Kelebihan Tingkatan 6 Berbanding Diploma

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
stressed
Tingkatan 6 vs Diploma

Tingkatan 6 atau Diploma ? adakah banyak kelebihan tingkatan 6 ataupun mengambil Diploma adalah lebih baik. Itulah persoalan yang selalu ditanya kepada kaunselor seperti saya apabila sampai musim lepasan SPM mendapat keputusan peperiksaan. Dari tajuk diatas seperti saya hendak huraikan tingkatan 6 lebih baik dari diploma, tapi rasanya saya tidak boleh berpendirian begitu, sebab sebagai kaunselor saya tidak boleh membuat keputusan untuk anda, sebaliknya anda yang lebih terbaik untuk membuat keputusan kepada diri sendiri.

Kenapa begitu? Katakana saya minat warna biru, adakah anda juga minat warna biru? Bolehlah saya memaksa anda memilih warna biru? Sudah pasti tidak, bukan? Anda mempunyai alas an dan sebab tersendiri kenapa biru tidak cantik dimata anda.

Walaibagaimanapun untuk penulisan kali ini saya ingin memberikan maklumat serba ringkas berkaitan kebaikan dan keburukan tingkatan 6 dan diploma. Maklumat ini penting bagi membantu anda membuat keputusan.

Tingkatan 6 atau Diploma?

Tingkatan 6 / STPM

Kelebihan

  • Tempoh pengajian 2 tahun
  • Tiada kos pengajian ( segelintir sekolah ada tetapi tidak sampai RM 50 untuk baju dan barangan tidak rasmi lain )
  • Ada disediakan biasiswa ( lebih dari RM 1000 setahun )
  • Boleh pilih sekolah ( dekat dengan rumah )
  • Kini dinaiktaraf seakan IPTA ( pakaian, sistem semester, ada tugasan )
  • Agak senang masuk universiti ( kes sebelum ini pointer 2.8 diterima masuk IPTA , ada juga kes sebelum ini pointer rendah 2.8 juga ada yang dapat ke IPTA)
  • Kebanyakan Guru yang memang berpengalaman kerana lama bertugas dan mengajar subjek yang sama setiap tahun.
  • Baik bagi mereka yang masih belum pasti masa depan, sebab di tingkatan 6 anda lebih senang berjumpa dengan kaunselor dan skop pembelajaran di tingkatan 6 masih luas untuk memilih kursus pengajian ijazah kelak.
  • Tingkatan 6 sama dengan Diploma ( A – Lavel ) Jika minta kerja bersaing dengan sijil matriks anda diutamakan.
  • Boleh juga gunakan STPM untuk mohon kerja di Negara jiran seperti di Singapore.
  • Diiktiraf hampir seluruh Universiti di Dunia
Info Tambahan :  FlySISWA 2023: Bantuan Penerbangan Pelajar Semenanjung-Borneo

Kekurangan

  • Kena pakai baju sekolah ( kini ada kelonggaran dan mula melaksanakan pakaian kasual berperingkat )
  • Waktu sekolah seperti biasa, 7 pagi – 3 petang ( bermasalah bagi yang susah bangun pagi )
  • Masih ada sekolah yang kemudahannya  tidak dapat menandingi kemudahan di IPTA ( aircond, bilik kuliah, kemudahan bilik khas, kerusi lebih selesa, penggunakan ICT . dll )
  • Dikatakan rendah tarafnya ( masalah masyarakat yang masih lagi pandang rendah pada tingkatan 6 )
  • Persekitaran yang sama dan kadangkala terganggu dengan pelajar yang bermasalah dan rendah akademik.
  • Pada mulanya agak sukar menyesuaikan diri dengan cara Universiti.

