Kemana Selepas Gagal ke Universiti lepasan STPM setaraf

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Kemana nak pergi selepas gagal ke universiti? Saya adalah lepasan STPM memang dah tiada jalan lain lagi “. Itulah yang mungkin menjadi persoalan mereka yang gagal ke universiti. Bagi mereka yang berjaya pasti sedang bergembira menanti saat mendaftarkan diri di universiti, tetapi bagi yang gagal pasti sedang berfikir-fikir apa yang perlu dibuat, meratapi kesedihan dan ada juga yang menyalahkan diri sendiri.

Jika anda gagal ditawarkan ke universiti, perkara utama yang perlu anda lakukan ialah membuat rayuan, tidak perlu berputus asa, mungkin nama anda tercicir, masalah teknikal ataupun hanya sedikit sahaja tercicir dari tahap kelayakan.

Rayuan perlu kerana kemungkinan ada yang menolak tawaran ataupun ada kekosongan baru yang dibuka oleh pihak universiti. Jadi, janganlah putus asa kerana rezeki itu perlu diusahakan, hanya mereka yang tabah dan rajin berusaha sahaja akan dapat seperti yang diusahakan.

Hanya mereka yang tabah dan rajin berusaha sahaja akan dapat seperti yang diusahakan.

Dibawah ada disediakan undian tentang kemana selepas gagal ke universiti bagi lepasan STPM setaraf, mungkin ia sedikit sebanyak dapat membantu sahabat untuk membuat keputusan.

Bantulah mereka dengan mengundi, saya akan analisiskan minggu depan. Terima kasih.

Undian Ditutup

Sila lihat analisisnya

160 thoughts on “Kemana Selepas Gagal ke Universiti lepasan STPM setaraf

  1. Saya ingin bertanya saya gagal untuk membuat proses kemaskini upu disebabkan pointer pengajian am saya hanya C- kemudian result stpm saya pula 2.34.Adakah saya tidak layak untuk membuat proses rayuan selepas keputusan upu diumumkan? Disebabkan saya gagal proses kemaskini.

  2. Result saya 1.25, muet band 3.5, koko 8.62 boleh masuk UPM bidang music ke ? Music saya sekarang Grade 6 practical dan grade 6 theory… sekarang otw nak ambik exam grade 8 practical… apa pandangan tuan tentang saya ni?

  3. Assalamualaikum..anak sy CGPA 1.84,MUET band 3.5,pengajian am & BM – B,Pendidikan syariah C,mcmana cara nak buat rayuan.terima kasih

  4. Hi encik. encik saya dapat pngk 2.75 dalam stpm, band 4.0 dalam muet dan markah kokurikulum 7.60. saya apply UMK dalam 1st choice. Adakah saya dapat universiti?

      1. Assalamualaikum tuan, harini result stpm 2022 dah kluar , result saya hnya dapat 2.42 dan muet saya 3.5 dan markah koko 85 , adakah saya layak untuk masuk universiti btw saya mengambil sains sosial

  5. sya alhamdulillah dpt sijil stp.. tapi pengajian am sya tk menepati syarat masuk U (1.6) .. syariah, sejarah, Bahasa melayu 2.0+… masih ada peluang tuk diterima universiti?

  6. Selamat sejahtera tuan..saya dah dapat keputusan Stpm..tapii CGPA 1.67 sahaja,ada peluang tak tuan utk masuk ke universiti🥺

  7. Assalamualaikum Tuan… Sye pelajar lepasan STPM 2020…Mrkah keseluruhan pngajian am dpat c+…pngajian perniagaan Sye dpat c…sejarah Sye dpat c+ dan bm Sye dpat c+…..pngk Sye hanya dpat 2.25…sye tk tahu course ape yg sye bleh amek dn bleh lg ke sye nk msuk IPTA dgn pngk sye yg rendah tu…..

  8. Hai tuan.Keputusan stpm keseluruhan telah keluar tapi saya hanya mendapat 1.93 Masih boleh ke masuk ke universiti.

  9. Assalamualaikum tuan, saya nak bertanya, kawan saya mendapat F dalam pengajiam am utk semester 3 tetapi mendapat A dlm semester 1 dan D dalam semester 2…adakah kawan saya layak ke universiti?

