Kelebihan Peta Minda Berkesan Dalam Pelajaran

0
281

Berapa ramai di antara anda yang bergelar pelajar , mengetahui kelebihan- kelebihan yang bakal anda miliki dengan membuat peta minda? Pasti masih ada yang belum memiliki kesedaran bahawa dengan adanya peta minda ianya mampu memberi pelbagai kelebihan buat anda.

Menyingkap kelebihan penting dengan adanya peta minda bersama anda. Antaranya adalah :

5 KELEBIHAN PETA MINDA

#1. Mudah melihat perkaitan antara satu perkara dengan perkara yan lain

Apabila anda melakar peta minda, secara tidak langsung anda telah membuat banyak perkaitan hanya dengan satu kata kunci. Semuanya berhububg kait sekaligus memudahkan anda untuk lebih ingat dan menghafal.

#2. Mudahkan pemahaman

Baca Juga :  Strategi Betul Pilih Kursus Pengajian Tinggi Lepasan SPM dan STPM

Berdasarkan ayat-ayat dari buku dan bahasa-bahasa yang digunakan telah membuatkan anda pening untuk lebih memahami isi yang terkandung didalamnya. Namun, melalui peta minda ini ianya dapat membantu anda untuk lebih memahami dengan mendalam. Ini kerana, peta minda hanya menggunakan satu kata kunci dan memberikan cabang pemahaman yang lebih mudah maksudnya.

#3. Mudah dibawa dalam poket

Buku teks yang berat dan banyak mungkin menyukarkan anda untuk kehulu hikir membawanya walaupun telah diletakkan secara baik dalam bag galas. Tanpa anda sedar, melalui peta minda yang hanya dibuat disekeping kertas A4, telah memudahkan anda membawa nota yang anda perkukan ke sana sini. Senang dibawa dalam poket dan ringan.

Baca Juga :  Kenapa Gagal Masuk Universiti UPU Lepasan STPM

#4. Sangat baik untuk buat rumusan topik.

Agak sukar untuk anda membuat rumusan bagi 1 topik yang terkandung di dalam buku dan disimoan dalam memori minda. Namun, peta minda dapat menjadikan rumusan topik menjadi lebih ringkas dan padat. Ianya memberikan impak yang sangat baik kepada memori minda anda.

#5. Menjimatkan masa ulangkaji

Adanya peta minda yang lebih ringkas dan mudah, ianya membantu menjimatkan masa anda untuk mengulangkaji pelajaran. Apabila adanya sesi ulangkaji, anda tidak perlu mengeluarkan nota yang panjang lebar dengan isi kandungan yang belum pasti memberikan inout yang sangat berguna Oleh yang demikian, melalui peta minda ia membantu dalam menjimatkan masa serta memudahkan anda dalam mengulangkaji.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :