Kelebihan Dan Kelemahan Diploma

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Diploma salah satu laluan yang boleh dipilih setelah tamat pengajian SPM. Calon perlu bijak untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan diploma boleh membuat pilihan dengan bijak. Setiap laluan yang anda pilih pasti ada kelebihan dan kelemahan jadi sebagai pemohon anda sendiri perlu mengambil tahu apakah yang mahukan pada masa hadapan. 

PERINGATAN!!!

Bagi calon yang mahu menamatkan pengajian dengan lebih awal (tamat pengajian pada usia muda) maka Diploma bukanlah jawapannya. Pada masa yang sama, bagi mereka yang TIDAK mahu menangung kos hutang pengajian yang banyak Diploma bukanlah pilihan yang terbaik.

Kelebihan Dan Kelemahan Diploma

Kelebihan dan kelemahan diploma

Setiap pengajian yang dipilih oleh calon pasti ada kelebihan dan kelemahan. Sama juga dengan pemilihan dalam jurusan yang ditawarkan dalam bidang diploma pasti ada kellebihan dan kelemahannya. Justeru itu, sebagai calon anda perlu bijak dalam mengetahui kelebihan dan kelemahan diploma secara nyata. Perkongsian ini dapat membantu calon untuk memlih apa yang terbaik buat semua.

Antara kelebihan Diploma adalah:-

  • Pelajar Diploma diberi peluang untuk menjalani latihan praktikal/ ilmiah

Menerusi peluang ini anda akan memperolehi pengalaman kerja yang sememangnya dimahukan oleh setiap majikan. Ianya boleh menjadi salah satu syarat utama untuk memilih pekerja.

  • Peluang pekerjaan lebih menyeluruh
Info Tambahan :  Pentingnya Kemahiran Soft Skills dalam Peningkatan Kerjaya Anda

Kebanyakan pelajar Diploma TERUTAMANYA jurusan akaun atau kejuruteraan lebih mudah untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Hal ini disebabkan, pelajar lepasan Diploma ini mempunyai pengalaman secara praktikal. Disebabkan oleh itulah, ramai majikan mahu mengajikan pelajar lepasan Diploma ini

  • Mendapat pengalaman seperti pekerja biasa

Pelajar lepasan Diploma mempunyai pengalaman seperti pekerja biasa. Disebabkan oleh itu, mereka lebih mudah untuk mendapatkan tempat dalam bidang pekerjaan mengikut kelayakan mereka.

Kelemahan dalam pengajian Diploma adalah seperti:-

  • Penambahan hutang pengajian

Kelebihan dan kemahan diploma

Wang merupakan salah satu kelemahan utama dalam pengajian Diploma ini. Hal ini disebabkan, setiap pengajian pasti memerlukan wang yang banyak. Pengajian diploma TIDAK sama seperti Matrikulasi/ Asasi/ STPM.

Matrikulasi atau Asasi mendapat pembiayaan penuh oleh KPT dan KPM manakala tingkatan 6 (STPM) hanya perlu membayar yuran PIBG sekolah sahaja. Manakala pengajian diploma memerlukan penambahan wang pinjaman untuk menyambung pengajian anda. 

TAHUKAH ANDA!!!

Pinjaman pengajian Diploma TIDAK sama seperti pinjaman pengajian Ijazah yang boleh bertukar menjadi Biasiswa sekiranya anda cemerlang. Pinjaman diploma akan tetap menjadi pinjaman walaupun anda cemerlang.

  • Ramai pelajar lepasan Diploma memilih untuk bekerja selepas tamat belajar
Info Tambahan :  Applicant Tracking System: Pengalaman dengan ATS Tahun 2023

Disebabkan mereka perlu menangung hutang pengajain diploma, rammai lepasan diploma yang memilih untuk bekerja bagi melangsaikan hutang pengajian mereka. Hal ini bagi mengurangkan bebanan hutang mereka. Walaubagaimana sekalipun, ianya amatlah rugi kerana gaji yang bakal diperolehi adalah kurang berbanding gaji pada peringkat Ijazah.

  • Tempoh pengajian yang agak panjang

Kelebihan Dan Kelemahan Diploma 1

Kebanyakan pengajian di peringkat diploma ini tidak menjadi pilihan ramai kerana tempoh pengajiannya yang agak panjang. Bagi mereka yang mahukan pengajian yang agak pendek, diploma bukanlah pilihan yang tepat kerana pengajain dalam bidang diploma ini lebih lama berbanding dengan pengajian yang lain. 

***PILIHAN PENGAJIAN ADALAH BERGANTUNG KEPADA PERJALANAN HIDUP ANDA***

Kelebihan Dan Kelemahan Diploma 2

INFO TAMBAHAN!!!

Bagi calon lepasan SPM yang mahu memohon pengajian ke peringkat Diploma, anda perlu baca dahulu setiap satu syarat kelayakan agar anda tidak tersalah memilih bidang yang ingin anda pohon.

Setiap kejayaan bergantung kepada usaha anda. Diploma atau ijazah atau apa jua bidang pengajian yang perolehi perkara penting yang perlu anda ketahui adalah usaha dan tawakal. Anda sendrii yang perlu ketahui apa yang anda mahukan pada masa hadapan agar anda lebih tahu hala tuju anda selepas ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top