Kelayakan Kemasukan Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kelayakan Kemasukan Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

Sekolah sukan
Apabila sebut sahaja sekolah sukan, pasti yang bermain diminda para pelajar adalah sekolah khusus bagi mereka yang aktif didalam bidang sukan SAHAJA tanpa memikirkan akademik. TETAPI sekolah sukan ini BUKAN mengutamakan sukan semata-mata, sekolah sukan biasanya mengutamakan sukan + akademik. Justeru itu, bagi mereka yang mengimpikan untuk masuk ke sekolah sukan mereka WAJIB talented dalam bidang sukan dan akademik.

“Ya,Sekolah ini merupakan salah satu sekolah yang menjadi impian para pelajar yang aktif dalam sukan. Tetapi, apakah sebenarnya syarat kelayakkan kemasukan ke sekolah sukan ini”

Berikut dikongsikan Syarat Kemasukan Atlet Murid bagi Sekolah Rendah dan Menegah

INFO!!!
Permohonan kemasukan ke sekolah sukan ini adalah 2 kali dalam setahun iaitu ambilan Januari dan Julai.

“Hanya calon yang terdiri daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) LAYAK memohon dengan menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) https://spassm.moe.gov.my/.

Buat pengetahuan ibu bapa, semua keputusan pengambilan pelajar ke sekolah ini adalah berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet. Segala keputusan akan diputuskan 2 minggu sebelum panggilan kemasukan ke sekolah sukan. Keputusan panggilan juga boleh disemak melalui laman web yang sama seperti diatas.

Sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet membuat pemilihan atlet murid, atlet perlu memenuhi syarat umum dan khusus dahulu.

Antara syarat umun kemasukan adalah:-

  •  Warganegara Malaysia
  • Telah melalui Program Mengenalpasti bakat
    (TDI) iaitu (Identification /Talent Search/ Talent Scouting).
  • Bersetuju menerima tawaran sekolah sukan Malaysia (SSM) yang ditawarkan dah jenis Sukan yang ditetapkan.

PERINGATAN!!!
Sekiranya pelajar tidak bersetuju dengan tawaran Sukan yang ditetapkan atlet murid boleh menolak tawaran tersebut.

  •  Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
  • KEUTAMAAN akan diberi kepada atlet murid yang MEWAKILI NEGERI di peringkat KEBANGSAAN dalam sukan yang diceburi.
  • Mempunyai rekod Sahsiah yang baik

Syarat Khusus bagi kemasukan ke SSM adalah:-
• Pengambilan bagi atlet murid Tahun 5 dan Tahun 6

Keutamaan adalah untuk sukan:-
Gimnastik Artistik,
​Renang dan Terjun serta sukan lain mengikut keperluan.

• Pengambilan bagi atlet murid Tingkatan 1 Atlet murid perlu memperolehi SEKURANG-KURANGNYA 3C di peringkat UPSR serta telah melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

• Pengambilan bagi atlet murid Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5
Atlet murid perlu menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

5 Jenis Sekolah Sukan Malaysia adalah:-


Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)


​Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)


​Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)

​Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS)


​Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT)

Kebiasaanya atlet murid mengimpikan untuk memasuki sekolah sukan ini kerana penjadualan aktiviti sukan dan akademik yang teratur. Pada masa yang sama, bagi murid yang suka akan aktiviti sukan mereka pasti memohon kemasukan sekolah sukan kerana di Sekolah ini terdapat pelatih-pelatih yang hebat dan terlatih.

INFO TAMBAHAN!!!
Tahukah anda, setiap Sekolah Sukan Malaysia ini mempunyai pakar pemakanan yang akan mengawal pengambilan makanan bagi setiap atlet mengikut jenis sukan yang dipilih. Jadi, mereka yang berada di SSM ini sangat terjaga dari segi pemilihan pemakanan.

Jadi, bagi mereka yang mempunyai kelayakan dalam membuat pemohonan di Sekolah Sukan Malaysia ini jangan lepaskan peluang untuk memohon. Peluang hanya datang sekali sahaja, jadi ambil semua peluang yang ada agar anda berjaya mencapai impian yang diingini.

Terdapat hampir 31 jenis sukan yang ditawarkan di 5 sekolah sukan di Malaysia. Dan setiap sekolah sukan TIDAK semestinya mempunyai sukan yang diingini. Justeru itu, pada syarat umum permohonan atlet perlu SETUJU dalam setiap jenis sukan yang ditawarkan.

Antara jenis sukan yang ditawarkan adalah:-
√ Angkat Berat
√ Badminton
√ Bola sepak
√ Bola tampar
√ Hoki
√ Memanah
√ Olahraga dll

Cara semak keputusan Sekolah Sukan Malaysia (SSM):-

Sekiranya atlet murid Sekolah Rendah tidak mampu mendapat tempat di SSM, jangan berasa kecewa kerana masih banyak peluang untuk masuk ke SSM pada peringkat sekolah Menengah. Hal ini disebabkan, pilihan sukan bagi kemasukan ke SSM bagi calon atlet sekolah rendah agak terhad berbanding sekolah menegah.

Selain daripada permohonan Sekolah ini, para pelajar juga boleh mencuba membuat permohonan Sekolah Sukan Negeri, kerana sekolah ini juga ada menyediakan pelbagai facility yang terbaik seperti SSM.

“Tiada tempat (tidak berjaya masuk) di SSM tidak bermaksud anda tidak bagus TETAPI mungkin ada yang lebih berkelayakkan. Jangan pernah give up kerana sekolah hari biasa juga mempunyai pelatih yang terlatih, yang penting keinginan untuk berjaya itu ada sudah mampu membakar semangat para atlet”

Rujukkan:-
1) https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-menengah/sekolah-sukan-malaysia
2) https://spassm.moe.gov.my/semakan_tawaranssm.cfm

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )