- MQA
Akreditasi dari MQA ini memberikan kelebihan tersendiri kepada penuntut serta institusi yang menawarkan pengajian, penarafan akreditasi ini membolehkan kelebihan-kelebihan turut sama dirasai serta menjadikan masa depan kerjaya penuntut lebih terjamin. Adalah menjadi tanggungjawab penuntut memastikan institusi yang dipilih mempunyai penarafan yang lebih baik serta pihak institusi perlu memastikan kemudahan, pendidikan serta aspek penilaian penarafan dipenuhi.
Penarafan akreditasi ini mempunyai kelebihan tersendiri kepada pelajar serta institusi selain menjadi tanda aras kualiti program pengajian yang diikuti pelajar.
- Membolehkan pelajar menyambung pengajian di institusi tempatan atau luar negara
- Memudahkan pemindahan kredit ( mengikut syarat dan keputusan muktamad institusi berkaitan.
- Memudahkan urusan mendapatkan bantuan kewangan seperti biasiswa, pinjaman dari agensi pembiayaan pinjaman seperti PTPTN.
- Pelajar layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan awam. Selain itu, majikan sektor swasta turut menekankan program yang telah mendapat akreditasi dalam membuat pengambilan pekerja mereka.
- Institusi boleh memfrancais program yang diakredit kepada institusi lain, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Sumber : mqa.gov.my
p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram
- Terhad 500 org shj : Bacaan digital Xpresi.org, Percuma ( Maklumat Lanjut )
- Sertai Kumpulan Penulis Kami Mohon Sekarang
Komen/ Pertanyaan Anda?