41 memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan termasuk mereka yang sedang cuti belajar, cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, pegawai pinjaman/tukar sementara atau yang sedang mengisi jawatan kader KPM.
Syarat-syarat Umum
- Disahkan dalam Perkhidmatan
- Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terakhir bagi tahun 2009, 2010 dan 2011;
- Bebas daripada tindakan tatatertib
- Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institusi Pendidikan;
- Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
- Telah mengistiharkan harta
- Diperakukan oleh ketua jabatan
Syarat khusus dan syarat mengikut kekosongan
Pensyarah (Akademik) PPPS Gred DG44 / Pensyarah (Jurulatih
Ko-Kurikulum) PPPS Gred DG44
- Pengalaman mengajar sebagai guru PPPS Gred DG41 sekurang-kurangnya 5 tahun atau pengalaman berkhidmat sebagai PPPS DG41 sekurang-kurangnya dua tahun di IPG; dan
- Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan.
Kelayakan tambahan bagi jawatan Pensyarah (Jurulatih KoKurikulum) Gred DG44 adalah seperti berikut
- Mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam bidang KoKurikulum;
- Mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kokurikulum;
- Aktif dan banyak memberi sumbangan dalam bidang kokurikulum.
Borang Permohonan
Cara memohon serta maklumat penting lain boleh dirujuk dalam surat siaran penuh permohonan urusan pemangkuan laluan hakiki bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (ppps) gred dg41 bagi pengisian jawatanjawatan gred dg44 di institut-institut pendidikan guru di bawah anggaran belanja mengurus (perjawatan) tahun 2011 kementerian pelajaran Malaysia
Anda dinasihatkan untuk merujuk iklan penuh penjawatan KLIK SINI
Tarikh tutup permohonan : 30 Mac 2012
Maklumat Lanjut dan Alamat surat menyurat
Rektor,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 1, Enterprise Building 3, Blok 2200,
Persiaran APEC, Cyber 6,
63000 Cyberjaya
(u.p: Sektor Khidmat Pengurusan)
aslkm,say brminat utk memohon….mohon info jika tawaran pengambilan terkini dibuka.tq
Wslm.. setakat ni belum ada..LIKE fan page kami untuk dapatkan update terkini..
Bilakah iklan permohonan pengambilan 2013/2014 akan dikeluarkan
TQ