  10. Assalamualaikum tuan. Saya merupakan bekas pelajar stpm tahun 2018. Saya mengambil bidang sastera. Pngk stpm saya agak rendah. Pengajian am (c), b.melayu (b-), k.m.komunikatif (A), p.perniagaan (D+). Total pngk 2.51. Adakah saya boleh sambung belajar atau terus bekerja? Sedangkan saya pernah memohon upu tetapi tidak dapat. Mohon penjelasan. Terima kasih☺️

    1. Wsalam..berdasarkan keputusan STPM agak sederhana..tapi boleh juga cuba mencari kursus yg tidak popular di IPT..kemasukan di IPT juga mengambil kira kekosongan..jika tidak banyak persaingan kursus tertentu..pasti akan dapat.

  11. Assalamualaikum tuan, saya calon stpm 2020, jika says mendapat pngk untuk keseluruhan stpm below 2.0, Masih kah saya boleh mendpaat ipta? Dan jika says buat rayuan pun takdpt, saya kena restart diploma ? 🙁

  12. Asslamualaikum tuan. Keputusan stpm 2019 telah pun keluar. Saya dapat hanya 1.75 sahaja. Adakah saya layak untuk memohon mana2 U ? Saya seorang oku

  13. assalamualaikum tuan .. mcm mana kalau result stpm kita bawah 2 …dan adakah kita layak untuk masuk universiti atau kita perlu mengambil diploma semula ??

    1. wsalam.. bawah dari 2 mmg sukar utk sambung belajar atau pengajian..boleh cuba dan ada juga yg diterima.. kebiasannya pelajar akan ambil bidang lain seperti kemahiran.

  14. Assalamualaikum…sy baru lps dpt keputusan stpm mengikut penggal dn belum dpt result sebenar lagi…sy nak tanya,adakah keputusan mengikut penggal ni dh muktamad dn ada kemungkinan x gred akan berubah turun atau naik utk result sebenar nanti…tq

    1. Wsalam, keputusan penggal mmg terpakai..diakhir nanti akan dikira untuk gred akhir..maksudnya keputusan penggal akan sedikit sebanyak mempengaruhi result akhir.. janagn risau, perbaiki lagi untuk keputusan akan datang..sekurangnya result akan datang akan menambahbaik keputusan akhir nanti.

  15. Assalamualaikum tuan. Sekiranya kita gagal Peng.Am pada satu sem sahaja dlm STPM, adakah results STPM gagal dan adakah kita layak memohon untuk kemasukan University?

    1. gagal satu sem xada masalah..cuma ia perlu dibaguskan untuk sem-sem akan datang supaya akhirnya nanti ia lulus.. jika result akhir gagal, boleh mengulang dan gagal pengajian am menyukarkan potensi masuk ke universiti terutama universiti awam.

  16. Hi,nak tnya,klau tak lepas syarat am upu,mmang tak dpat buat rayuan?PA sya dpat B- dan Sains Sukan B-,Bio C- dan Kimia D+.. sya cuma tak cukup 3P

  17. Salam tuan, saya lepasan stpm 2018 result saya p.am(c) seni(B-) p.perniagaan(D) geo(D) pointer keseluruhan 1.67 tuan rasa saya layak ke masuk ke ipta

  18. saya pelajar lepasan STPM 2017. PA saya C- sahaja, semasa saya mahu mengisi pilihan saya dalam upu online, ia tidak memberi sebarang pilihan, saya tahu saya tidak melepasi syarat am, tetapi sebelum ini ada pelajar macam saya ini telah berjaya menerima tawaran, adakah pelajar itu mengisi pilihannya semasa rayuan? Adakah saya hanya boleh mengosongkan 12 pilihan saya dan menghantar kepada UPU sahaja kerana UPU tidak menyediakan sebarang course kepada saya? Jika ikut cara ini, adakah saya layak untuk memohon rayuan? Kerana syarat memohon rayuan adalah perlu memohon permohonan pertama dan tidak dapat sebarang courses dalam permohonan pertama.

    1. Comment: problem saya sama dengan Khoo Sheng Peng. semalam sudah heboh keputusan upu. saya baca utk permohonan. saya tidak layak memohon kali kedua..yg hanya layak memohon ialah org yg gagal ditempatkan ke UA. pengajian am saya C-. apa perlu saya buat utk melajutkan pelajaran ke UA. buat masa sekarang..saya repeat paper pengajian am 3 paper sekaligus. sekiranya result pengajian am saya C ke atas..layak ke tidak saya mengisi upu utk tahun hadapan. Saya hanya mengulang subjek pengajian am. adakah keputusan C- ditolak ? dan digantikan dgn keputusan baharu, yg lebih bagus?

  19. assalammualaikum,saya baru dapat keputusan stpm. Saya risau sebab pngk saya teruk dan tak boleh masuk u. saya dapat 2.42. tipis sangat harapan saya rasa.Boleh ke saya masuk u dengan keputusan mcm tu dan agak-agak kos ape yang sesuai untuk pngk mcm saya ni?

  20. assalamualaikum…saya fariz baru keluar results STPM pngk 2.59 3b- 1c+ aliran kemanusiaan subject sya geo/sej/pengajian am/bm …ingin meminta pandangan course apa yang saya layak sebab sya jenis x memilih apa shja pun saya terima..boleh cadangkan sebab takut terpilih course yang demands akhirnya sya x dpt masuk u

  21. Assalamualaikum..saya lepasan stpm tahun 2017..pngk saya 2.75..tetapi saya mendapat c- dalam matapelajaran pengajian am…adakah saya boleh melanjutkan pelajaran saya ke ipta

    1. Tuan Fiziesss, pernah ke pihak UPU akan memberi kelonggaran dengan menurun gred semasa rayuan?

    2. Tuan Fiziesss, apabila isi pilihan pertama saya itu, ia tidak keluar apa-apa! Saya tahu saya tidak melepasi syarat am UPU, tetapi kan tuan cakap ada kes diterima sebelum ini… bagaimana pelajar itu mengisi pilihannya? Adakah semasa rayuan?
      Adakah cara mengisi pilihan kos akan berubah semasa rayuan?

      1. Syarat Khas universiti memang akan berubah ikut peredaran zaman. Syarat khas sebelum ini pasti lebih rendah dari sekarang. Output setiap tahun akan lebih meningkat dan syarat kelayakan juga biasanya akan ditingkatkan.

        Kalau rayuan ikut cara sama juga. Tapi boleh juga mohon terus ke universiti yang buka permohonan selepas rayuan. Kami harap adik Khoo Sheng Peng lebih bersemangat menyambung pengajian ditempat lain selain dari institusi popular.

          1. Jika maklumat sebelum ni, rayuan disediakan untuk permohonan UPU yang gagal. Sebaiknya rayuan dibuat semasa tempoh rayuan dibuka.

  22. Assalamualaikum..saya pelajar matrik..saya ad mohon dip ..dn sya trus msuk dip lps abis matrik..tp pada masa yg sma saya mintak degree…adakah prmohonan upu saya ditolak..dan saya brcadang nk ambk degree jika ditawarkan

  23. Salam . Saye stpm 2015 bru dpt result upu for degree .sye tak dapat :'( tapi still ad rayuan .tapi xtahu nk pilih kos apa .:-( Takut dah nak pilih kos ni .takut xdpt. Rasanya kos apa yg sesuai for rayuan ni? boleh bantu sye isi x?

  24. Salam
    Saye lepasan Pasum 15/16
    PNGK saye 2.78
    Saye minx kimia di upm
    Muet saye band 4
    Spm saye 9A
    Adalah saye layak meminta kos ini?

  25. assalamualaikum, saya pljr stpm tahun 2015.saya nk tanye, kalau course bacelor sastera inggeris di upm bnyk saingan tak? saya mndapat kputusan 2.83 sahaja dan muet band 3.ada harapan tak untuk saya dpt course tersebut?

  26. Salam.. Sy lepasan stpm aliran sains.. Pngk sy just 2.58..sy dpt pa(a-),sains sukan(b+),biology(c),math t(d+)..sy sbenrnyer minat course farmasi dan senibina landskap tapi sy tk pula pndai melukis dan tidk mngmbil subjek seni lukis smasa spm.manakala farmasi pulak pointer tk lepas n persaingn yg hebat utk course nie. Skrg nie sy confuse nk ambk course aper di u..apa cadangan tuan course yg patut sy ambk yg sesuai dgn pngk sy supaya sy lepas upu intake nie… Terima kasih..

  27. Assalamualikum saya nash..lpasn stpm 2015 sya buntu..dn xtahu kemana hrus di tuju..upu sudah trlpas pointr pom cuma 2.58..tringin nak smbung blajr di u..tapi maslh kewangn mnjadi halagn..apa boleh sya lakukn salin dari..cari kerja,dan mohn mana2 bidang kemahiran..?mikirkn masa dapan yang semakin pudar..

    1. Waalaikumussalam, boleh cuba tahun depan utk permohonan tu.. kenapa tak nak pergi bidang kemahiran? kemahiran tu nagus juga.. kalau pandai kenahiran akan mudah utk berniaga sendiri. Berniaga ni kdg2 lumayan juga..

    2. kenapa tak mencuba Destini Anak Bangsa program UiTM… Kemasukan Pra-Diploma selama satu sem dan dpt ke Diploma.. Jika lulus dengan cemerlang, boleh mohon kos yang lebih tinggi untuk bahagian Degree pulak… Insya-Allah, klu buat yang terbaik, masa depan tersangat lah cerah…

  28. salam cikgu,,sy lepasan stpm 2015 ,,dgn pngk 3.67, upsi merupakan pilihan utama sy iaitu kos ijazah pendidikan khas …agak agak sy dpt tak kos ni,,sbb subjek stpm sy,,,mcm xde kaitan je dgn kos ni,,,subjek stpm sy eko,pengajian perniagaan,p.a n geografi…mohon pencerahan

    1. Salam, masa mohon haritu ada teliti tak syarat permohonan dia? kebiasaanya pendidikan khas ni akan tengok kptsn SPM.. maksud sy keputusan SPM yang menyokong STPM skrg ni..kepelbagaian kepakaran juga diperlukan dalam kursus pendidikan khas ni juga..

  29. Assalamualaikum encik..sy mrupakan bekas pljr stpm 2015..dgn result x sbrpa 3.00 dan muet band1.. Sy trgin sangat nak ambil kos pendidikan di upsi tp bila sy tgok syarat kemasukan sy x layak dsebabkan muet sy… Bulan 2 baru2 ni sy ada tengok syarat kemasukan ke ukm dalam bdng pendidikan khas…kalau tengok syarat sy layak.. Tp bila sy tengok balik hari ni syarat kelayakn tu baru shja dikemaskini muet kena band 2.. Sedih rasanya… Soalan sy jika terdapat kekosongan,adakah sy akan diterima masuk ke ukm dgn kos pendidikan khas walaupun muet sy band1?

  30. salam . saya lepasan stpm 2015 . pointer tak tinggi mana hanya dpt 1.5 jee yang mampu . gred tahun nie naik and nak lulus terlalu tinggi . saya dpt 2D+ 1C- 1C . pengajian am saya D+ … Hmm .. So adakah saya boleh memohon u ? Minta pencerahan

  31. Morning..sy budak lepasan Stpm 2014 aliran sastera..pointer x la teruk mana 2.34..Muet band 2..Intake 1 sy mohon UPU..xdpt..of course la xdpt kan sbb pointer kecik sgt nk bersaing dgn ramai org intake 1..lepas tu sy mohon rayuan pulak untuk intake 1..still x dapat jugak..rasa kecewa sedih pun da semua..rasa drop la..sempat jugak pikir berat sgt ujian Tuhan untuk diri ini..lepas tu mohon upsi ambilan februari 2016..dpt temuduga bulan 12 haritu..utk kos sains sukan..susah2 sy kena pergi Kuching bayangkan..sy duduk pedalaman..jauh jugak la dri bandar..nk mintak duit utk pergi temuduga pun mengharap jugak la mak bapak bagi..syukur mak ngan ayah support..sy pergi la Unimas utk temuduga..balik temuduga tunggu tawaran kemasukan..28 januari 2016 hari tu keluar..sy on internet..kawan sy sorang dpt..pointer mmg bgus la..3.17..dia dh check 27 januari 2016..pihak upsi sendiri hantar mesej kt dia..sy mmg dh agak la..klau xdpt mesej conform x dpt..mlm 28/01/16 tu sy check ….Dukacita dimaklumkan..mula lah sedih..skrg tunggu tawaran utk uitm ambilan mac 2016 pulak..5/02/16 ni kluar…mengharap jugak la dpt..doa tu x terkira la..mmg byk kali..sy mohon jugak Upu 2016 ..utk degree..sy backup jugak dgn diploma..mmg xde jln lain kan klau still nak belajar..kadang2 tu rasa mcm buang masa jer nk mintak study lgi..hihihi..klau la sy kerja lepas spm dulu..dh beribu sy kumpul kn..org mintak SPA pun sy mintak..sampai hari ni xde tawaran..x tahu dosa besar mana yg sy dh buat smpai ujianNya berat mcm ni..huh..rasanya sy ni kurang motivasi kot..hihi..mohon pencerahan semua..

  32. Assalamualaikum.
    Saya lepasan STPM 2014 kelas sastera mendapat cgpa, 2.83 manakala spm pula mendapat 4A, 4B, 1D,1E kelas science komputer. Subjek IT saya dpt A, math A, fizik B, addmath E. LULUS! Tetapi knpa sya tak dpt Universiti bg lepasan spm 2012? Sedangkn course yg sya mntak, saya layak. Jikalau pn, course yg sya mntk pnuh, ada bhgian dimana kita prlu tnda jika mahu tawaran course2 lain pn saya setuju. Tapi TETAP XDA SEBARANG TAWARAN. Seterusnya saya buat rayuan. TETAP XDA TAWARAN. So saya amik kptusan msuk ting6. Lepas tamat pngajian ting6. Saya apply lg U utk smbung degree but result TETAP XDA TAWARAN, wlaupon layak, walaupn setuju trima course selain course yg saya mintak. Buat rayuan pn tetap TAK TERIMA SEBARANG TAWARAN. Pdhal, ada pelajar yg keputusannya rendah dri sya msih trima tawaran. Ya saya fhm rezeki msing2 tpi dh berkali2 cuba. Mungkin ada sebarang cadangan atau nsihat utk dpt U. Kerja kerajaan/swasta pn dh apply. Hampir setahun tggu, xdk jwpn jgk. So ada cara atau jln yg boleh saya cuba buat?

    1. Waalaikumussalam, sebenarnya pihak UPU ada nyatakan sebab kenapa tak berjaya secara umum. Kebiasannya xberjaya mungkin sebab kursus yang tidak sesuai dipohon. selain tu mungkin kursus tersebut penuh. mungkin kursus seakan itu ada kekosongan di universiti lain. Tapi mungkin saudari tak memohon di universiti itu pulak. Keputusan SPM dah ok, keputusan STPM sederhana. Pokok pangkal ia ada kaitan dengan rezeki, sbb setiap org ada rezekinya. Mungkin saudari ada ditempat lain. Jangan mudah mengalah, boleh berusaha dan InsyaAllah akan dapat juga nanti. Satu lagi, sebelum mohon pastikan fahami dulu syarat khursus yg dipohon atau syarat memohon. Kalau tak lepas memang sistem/ pemilihan akan automatik tolak.

  33. assalamualaikum.. saya lepasan stpm 2014. saya mendapat pngk 3.09. saya telah dapat memasuki unimas ambilan September 2015. tetapi malangnya saya trpaksa menolak tawaran itu kerana masalah kewangan keluarga.. keadaan saya sekarang tertekan sangat2.. tapi saya telah menghantar permohonan kemasukan ke upsi bagi ambilan Februari 2016, malangnya di sebabkan saya tiada kemudahan internet di rumah jd saya trlepas ujian medsi pada bulan Disember 2015 … keadaan ini telah membuat saya lagi tertekan dan selalu menangis.. saya berfikir untuk membuat rayuan upsi tetapi sekarang ni semangat saya semakin luntur.. sya cuma ingin minta pendapat apakah peratusan saya untuk dapat tawaran u lagi jika saya memohon untuk ambilan September 2016 ini? saya cuma rasa harapan saya makin jauh… bantulah saya.. berilah nasihat pada saya… harap tlg balas…

    1. Waalaikumussalam.. Kemasukan Universiti biasanya ambil yang tahun terbaru untuk kemasukan pelajar barunya.. namun demikian ada kes khas yang diterima mengikut pengurusan pendaftar universiti. Peluang belajar masih terbuka, jangan lah terlalu bimbang. pasti ada caranya..teruskan memohon uPsi tersebut atau hantarkan surat rasmi kepada pihak pendaftar.. Mungkin ada rezeki sebab keputusan peperiksaan baik.

  34. Assalamualaikum. Saya lepasan diploma dari politeknik mengambil jurusan pengajian perniagaan. Saya ingin menyambung pengajian ke u tetapi pointer saya tidak mencecah 3.0 dan hanya 2.89. Adakah saya layak diterima di universiti dan kos apa yang bersesuaian dengan saya untuk melayakkan saya menyambung pengajian di peringkat ijazah. Terima kasih

  35. saya tak dapat upu..jadi saya buat rayuan terus..pointer 2.50..saya ambik course ijazah sarjana muda kajian khidmat social dan ijazah sarjana muda pengurusan seni di unimas.. agak-agaknya dapat kah??sebab saya pun tengah bingung sekarang ni.. tolong lah saya..

    1. Tak apa, setiap org ada rezekinya, keputusan memang tak berapa menggalakkan, tapi pastikan membuat permohonan kurusu yang kurang popular untuk dapatkan tempat.

  36. Assalamualaikum Tuan,
    saya merupakan calon lepasan stpm 2013/2014
    saya ingin bertanyakan , adakah pihak ipta/universiti awam masih bertimbang rasa untuk memberi peluang kepada saya utk sambung pelajaran di institusi mereka. keputusan STPM saya adalah 2.00 sahaja? dan pengajiam saya mendapat gred C-, (dan syarat semua ipta memerlukan sekurang2nya gred pengajian am adalah c)saya amat kecewa..saya tidak mampu untuk melanjutkan ijazah saya ke ipts kerana dgn bayaran yuran yang agak mahal..bantu saya Tuan..apa yang saya boleh lakukan sekarang..terima kasih

    1. Waalaikumussalam, sy bersimpati dengan apa yg dialami firdaus, cubalah..baik mencuba dari tidak berbuat apa2.. memang kelayakan adalah melepasi tahap minimum yang ditetapkan, namun demikian cubalah memohon kursus yang tidak popular pasti juga ada rezeki jika kita sentiasa berusaha.

  37. assalamualaikum . sy nk tnyaa , pointer sy hnya 2.00 sjaa result stpm , sy ada apply universiti awam , agak agak lulus tak permohonan sy , atw pun suggest dkt sy mna mnaa universiti yg terima pointer 2.00 , hmmm kos ap yg sesuai utk pointer sy yg rendah tu , bagi pendapat boleh ?

    1. Sabar aina..saya pun tengah pening jgk dgn pointer yg rendah nie..emm x tau nk pergi mane

  38. assalamualaikum….sy nak tnya macam mana nak pastikan dengan hanya 3 kredit dlm kllusan spm dan CGPA sbnyak 2.67 pun boleh memasuki u…?sy risau kerana kebanyakan u yg sy lihat semuanye inginkan spm dgn berkllusan 5 kredit sekurang-kurangnya…adakah harapan sy untuk memasuki u masih ada?

  39. Selamat Sejahtera Admin, saya lepasan stpm 2013, result sy A- (P.am, Syariah), B-(Sejarah), C- (B.Arb), pngk 2.92, math spm C, bi B, sy rancang hendak mohon bidang kaunseling di umt, uum, pengajian malaysia di upsi, pendidikan khas dan sastera(sejarah) di ukm. Semua syarat sekurang2nya b-/c (2.00/2.67) dlm 2 subjek tersebut. Soalan sy adakah bidang kaunseling banyak yang memohon dan jika sy meletakkan ia sebagai pilihan pertama adakah terlalu demand? Saya bimbang dengan saingan lain,…..

  40. Salam,saya nak tanya, saya merupakan pelajar PJJ di USM, adakah saya layak untuk memohon biasiswa? Dan apa biasiswa yang layak saya memohon?