 

Diploma ( IPTA/ Politeknik )

Kebaikan

  • Kemudahan yang baru ( aircond, bilik khas, kemudahan ICT )
  • Persekitaran dan iklim yang lain dari sekolah
  • Lebih focus untuk belajar ( tempat berkumpul pelajar terpilih )
  • Pensyarah yang terbukti berpengalaman
  • Sistem pengajian yang bersistrematik
  • Waktu pengajian yang pelbagai mengikut jadual pengajian yang didaftarkan
  • Dapat belajar sesuatu yang baru, lebih terbuka fikiran ( lokasi baru dan percampuran pelajar dari merata negeri )
  • Agak senang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya ( IPTA semasa sahaja )
  • Diploma boleh mohon kerja ( pembantu pegawai )
  • Lebih bersedia dengan persediaan cara university apabila sambung ijazah kelak
Info Tambahan :  6 Langkah Mudah Semak Lebihan Bayaran PTPTN

Keburukan

  • Yuran pengajian belas ribu dan ada juga puluh ribu ( boleh pinjam PTPTN )
  • Jauh dari rumah ( kos tinggi sewa rumah, pengangkutan, risiko keselamatan, social, dll )
  • Semua perlu cari sendiri dan perlu pantas dalam setiap keputusan.
  • Tempoh pengajian 3 tahun ( kalau nak ambil ijazah tambah lagi 3-4 tahun )
  • Tidak semestinya dijamin pekerjaan ( bergantung kepada diploma yang diambil )

Rasanya ada banyak lagi maklumat yang saya tertinggal, dan mungkin ada maklumat yang perlu diperbetulkan. Sebaiknya anda bertemulah kaunselor atau mereka lebih berpengalaman, dari maklumat yang diberikan. Cuba anda nilai mengikut kemampuan dan perancangan masa depan anda. Apabila dah faham dan merancang dengan baik barulah anda boleh mula buat keputusan. Selamat Berjaya.

29 thoughts on “Kelebihan Tingkatan 6 Berbanding Diploma

  1. Assalammualaikum saya memang berminat dalam tingkatan 6 tetapi saya telah dapat tawaran ke tingkatan 6 tapi saya nak tanya surat tawaran tu kene cetak ke atau memang dah ada dekat kolej yang kita dapat sebab saya dah klik hantar so bagaimana sekarang ni

    1. Wsalam..xfaham..kata minat tingkatan 6, tapi telah dapat tawaran tingkatan 6?

      Biasanya akalau dapat tawaran akan boleh print surat tawaran dari sistem semasa semakan. Bawa slip tu untuk pendaftaran tingkatan 6

  2. SY SKRG DH DPT KEPUTUSAN SPM. SY MINAT MASUK FORM 6. TAPI KAKAK2 DAN ABANG2 FORM 6 CKP TAKPAYAH MASUK FORM 6 SBB AGAK SUSAH. SY KELIRU MNA YG PILIH..TLNG SY..

  3. adakah form 6 ni tahap kesukaran dia lebih drpd level diploma? Sebab kebanyakan lepasan stpm kata stpm sgt
    susah.

  4. hello nama sya michelle saya lepasan spm 2015 ….saya telah dapat tawaran ketingkatan 6….tetapi saya lupa untuk mendaftar …sekarag pendftran sudh tutup…apa saya masih layak masuk tingkatan 6

  5. salam , sye skrg ni bljr di politeknik kos diploma geomatik . result sem 1 cukup2 mkn . sebab sye tak minat dgn kos ni . n skrg ni dh sem 2 (baru hbis final) . tak thu dpt brpe pointer utk sem ni , sbb mmg tak minat . so sye becadang nk masuk form6 .. macam mane ye nk buat pemohonan ? saya lepasan spm2014 . hope encik blh bantu saya 🙂

    1. salam, susah utk masuk form 6, umur dah lepas.. cubalah perbaiki keputusan..ada juga bnyk masa depan belajar kursus tu.. semua yg kita belajar sebenarnya bermanfaat dan ada masa depan..

        1. Kalau form 6 mmg xdpt..tapi ada altenatif lain kursusnya setaraf tingkatan 6 seperti kursus persediaan, asasi. Juga boleh memohon diploma lain yg diminati.. kebanyakan IPTS/ US yang menerima permohonan tidak mengikut umur ni.. Utk pengetahuan, IPTS juga ada menawarkan kursus asasi atau persediaan setaraf STPM.. kalau aliran perdana rasanya mmg xdapat.

          1. Asalamualaikum adakah taraf tingkatan 6 sama dengan diploma… Adakah kalau kita minta kerja gajinya sama mcm diploma

          2. Bergantung pada kekosongan kursus dan institusi yg di mohon.. jika pengajian tu menjadi pilihan ramai pastinya pointer tinggi diperlukan..mengikut pengalaman kebiasannya sekitar 2.8 pun ada yg diterima.. bergantung pada banyak faktor.

  6. Assalamualaikum, saya nak tanya. saya berminat untuk menyambung ting6 oleh kerana saya mendapat tawaran ke ting6 bidang kemanusiaan. tetapi saya juga mendapat uitm bidang pengajian perniagaan.. saya keliru mana satu lebih baik untuk saya. saya juga tak pasti adakah saya mampu ke ting6 memandangkan cara pembelajarannya yang rumit. minta pendapat tuan, trima kasih.

    1. Waalaikumussalam, kalau dulu diploma 3 tahun menyebabkan masuk tingkatan 6 lebih baik.. rasanya skrg diploma juga 2 tahun seperti tingkatan 6. tingkatan 6 susah? rasanya itu subjektif..ada juga org kata diploam pun susah.. ia bergantung pada mcm mana kita belajar dan minat kita.. kedua2 ada kelebihan dan kekurangan..cuma kalau nak lebih jimat mungkin tingkatan 6 sbb ia pastinya sekolah dekat rumah dan tidak perlu membuat pinjaman pendidikan.. walaubagaimanapun ia bergantung pada minat dan kemampuan jasmin.. diploma juga bagus sebab selepas pengajian akan mudah untuk sambung ke UA semasa..

  7. Saya dapat tawaran temuduga utk diploma art and design dan tawaran msuk ke f6(kemanusiaan)…mana patut saya pilih…tpi bgi sye..sye lbih berminat dgn f6 sebab art ni mmg bukan minat sye…minta pendapat tuan..t.kasih

    1. pengalaman sy mengikuti sesi kaunseling dgn klien seperti haziq kebanyakan akan berjaya jika mempunyai minat.. minat mampu meningkatkan motivasi dan usaha sehingga kita berjaya.. insyaAllah.

  8. Saya masuk form6 dalam aliran kmanusiaan. Saya mdapat tawaran diploma bangunan di Uitm. Saya minat kos bangunan tsbut tapi rmai yg di skolah myarankn saya msuk form6 berbanding Uitm tsbut. Saya keliru mana yg tbaik utk saya . Tolong sya

    1. diploma dgn tingkatan 6 lebih kurang sama skrg..tambahan tempoh pengajian juga sama dengan tingkatan 6 skrg ni..bergantung pada kos pengajian skrg..kalau mampu baik ikut shj apa yang diminati.. sebab dari minat kejayaan akan datang.. bukan apa yang orang lain mahukan.

  9. Saya dapat 8a (3a+ 2a 3a-) dan 1c+. Jika saya ingin sambung tingkatan 6, adakah saya dapat? macam mana ye nak mohon ke tingkatan 6, saya tinggal di area Bandar Baru Bangi-Kajang.

    1. Keputusan macam tu mmg akan dapat tingkatan 6..kebiasannya ia automatik akan dipanggil ke sekolah yg ada ting 6 berdekatan.. semakan tingkatan 6 telahpun boleh dibuat..cuba rujuk laman KPM.

  10. adakah ting6 ini untuk plajar yang xdpt kputusan spm yang bagus shj atau plajar yg dapt kptsan cemerlang jga bolh memohon?

    1. Tingkatan 6 terbuka kepada semua lepasan SPM, nak masuk tingkatan 6 ni juga ada syarat kecemerlangan yang agak sukar sekarang ni. cuma kebanyakan yang dapat keputusan tinggi cenderung ke matrikulasi, asasi di universiti, diploma dan pilihan yang lain lagi.

Leave a Reply to hanaaaaaa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *