Kelebihan STPM dan Kelemahan STPM Tingkatan 6

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Sebelum ini kami pernah membuat penulisan secara panjang lebar berkaitan kelebihan STPM serta kelemahannya. Untuk kali ini, kami kemukakan sekali lagi dari idea dan olahan pelawat kami yang dihantar melalui email. Maklumat yang diberikan agak menarik kerana lebih ringkas dan lebih pada pendapat peribadi berdasarkan pengalamannya.

Kelebihan STPM
Kelebihan STPM

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM ) merupakan salah satu altenatif pengajian selain mengikuti kursus persediaan ijazah lain seperti Diploma, Matrikulasi, Asasi dan banyak lagi. Kebiasaanya kemasukan ke tingkatan 6 ini adalah secara terus selepas SPM tetapi haruslah memenuhi syarat yang ditetapkan. Perlaksanaan tingkatan 6 setakat ini kebanyakan masih dilakukan di sekolah harian biasa, walaupun demikian ia mula dilaksanakan secara berpusat melalui sekolah tertentu dipilih sebagai institusi tingkatan 6.

Kelebihan STPM

  • Yuran pengajian yang murah – berbeza mengikut sekolah, kadar yuran sebenarnya selaras, Cuma kadangkala yuran dicampur sedikit dengan bayaran lain seperti t-shirt, PIBG dan beberapa perkara lagi. Kebanyakan tidak lebih dari RM 300.
  • Ada Biasiswa- Bagi yang layak akan dapat bantuan, walau kena mohon tapi kebanyakan akan dapat melainkan jika anda anak orang kaya.
  • Boleh pilih sekolah – pastinya sekolah yang terdekat, jimat masa dan kos
  • Guru yang berpengalaman – Kebiasannya guru yang lama mengajar dan dipilih
  • Pakaian Casual – Dulu pakai baju sekolah, sekarang boleh pakai baju casual, kemeja , baju kurung yang sopan.
  • Setaraf dengan diploma, matrikulasi – STPM pun boleh mohon ijazah
  • Senang masuk universiti – kebanyakan pointer CGPA 2.8 minimum dan diterima masuk ijazah
  • Boleh mohon kerja – Sijil STPM boleh juga untuk mohon kerja. Kelayakan STPM juga ada dalam portal SPA.
  • Setaraf A Lavel – Boleh sambung pengajian ijazah luar negaraseperti singapore.
  • Pengajian 2 tahun – Rasanya tak terlalu lama untuk persediaan ijazah
  • Mudah – Tidak semua akan kata mudah dan tidak semua pula kata susah, mudah bagi yang rajin berusaha.
Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Keburukan

  • Masih di Sekolah – Kebanyakan tingkatan 6 masih di sekolah harian biasa bersama pelajar tingkatan lain.
  • Banyak kerja PBS – Kerja-kerja esigment ada bagi subjek tertentu, agak membebankan. Tetapi di universiti pun ada esigment, kena lah biasakan diri.
  • Banyak kena belajar – Subjek ada 4-5 tetapi silibus banyak dan susah
  • Agak low standard – Rakan lain belajar jauh, kita masih dikampung ( yang penting dapat belajar seperti mereka juga )
  • Peluang terakhir – Kali ini kena bersungguh, peluang terakhir untuk masuk universiti
  • Perlu ada pembentangan – bagi yang pasif dan tidak biasa dihadapan memang sensara, tapi sebenarnya perlu berlatih untuk masa depan.
Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Idea yang dikemukan melalui pelawat diatas berkaitan kebaikan dan kelemahan STPM agak baik kerana olahan adalah mengikut pengalaman sendiri. Namun demikian, kelebihan dan kelemahan adalah bergantung pada individu serta kemampuan seseorang. Sukar dan senang belajar sebenarnya bergantung pada persediaan dan kelayakan SPM sebelum ini. Walaubagaimanapun demikian, memilih tingkatan 6 untuk persediaan ke Ijazah sarjana muda adalah salah satu pilihan popular dan berbaloi.

2 thoughts on “Kelebihan STPM dan Kelemahan STPM Tingkatan 6

Leave a Reply to 6 Kelebihan Tingkatan 6 Yang Paling Mesra –Xpresi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *