Kelebihan dan Kekurangan Kerja Kerajaan, Kerja Swasta dan Bekerja Sendiri

0
505
Kerja
Kerja

Setiap kerjaya sama ada kerja kerajaan, kerja swasta dan bekerja sendiri mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Bergantung kepada minat dan rezeki individu untuk memilih sektor mana yang lebih sesuai dengan dirinya.

Kerja kerajaan banyak kelebihan dari segi jaminan mendapat gaji yang tetap setiap bulan, mempunyai ganjaran seperti bonus dan Anugerah Kecemerlangan  sekiranya berkhidmat dengan cemerlang, mempunyai kemudahan seperti rumah dan kereta kerajaan sediakan dengan bayaran yang minima, mempunyai peluang kenaikan pangkat dan gaji dengan peningkatan prestasi yang baik serta mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang masing-masing. Ada sesetengah bidang yang dapat menyambung belajar dengan pembiayaan penuh dari kerajaan. Namun ada kekurangannya seperti pendapatan yang tidak sangat lumayan, bekerja tidak boleh mengikut kehendak kita kerana perlu mengikut peraturan yang telah diberi garis panduannya, kadang-kadang terdapat kurang pemantauan kerana terlalu banyak dan ramai pekerja menyebabkan ada yang mengambil kesempatan mencuri tulang dan ada pekerja yang lain bertimbun dengan beban kerja yang banyak, banyak karenah birokrasi dan tidak semua mendapat penghargaan dengan komitmen yang diberi kerana terhad.

Baca Juga :  3 Cara Jadi Juruterbang Lepasan SPM/ STPM setaraf

Selain itu, pilihan yang ada untuk generasi kini bekerja ialah di sektor swasta. Bekerja swasta pula ada kelebihannya yang tersendiri seperti gaji permulaan yang lebih lumayan jika di bidang profesional dan kemahiran, bayaran bonus yang lebih lumayan bergantung kepada keuntungan syarikat semasa, pengurusan organisasi lebih sistematik, peluang kenaikan pangkat yang lebih tinggi bergantung kepada prestasi perkhidmatan dan bebanan bekerja mengikut kadar gaji yang bersesuaian. Kekurangan bekerja dengan sektor swasta pula, kurang jaminan kerja kerana bergantung kepada kualiti kerja anda. Anda mungkin boleh dipecat sekiranya perkhidmatan yang diberikan kurang memuaskan hati majikan. Selain itu, mungkin banyak tekanan kerja kerana masing-masing ingin menonjolkan diri untuk menunjukkan prestasi yang terbaik dalam perkhidmatan untuk mendapat ganjaran serta bebanan kerja yang bertimbun untuk mengaut keuntungan kepada organisasi.

Pilihan yang ada lagi ialah bekerja sendiri. Bekerja sendiri bunyinya seperti seronokkan? Anda boleh tentukan pilihan kerja yang hendak dan perlu dibuat, boleh menetapkan sasaran kerja mengikut kehendak kita sendiri, mungkin mempunyai pendapatan yang lumayan sekiranya bekerja dengan lebih kuat dan masa yang lama. Walau bagaimanapun, disiplin adalah keutamaan untuk berjaya dalam bekerja sendiri kerana tiada paksaan dari orang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai ilmu yang luas dalam bidang yang anda ceburi serta kemahiran yang sesuai, anda mempunyai masalah mengurus dengan baik dan kesan kepada pendapatan yang kurang memuaskan, peluang kejayaan bergantung sepenuhnya kepada diri sendiri dan akan menjejaskan pendapatan sekiranya mengalami masalah kesihatan. Idea bekerja juga terhad kerana anda bersendirian.

Baca Juga :  Tips Temuduga Swasta dan Persediaan Sebelum Menghadiri Temuduga

Oleh yang demikian, bergantung kepada anda, minat dan peluang yang ada untuk anda gapai bagi membolehkan anda berusaha untuk berjaya tidak kira dalam bidang atau sektor mana   yang anda ceburi. Nasib setiap individu tidak sama, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Apa pun yang anda ceburi, usaha tangga kejayaan.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :