Kelebihan Skim Pencen Berbanding KWSP

0
181

Pencen dan KWSP pastinya boleh dibuat perbandingan, ada banyak kelebihan skim pencen jika dibandingkan KWSP. Walaupun demikian, KWSP juga mempunyai kelebihan tersendiri bergantung pada tujuan pengeluaran dan perbelanjaan yang ingin dilakukan. Huraian hari ini kita bincangkan kelebihan skim pencen berbanding KWSP.

Kelebihan Skim Pencen
Kelebihan Skim Pencen

Kelebihan Skim Pencen, Apa itu Pencen ?

Pencen ialah sejumlah wang pemberian kepada bekas penjawat awam, pekerja atau tanggungan anggota berpencen yang meninggal dunia ( Balu/anak ) diberikan secara bulanan selepas tempoh tamat perkhidmatan seseorang. Kadar pemberian pencen adalah bergantung pada gaji semasa tamat perkhidmatan dan lama berkhidnat dalam sesuatu sektor pekerjaan.

Jenis-Jenis Faedah Persaraan

Anggota berpencen yang bersara atau dikehendaki bersara dari perkhidmatan Kerajaan layak dibayar faedah-faedah persaraan berikut:

  • Pencen Perkhidmatan (bayaran bulanan);
  • Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus); dan
  • Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, di mana berkenaan (bayaran sekaligus).

Kadar ganjaran dan pencen yang akan dibayar bergantung kepada tempoh perkhidmatan yang diambilkira dan gaji hakiki bulanan yang akhir diterima oleh anggota itu. Penghitungan kadar sebenarnya ialah seperti berikut:

Ganjaran

7.5% x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima.

Pencen

1/600 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima.

Tertakluk kepada pencen maksimum tiga perlima (3/5) daripada gaji akhir (dicapai apabila berkhidmat selama 30 tahun atau 360 bulan tempoh perkhidmatan yang diambil kira)

Contoh Pengiraan Pencen

Contoh 1 : Pegawai mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira selama 365 bulan dengan gaji akhir sebanyak RM2000.00

Pencen pada 31.12.2008 Pencen mulai 1.1.2009
300 bulan/600 x RM2000.00

= RM1000.00 sebulan


360 bulan
/600 x RM2000.00

RM1200.00 sebulan

(*) Pegawai yang mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira selama 300 bulan atau lebih akan menerima tambahan 20% daripada pencen yang dihitung mengikut dasar lama.

Contoh 2 : Pegawai mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira selama 322 bulan dan gaji akhir yang diterima ialah RM2000.00

Pencen pada 31.12.2008 Pencen mulai 1.1.2009
300 bulan /600 x RM2000.00

= RM1000.00 sebulan

 
322 bulan
/600 x RM2000.00

RM1073.33 sebulan

 

Apa itu Caruman KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP juga salah satu pilihan pekerja. KWSP ini memberi peluang untuk mengeluarkan wang simpanan sekaligus bagi tujuan yang telah ditetapkan.

Caruman bermaksud sejumlah wang yang dicarumkan kepada KWSP berdasarkan gaji bulanan seseorang pekerja.  Caruman bulanan ini akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP pekerja berkenaan.

Caruman KWSP pekerja terdiri daripada caruman bahagian pekerja dan caruman bahagian majikan.

Caruman bahagian pekerja ialah sebahagian daripada gaji pekerja yang  dicarumkan di KWSP.  Caruman bahagian majikan pula ialah jumlah wang yang diberikan oleh majikan berdasarkan gaji pekerja untuk disimpan di KWSP.

Caruman KWSP boleh dibayar dalam bentuk :

  • Tunai
  • Wang pos
  • Cek
  • Perbankan internet
  • Pemindahan dana secara elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT)
  • Draf bank
  • Cara-cara lain yang dibenarkan oleh KWSP

Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP ( Maklumat Lanjut ) 

  • Pengeluaran Umur 50 Tahun
  • Pengeluaran Umur 55 Tahun
  • Pengeluaran Umur 60 Tahun
  • Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  • Pengeluaran Hilang Upaya
  • Pengeluaran Meninggalkan Negara
  • Pengeluaran Pendidikan
  • Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
  • Skim Pelaburan Ahli
  • Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
  • Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
  • Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  • Pengeluaran Kematian
  • Pengeluaran Kesihatan
  • Pengeluaran Haji
  • Pengeluaran Perumahan Fleksibel
  • Pengeluaran Perumahan PR1MA

Kelebihan Pencen Berbanding KWSP

Jika dibincangkan kelebihan sesuatu pastinya ada pelbagai usul yang boleh diterangkan. Sebenarnya ia bergantung pada individu dan tujuan penggunaan. Oleh itu, kelebihan pencen berbanding KWSP dapat dibincangkan seperti dibawah :

  • Pembayaran Pada waris – Jika seseorang dalam skim pencen meninggal, waris terdekatnya juga dapat menikmati pencen bulanan.
  • Gratuiti tinggi – gratuiti ini ialah ganjaran akhir selepas pencen, jumlah ganjaran adalah besar dan ianya boleh digunakan untuk memenuhi keperluan akhir dan memulakan perniagaan.
  • Bayaran bulanan selepas bersara – Penerima pencen akan menerima bayaran pencen bulanan, kadar pencen juga agak tinggi dengan anggaran separuh dari gaji semasa.
  • Disposable income – Skim pencen tidak menerima KWSP, oleh itu akan ada lebihan pendapatan boleh guna sebanyak 11% berbanding penerima KWSP. Lebihan ini membolehkan perbelanjaan lebih setiap bulan, jika dilaburkan lebihan ini pastinya akan lebih manfaat.

Kekurangan Skim Pencen

Walaupun ada kelebihan skim pencen ini, ia tetap mempunyai kelemahan tersendiri, antara kelemahan skim pencen termasuk :

  • Kerja kerajaan tempoh lama – Skim pencen kini boleh dipilih dari 55- 60 tahun, walaupun demikian, 60 tahun adalah terlalu tua untuk menunggu dan tidak pasti akan merasai pencen tersebut. Bagi mereka yang inginkan keistimewaan sepenuhnya skim pencen ini perlulah menunggu sehingga memenuhi syarat yang ditetapkan.
  • Tiada pelepasan cukai KWSP – Untuk pengetahuan, ada satu pelepasan cukai pendapatan yang diberikan iaitu sebanyak RM 6000 Setahun kepada caruman ke dalam KWSP.
  • Kehilangan keistimewaan skim pencen – Penerimaan pencen bukan sahaja secara bulanan sahaja, ada juga keistimewaan lain. Pengiraan jumlah pencen bulanan juga mempunyai syarat tersendiri perlu dipenuhi. Sekiranya penjawat awam mengalami masalah semasa tempoh berkhidmat seperti berhenti kerja, tatatertib, diberhentikan atau dibuang kerja sebelum tempoh bersara pastinya akan melibatkan kehilangan beberapa keistimewaan.

Kelebihan Kekurangan Skim Pencen

Kelebihan Kekurangan
Saraan Bulanan Kerja tempoh lama
Gratuiti tinggi Tiada pelepasan cukai KWSP
Pembayaran pada waris Perlu Sehingga memenuhi syarat
Disposable income

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :