Topik biasa bagi pelajar tingkatan 5 ialah mempunyai dilema memilih tingkatan 6. Untuk membuat pilihan, pelajar perlu tahu kelemahan dan kebaikan tingkatan 6. Kebanyakan pelajar lepasan tingkatan 5 yang tidak berminat untuk masuk ke tingkatan 6 kerana laluan ini dikatakan salah satu laluan yang agak sukar dan perlu kembali semula ke sekolah. Mana-mana laluan pun ada kelemahan dan keburukan.


Anda haruslah yakin dengan diri anda serta berusaha untuk mengatasi setiap kelemahan tersebut. Berikut kami kongsikan semua info mengenai tingkatan 6 berserta kelemahan dan keburukan.
Kelemahan
- Masih di Sekolah – Kebanyakan tingkatan 6 masih di sekolah harian biasa bersama pelajar tingkatan lain.
- Banyak kerja PBS – Kerja-kerja esigment ada bagi subjek tertentu, agak membebankan. Tetapi di universiti pun ada esigment, kena lah biasakan diri.
- Banyak kena belajar – Subjek ada 4-5 tetapi silibus banyak dan susah
- Agak low standard – Rakan lain belajar jauh, kita masih dikampung ( yang penting dapat belajar seperti mereka juga )
- Peluang terakhir – Kali ini kena bersungguh, peluang terakhir untuk masuk universiti
- Perlu ada pembentangan – bagi yang pasif dan tidak biasa dihadapan memang sensara, tapi sebenarnya perlu berlatih untuk masa depan.
KEBAIKAN
- Sudah boleh berpakaian bebas/casual.
- Yuran persekolahan yang sangat murah , High School hanya bayar untuk t-shirt rasmi dan yuran PIBG shj. Tidak lebih 300 kebiasannya.
- Boleh pilih sekolah
- Boleh memandu kereta atau bawa motosikal.
- Guru yang berpengalaman. ( Guru yang lama berkhidmat dan berpengalaman )
- Peperiksaan yang tersusah dan diterima hampir di seluruh dunia. (STPM merupakan salah satu peperiksaan yang paling susah di dunia, tambah2 apabila yang ditukarkan kepada sistem semester)
- Senang hendak masuk ke universiti. Hanya perlu pointer CGPA 2.8 minimum.
- Standard Tingkatan 6 setaraf A-Level (Kalau sesiapa teringin nak sambung degree di overseas yang paling dekat iaitu Singapore, lepasan STPM diterima disana).
- Sijil STPM laku dan boleh dijadikan medium untuk mencari pekerjaan.(Matrikulasi sijil kurang diterima dalam pasaran sekarang kerana sijilnya tidak diiktiraf oleh JPA).
Oleh itu masuk ke tingkatan 6 ini bukanlah laluan mudah untuk anda semua. Jadi persaingan merebut tempat dalam sesebuah kursus pengajian degree yang ditawarkan dalam kalangan lepasan STPM adalah rendah berbanding lepasan lain. Jadi buatlah pilihan yang terbaik, semoga berjaya.
Maaf lari topik…saya nak tanya,apakah syarat-syarat kemasukan ASWARA?