Kelebihan Aliran Ekonomi Tingkatan 6

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Bila masuk tingkatan 6 pastinya perlu memilih aliran, untuk memilih perlulah tahu kelebihan termasuk kelebihan aliran ekonomi. Sebenarnya ada banyak pilihan popular aliran tingkatan 6 seperti aliran sastera, kemanusiaan, sains, ekonomi dan beberapa lagi mengikut sekolah masing-masing.

Kelebihan Aliran Ekonomi
Kelebihan Aliran Ekonomi

Pada tanggal yang lalu pelajar sijil tinggi pelajaran malaysia ( STPM ) sudah pun memulakan hidup mereka sebagai seorang pelajar pra university sem 1.  Kini pelajar tingkatan 6 ini pastinya pelajar sedang mempertimbangkan untuk  memilih aliran yang ingin diambil samaada aliran sains, sastera ataupun kemanusiaan. Dalam post kali ini saya akan  memberikan pencerahan yang lebih mendalam mengenai kerjaya lepasan ekonomi STPM.

Kelebihan Aliran Ekonomi

Umum mengetahui bahawa matapelajaran ekonomi merupakan salah satu matapelajaran yang mendapat antara peratus yang tertinggi untuk  mendapat  skor  “A” dalam STPM . pelajar STPM yang mengambil jurusan ini selalunya hanya perlu banyak menghafal dan membuat latihan kerana setiap jawapan dalam exam adalah berasaskan fakta.

Banyak menghafal dan membuat latihan kerana setiap jawapan dalam exam adalah berasaskan fakta

Berikut pula merupakan jurusan yang boleh diambil oleh pelajar lepasan ekonomi sijil tinggi pelajaran Malaysia STPM :

Baiklah, apakah peluang yang ada kepada lepasan STPM yang mengambil aliran ekonomi ini di peringkat yang seterusnya ? . Pertama sekali pelajar lepasan ekonomi STPM mempunyai peluang yang cerah umtuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti peluang melanjutkan pelajaran keperingkat sarjana muda dengan mengambil kursus- kursus yang menarik seperti yang berikut :

  • Pengurusan kewangan
  • Ekonomi kewangan
  • Ekonomi sumber manusia
  • Pemasaran pendidikan dengan ekonomi
  • Kewangan islam
  • Perniagaan antarabangsa
  • Pengurusan pelancongan
  • Kewangan antarabangsa
  • Hubungan antarabangsa
  • Psikologi industry dan organisasi

Seterusnya bermacam lagi aliran yang boleh diambil mengikut jenis universiti

Setelah meneliti peluang   yang ada untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi pastinya anda perasan bahawa terdapat kursus- kursus yang melibatkan kira – kira dalam jurusan ekonomi ini . Baiklah hal ini kerana semasa di tingkatan 6 matapelajaran ini juga ada yang mengajar mengenai kira-kira dan matematik .

Seterusnya saya akan memberikan pencerahan mengenai peluang kerjaya pelajar jurusan ekonomi, berikut merupakan kerjayanya :

  • Penganalisi ekonomi
  • Penasihat ekonomi
  • Pegawai kewangan
  • Pengurus acara
  • Operator pelancongan
  • Pengurus perkhidmatan
  • Pengurus hotel
  • Penasihat kewangan
  • Pegawai bank
  • Pengurus dana
  • Broker saham
  • Pelajar lepasan ekonomi juga mempunyai peluang menjadi seorang guru ekonomi
  • Penyelia pemasaran
  • Pegawai pemasaran
  • Pengurus hotel
  • Seterusnya pelbagai lagi kerjaya menarik .

Jika dilihat pada peluang pekerjaan yang bakal dinikmati oleh para  pelajar lepasan jurusan ekonomi ini saya yakin yang pada ketika Ini sudah ada pelajar yang sedang atau ingin mempetimbangkan untuk mengambil matapelajaran ekonomi semasa menuntut di sijil tinggi pelajaran malaysia ( STPM ) . Selain itu, pelajar lepasan jurusan  ini  sebenarnya bakal menikmati pekerjaan yang menarik dan agak mencabar selepas menamatkan pengajian di mana-mana universiti . Selain daripada itu , Pekerjaan yang bakal mereka dapat sebenarnya menjanjikan gaji yang agak besar dan lumayan .

Akhir sekali, pilihan untuk mengambil mana-mana matapelajaran semasa di tingkatan 6 merupakan pilihan penuh pelajar itu sendiri. Setiap pilihan yang dibuat akan menentukan peluang pelajar itu sendiri  untuk melanjutkan pelajaran dan peluang pekerjaan yang bakal dihadapi pada masa hadapan.

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here