Kelebihan dan Kekurangan Belajar di IPTS / US

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Selain IPTA, mungkin juga kita boleh bincangkan kelebihan dan kekurangan belajar di IPTS / US. Untuk pelajar lepasan SPM dan STPM yang gagal dalam melanjutkan pelajaran ke IPTA , anda tidak perlu khuatir kerana IPTS mempunyai program-program yang anda inginkan. Ditambah pula dengan kelebihan yang ada di IPTS membuatkan anda lebih mudah dan selesa untuk belajar dalam bidang yang anda minati .

Senarai IPTS
Senarai IPTS

Senarai sebahagian dari IPTS yang ada di Malaysia ( rujuk sini )

Apakah Kelebihan Ipts?

  • Menawarkan program yang lebih khusus

Untuk pengetahuan anda,  IPTS mempunyai program yang lebih khusus tentang sesebuah kerjaya yang anda ingini, seperti Universiti Tenaga Nasional, tempat ini menawarkan program ijazah dan diploma dalam bidang kejuruteraan dan peniagaan. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang tentang ketiadaan atau kekurangan bidang yang anda ingin ceburi di IPTS.

  • Kualiti pendidikan lebih terjamin

Akibat daripada jumlah pelajar yang tidak begitu ramai berbanding IPTA, IPTS mempunyai kelebihan dari segi kualiti pendidikan. Oleh kerana pelajar ipts tidak ramai, maka tahap fokus di dalam suatu proses pembelajaran adalah  tinggi dan lebih teratur . Maka, anda tidak perlu bimbang untuk mendapat gangguan daripada orang lain semasa sesi pembelajaran dijalankan.

  • Banyak melakukan praktikal
Info Tambahan :  Twinning Programmes Malaysia: 3 Cara Belajar Seperti Luar Negara

Praktikal merupakan salah satu alat yang lebih memberi tahap kefahaman yang lebih tinggi kepada pelajar berbanding teknik menghafal, mambaca dan sebagainya . IPTS lebih menumpukan bab praktikal agar melahirkan generasi yang lebih proaktif dan memenuhi kehendak pekerjaan di masa ini. Oleh itu, kkelebihan untuk pelajar IPTS kerana mendapat banyak pengalaman apabila belajar di salah satu program IPTS.

  • Kemudahan infrastruktur yang lebih baik

Untuk pengetahuan anda, kemudahan infrastruktur IPTS adalah lebih kurang sama dengan kemudahan yang ada di IPTA, malahan kemudahan IPTS ada yang lebih baik berbanding dengan institusi pengajian awan yang lain. Sebagai contohnya ruang belajar yang lebih konsisten dan selesa untuk belajar . Bukan itu sahaja, tempoh pengajian adalah singkat untuk program di bawah IPTS .

Antara Senarai IPTS Yang Diiktiraf Oleh Jpa

  1. UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

Untuk pengetahuan anda , kolej ini menyediakan 3 program ataupun bidang seperti Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Pengurusan peniagaan .

  1. UNIVERSITI MULTIMEDIA (UMM)

Universiti ini pula memberikan jaminan untuk pekerjaan di bawah anak syarikat TM. Ditambah lagi tempat ini merupakan kolej yang pakar dalam bidang telekomunikasi dan multimedia kreatif .

  1. UNIVERSITI PETRONAS (UTP)

Kepada yang layak memasuki salah satu program di bawah universiti ini, anda adalah salah seorang yang beruntung kerana terdapat banyak kelebihaan sekiranya menyambung pengajian di tempat ini. Antaranya ialah UTP tersenarai 7 universiti terbaik di Malaysia, UTP juga memberikan biasiswa kepada yang layak. Malahan tempoh pengajian adalah singkat iaitu 1 tahun 3 bulan. Untuk individu yang mengambil degree d UTP anda tidak perlu bimbang tentang PTPTN yang anda pinjam, hal ini kerana sekiranya anda mendapat kelas pertama dalam degree , anda tidak perlu membayar semula pinjaman anda .Bidang yang ditawarkan oleh UTP ialah enginering, teknologi , dan sains tulen.

Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Kekurangan Belajar Di IPTS

  • Yuran Pengajian Mahal

Tidak dapat dinafikan, yuran bagi setiap kolej adalah sangat mahal, lebih-lebih lagi individu yang mengambil “course” perubatan yang mencapai bayaran sebanyak 60 hingga ke 90 ribu ringgit . Hal ini membuat ramai pelajar terpaksa memikirkan yuran pembayaran kerana rata-rata pelajar atau individu tidak mampu untuk melunaskan pembayaran dan tidak sanggup untuk membuat pinjaman sebanyak itu .

  • Tempat Tinggal Tanggungan Sendiri

Selain yuran yang mahal, tempat tinggal juga tidak disediakan . Hal ini juga akan menjadi beban kepada individu untuk memikirkan tempat tinggal dan sewa rumah yang ingin diduduki .

Kesimpulannya, belajar di bawah program IPTS adalah lebih kurang sama dengan belajar di institusi awam . Namun begitu, adalah amat ketara IPTS adalah tempat yang mahal  untuk dimasuki. Walaubagaimanapun, terdapat juga IPTS yang memberi biasiswa untuk membantu pelajar, oleh itu terpulang kepada individu untuk membuat perbandingan yang membawa manfaat di masa akan datang.

One thought on “Kelebihan dan Kekurangan Belajar di IPTS / US

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *