Perpindahan online e gtukar guru telahpun dibuka 1 september 2011 lagi, menurut sumber aplikasi sedia ada juga mengeluarkan opsyen kekurangan yang dipertimbangkan perpindahan bagi tahun 2012 ini. Tadi saya ada kunjung sekejap ke website pertukaran tu, nampaknya kadangkala ada masalah online sekarang ni, mungkin laman web itu mengalami kesesakan oleh kerana mungkin ramai yang ingin memohon.
Opsyen yang dipertimbangkan
Di laman web e g tukar tu sebenarnya ada dinyatakan opsyen yang dipertimbangkan, tapi ada juga yang tidak tahu bagaimana merujuknya. Oleh itu saya sediakan opsyen yang dipertimbangkan untuk memudahkan bersama. ( Bagi SMK sahaja )
- Perlis – Pendidikan Khas, Bahasa Inggeris, Geografi, (KH-SP, ERT), Teknologi Maklumat (literasi).
- Kedah – Bahasa Inggeris, Sejarah, PJK, (KH-ERT,SP, P&K), PSV, Bahasa Jepun, Bahasa Cina
- Pulau Pinang – Bahasa Melayu, PSV, Pendidikan Islam, Sejarah, Pendidikan Khas, (KH- ERT, KMT), PJK.
- Perak – Pendidikan Khas, RC, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, (Kemahiran Hidup – KMT, ERT, SP), PJK.
- Selangor – Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, PJK, (KH-ERT). PJK,
- Kuala Lumpur – Pendidikan Khas, Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah, KH- ERT, KMT, P&K,
- Putrajaya – Kaunselor, Sejarah, (KH-ERT, P&K), Perdagangan,
- Negeri Sembilan – Pendidikan Khas, Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah, PSV, Pendidikan Islam, (KH –ERT). Bahasa Cina, Bahasa Tamil
- Melaka – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, PSV, PJK, KH-ERT, (KH- KH-P&K), Pendidikan Islam, Pendidikan Khas.
- Johor – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Bahasa Cina, RC, PSV, Pendidikan Islam, Kaunselor, Pendidikan Khas, PJK, (KH-ERT, SP, P&K)
- Pahang – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Bahasa Cina, RC, LK, PSV, Pendidikan Khas, PJK, KH-ERT, SP, P&K, Perdagangan, ICT
- Terengganu – Bahasa Inggeris, (Kemahiran Hidup – ERT, SP), Sejarah, Geografi, Muzik, Bahasa Cina, Pendidikan Seni Visual.
- Kelantan – Pendidikan Khas, Lukisan Kejuteraan, Bahasa Inggeris, PJK, PSV, (Kemahiran Hidup – KMT, ERT, SP) Bahasa Cina.
- Sarawak – Bahasa Melayu, Sejarah, PSV, Pendidikan Islam, Kaunselor, Pendidikan Khas, PJK, (KH-ERT, SP, P&K), MPT – Perdagangan, Bahasa Iban, ICT
- Sabah – Pendidikan Islam, Kaunseling, Pendidikan Khas, Reka Cipta, LK, Perdangan, Prinsip Akaun, PJK dan (KH – ERT,SP, P&K), PSV, ICT, Bahasa Cina, Kadazan/Dusun.
- Labuan – Bahasa Melayu , Sejarah, PJK, (KH-ERT, KH-P&K), P. Moral, Perdagangan, Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas.
Dari apa yang didedahkan diatas memang sedikit sebanyak membantu pemilihan pertukaran yang dikehendaki, namun demikian ada opsyen atau subjek yang tiada untuk negeri-negeri tertentu. Negeri seperti di Kelantan, Terengganu memang agak penuh sehinggakan banyak opsyen yang sukar dipertimbangkan kesana. Berapa kekosongan? Itu menjadi tanda Tanya, di web berkenaan tiada dinyatakan jumlah kekosongan. Tempat-tempat seperti di Putrajaya agak meragukan untuk memilih kesana kerana bimbang sukar diterima kerana jika melihat statistik januari 2011 hanya kira-kira 11 sekolah menengah sahaja disana. Apa-apa pun marilah kita mencuba, mungkin sampai masanya kita diperlukan ketempat yang dipohon.
Sumber : http://apps.moe.gov.my/epgo/opsyen_smk.cfm
4 thoughts on “Kekurangan Opsyen Guru Menengah ( SMK ) Yang dipertimbangkan 2012”
Terima kasih… Harap2 KPM mempercepatkan urusan posting kami…. Mcm2 berita yang kurang senang kami dengar tentang posting GSST pelajar IPTA kali ni…. 🙁
Betul tu Rahimah..sy pun ada dengar yang kurang senang tu..tapi itulah yang sy katakan..untuk 2-3 bulan ni atau selepas mengundi ia seolah-olah dibekukan..tapi ia bukan ditutup terus..ia dibekukan sahaja..nanti bila kembali ok terutama selepas mengundi barulah ia berjalan seperti biasa, sama2 lah kita tunggu yer 🙂
salam, nk tanya ble borang posting utk GSST lepasan IPTA akn dikeluarkn?
Salam, rahimah.. susah nak jawab soalan tu, setakat ni belum ada maklumat yang saya terima tentang itu, cuma kemungkinan awal tahun depan keluar sebab pengambilan mungkin ditangguh sementara sebab akan berlaku pelarasan skim gaji SBPA. Selepas ia dimulakan barulah lantikan tu bermula. ape2 pun tunggu je yer..nanti ada berita sy cuba sebarkan. 🙂