  41. Assalamualaikum .
    saya nak bertanya , asasi sains saya hanya separuh jalan .
    bukan saya tak boleh score tapi ni masalah sistem di asasi tersebut.
    saya ambil 6 subjek kat asasi tersebut dan result final exam sem 1 saya memperolehi
    5A 1F , dan F tu pulak english . saya tak ambil test pd hari tersebut sebab saya terpaksa pulang ke kampung sbb ayah saya meninggal . Jadi saya tak boleh repeat paper tu lagi . dan syarat untuk teruskan asasi, saya perlu amik exam bi tu tapi pengarah asasi cakap tak boleh sebab dia bawah fakulti bukan bawah asasi . saya betul2 buntu . saya nak belajar . result spm saya 8A 2B+ dan saya budak aliran sains . jadi saya nak tanya , bolehkah saya memohon asasi tu balik ? kalau dikirakan saya diberhentikan .

  42. assalammualaikum…admin.. saya pelajar lepasan stpm 2013 mendapat result c+ dlm p.am, B+ dlm sejarah, c+ dlm geografi dan C dlm subjek ekonomi.. Pngk saya adalah 2.50, saya ada memohon di upu ..tapi malangnya saya x dpt.. saya juga ada memohon di UITM sesi 2 untuk mac 2015. saya nak minta pendapat dari admin adakah saya berpeluang memasuki UITM yang saya pohon nie? 🙂

  43. As salam admin.. Bulan april 2014 saya telah membuat keputusan untuk berhenti pengajian di UMK.. Kos yang saya ambil ialah kos ijazah sarjana muda pengajian warisan..semester pertama mendapat pointer 3.33.. sebelum membuat keputusan tersebut,saya ada meminta pendapat dripda bekas pnsyarah.. Kos yang saya ambil susah untuk mendapat peluang pekerjaan. Jadi saya membuat keputusan untuk berhenti. saya dah gunakan wang ptptn sehingga semester dua. persoalan saya sekarang,bolehkah saya memohon untuk melanjutkan pendidikan di IPTA lain? saya nak melanjutkan pengajian lagi dalam bidang lain..harap dapat memberi penjelasan pada saya..

  44. Salam, saya merupakan lepasan asasi tesl uitm, saya nak tanya, jika gagal ujian medsi, masih bolehkah saya untuk memohon Bachelor.Education TESL bagi pengambilan kedua 2015? dan saya mendapat CGPA 3.09 dan MUET Band 4.

    1. keputusan dah baik, cuma ujian medsi penting untuk kemasukan.jika ujian medsi xlulus, sukar nak dapat sbb banyak persaingan..

  45. saya lepasn diploma sains..pointer saya 2.78…gagal menempatkn diri sy ke ipta..jadi sy buat rayuan ke ums iaitu geologi dan umk geosains…adakah sy berpeluang masuk ke ipta tersebut…dan saya bru je hantar dokumen2 ke universiti tersebut…adakah sya berpelung belajar di ipta tersebut…dan boleh saya tau cut off sebenar ums dan umk lepasan diploma untuk course geosains dan geologi…??

  46. Salam saya ni pelajar lepasan stpm aliran sains,subjek biology sayer dapt c,kimia C,pa B+ n math D,, pointer syer 2.08, sayer tak dapat upu tapi syer dah buat ryuan,berpeluang ker syer dpt tmpat di unversiti

  47. salam saudara..
    saya baru dpt kptasn UPU tdi dan saya dpat jawapan yg mendukacitakan,saya dpt tahu rakan saya juga dpt masuk ke universiti dg npointer yg sma dgn saya,apa yg patut saya buat..terima kasih

    *pointer saya 2.17

  48. Assalamualaikum…sy pelajar lepasan matrikulasi perakaunan 2013/2014..result sy cma dpt 1.77…akaun B-, bisnes c,math dan ekonomi sy dpt D+.jdi sy ade 2 sbjek credit je.2 sujek yg lain tu gagal.sy mintak kos yg org x mnat mcm seni kt unimas..syarat kelayakan dy cuma mntak 2 sbjek sekurang2nya 2.0 (akaun dan bisnes sy 2.0 dan keatas).tp masalahnye syrat am dy msti lulus sekurang2nya 2.0 keatas…sy cma dpt cgpa 1.77 secara keseluruhan..cmna tuu.markah koko sy 90%..sy sgt bharap sy dpt..adakah sy akan terpilih?.sila encik tolong balas dgn segera.

