Kelebihan Tingkatan 6 Berbanding Diploma

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
stressed

Tingkatan 6 vs Diploma

Tingkatan 6 atau Diploma ? adakah banyak kelebihan tingkatan 6 ataupun mengambil Diploma adalah lebih baik. Itulah persoalan yang selalu ditanya kepada kaunselor seperti saya apabila sampai musim lepasan SPM mendapat keputusan peperiksaan. Dari tajuk diatas seperti saya hendak huraikan tingkatan 6 lebih baik dari diploma, tapi rasanya saya tidak boleh berpendirian begitu, sebab sebagai kaunselor saya tidak boleh membuat keputusan untuk anda, sebaliknya anda yang lebih terbaik untuk membuat keputusan kepada diri sendiri.

Kenapa begitu? Katakana saya minat warna biru, adakah anda juga minat warna biru? Bolehlah saya memaksa anda memilih warna biru? Sudah pasti tidak, bukan? Anda mempunyai alas an dan sebab tersendiri kenapa biru tidak cantik dimata anda.

Walaibagaimanapun untuk penulisan kali ini saya ingin memberikan maklumat serba ringkas berkaitan kebaikan dan keburukan tingkatan 6 dan diploma. Maklumat ini penting bagi membantu anda membuat keputusan.

Tingkatan 6 atau Diploma?

Tingkatan 6 / STPM

Kelebihan

  • Tempoh pengajian 2 tahun
  • Tiada kos pengajian ( segelintir sekolah ada tetapi tidak sampai RM 50 untuk baju dan barangan tidak rasmi lain )
  • Ada disediakan biasiswa ( lebih dari RM 1000 setahun )
  • Boleh pilih sekolah ( dekat dengan rumah )
  • Kini dinaiktaraf seakan IPTA ( pakaian, sistem semester, ada tugasan )
  • Agak senang masuk universiti ( kes sebelum ini pointer 2.8 diterima masuk IPTA , ada juga kes sebelum ini pointer rendah 2.8 juga ada yang dapat ke IPTA)
  • Kebanyakan Guru yang memang berpengalaman kerana lama bertugas dan mengajar subjek yang sama setiap tahun.
  • Baik bagi mereka yang masih belum pasti masa depan, sebab di tingkatan 6 anda lebih senang berjumpa dengan kaunselor dan skop pembelajaran di tingkatan 6 masih luas untuk memilih kursus pengajian ijazah kelak.
  • Tingkatan 6 sama dengan Diploma ( A – Lavel ) Jika minta kerja bersaing dengan sijil matriks anda diutamakan.
  • Boleh juga gunakan STPM untuk mohon kerja di Negara jiran seperti di Singapore.
  • Diiktiraf hampir seluruh Universiti di Dunia
Info Tambahan :  MYSTEP 2023: Guru Ganti Selangor, Kelantan, Perak & Sarawak

Kekurangan

  • Kena pakai baju sekolah ( kini ada kelonggaran dan mula melaksanakan pakaian kasual berperingkat )
  • Waktu sekolah seperti biasa, 7 pagi – 3 petang ( bermasalah bagi yang susah bangun pagi )
  • Masih ada sekolah yang kemudahannya  tidak dapat menandingi kemudahan di IPTA ( aircond, bilik kuliah, kemudahan bilik khas, kerusi lebih selesa, penggunakan ICT . dll )
  • Dikatakan rendah tarafnya ( masalah masyarakat yang masih lagi pandang rendah pada tingkatan 6 )
  • Persekitaran yang sama dan kadangkala terganggu dengan pelajar yang bermasalah dan rendah akademik.
  • Pada mulanya agak sukar menyesuaikan diri dengan cara Universiti.

 

Diploma ( IPTA/ Politeknik )

Kebaikan

  • Kemudahan yang baru ( aircond, bilik khas, kemudahan ICT )
  • Persekitaran dan iklim yang lain dari sekolah
  • Lebih focus untuk belajar ( tempat berkumpul pelajar terpilih )
  • Pensyarah yang terbukti berpengalaman
  • Sistem pengajian yang bersistrematik
  • Waktu pengajian yang pelbagai mengikut jadual pengajian yang didaftarkan
  • Dapat belajar sesuatu yang baru, lebih terbuka fikiran ( lokasi baru dan percampuran pelajar dari merata negeri )
  • Agak senang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya ( IPTA semasa sahaja )
  • Diploma boleh mohon kerja ( pembantu pegawai )
  • Lebih bersedia dengan persediaan cara university apabila sambung ijazah kelak
Info Tambahan :  STPM, Asasi, Diploma, Vokasional - Yang Mana Lebih Baik Tahun 2023?

Keburukan

  • Yuran pengajian belas ribu dan ada juga puluh ribu ( boleh pinjam PTPTN )
  • Jauh dari rumah ( kos tinggi sewa rumah, pengangkutan, risiko keselamatan, social, dll )
  • Semua perlu cari sendiri dan perlu pantas dalam setiap keputusan.
  • Tempoh pengajian 3 tahun ( kalau nak ambil ijazah tambah lagi 3-4 tahun )
  • Tidak semestinya dijamin pekerjaan ( bergantung kepada diploma yang diambil )

Rasanya ada banyak lagi maklumat yang saya tertinggal, dan mungkin ada maklumat yang perlu diperbetulkan. Sebaiknya anda bertemulah kaunselor atau mereka lebih berpengalaman, dari maklumat yang diberikan. Cuba anda nilai mengikut kemampuan dan perancangan masa depan anda. Apabila dah faham dan merancang dengan baik barulah anda boleh mula buat keputusan. Selamat Berjaya.

27 Comments

  1. Muhammad fadhli bin kamarudin
  2. SHYAA
  3. Lof
  4. michelle
  5. Ahmad kholid
  6. hanaaaaaa
      • hanaaaaaa
          • Alan
          • Alan
  7. jasmin hani
  8. hqnsr
  9. ariana
  10. danial
  11. GRACE

Leave a Reply