  49. Salam, saya pelajar lepasan asasi tesl..cgpa saya 2.66..saya berharap untuk meneruskan pengajian dlm program ijazah tesl ttp saya tidak dapt menduduki medsi yang merupakan ujian kelayakan untuk mengambil kursus pendidikan..setakat ini saya tidak mendapat apa2 tawaran dari mana2 ipta dan saya sangat risau..semasa saya mengemaskini fasa 2 upu..sudah tidak ada lagi tawaran pendidikan..saya telah menghantar sms ke 15888 ttpi mendapat respon bahawa permohonan saya tiada di dalam rekod..adakah ini bermakna bahawa saya benar2 tiada peluang mendapat twrn program ijazah pendidikan lagi?..saya juga ada memohon kursus linguistik serta english for public communication..apakah karier yang boleh saya ceburi sekiranya saya mengambil kursus seperti berikut?..sekiranya saya mendapat twrn utk melanjutkan program ke kursus yg tidak menjanjikan pekerjaan slpas graduate nanti, kluarga sya akan mendaftarkan saya dlm programme a-level dan slps itu mengambil pengajian medik atau dentistry..saya mmg berminat dlm bidang sains tetapi saya takut sekiranya saya terkandas di tgh jalan nanti..apakah yg harus saya lakukan? Apakah syarat2 kelayakan minima bagi programme a-lvel?Sekiranya tarikh tutup pengumuman untuk temuduga kursus pendidikan telah di tutup..adakah bermakna saya benar2 tidak ada harapan untuk menyambung pengajian dalam programme ijazah pendidikan?

  50. As salam admin…saya merupakan pelajar lepasan ijazah sarjana muda dari UNIMAS dalam bidang teknologi seni reka…pada 2013 yang lepas.Sekarang saya berkhidmat dibawah dzuliman smart khalifah..sebagai guru tadika islamik. CGPA saya adalah 3.02 secara keseluruhannya. Saya masih belum puas hati kerjaya yang saya miliki sekarang dan berhasrat untuk memohon kerja under government..sekiranya ada rezeki..agaknya sejauh mana peluang saya untuk peroleh pekerjaan under gov berdasarkan dengan keputusan yang saya peroleh dan skop bidang saya. Disebabkan saya sudah mengajar tadika selama 6 bulan..adakah layak bagi saya untuk memohon tadika islam under government ?…mohon cadangan dan pendapat.terima kasih

  51. Assalamualaikum Tuan, Saya adalah lepasan Diploma dan mendapat pointer 2.53 . Bagi saya, pointer ini tidak membantu saya dalam mencari kerja2 di kerajaan mahupun swasta. Saya rasa sangat kecewa dan hampa dengan keputusan saya ini. Jadi saya berminat untuk meneruskan azam baru dalam meneruskan pelajaran di peringkat sarjana muda di Universiti Kerajaan misalnya UUM (Universiti Utara Malaysia). Lagi pula kos untuk degree di swasta adalah sangat mahal dan tidak mampu untuk saya tanggung memandangkan kedua ibu bapa saya tidak bekerja. Bolehkah saya dapat sambung degree di Universiti Kerajaan . Dengar cerita kebanyakkan mereka mengambil pointer 3 ke atas. Sesiapa ada pengalaman mohon share . Saya sangat susah dan menganggur sekarang ni.

    1. Waalaikumussalam, rezeki ada dimana shaja… ramai orang yang telah berjaya diluar sana hanya dengan USAHA.. Apa sahaja yang kita buat akan menjadikan kita berjaya jika tekun berusaha. mungkin rezeki saudara sedang menunggu saudara, cuma belum masanya lagi. kalau ke ijazah kebiasaanya 2.8 dapata sambung, tapi jangan putus asa, cuba mohon ijazah di universiti ambil diploma dulu, mungkin ada rezeki disitu, selain tu cua dapatkan kemahiran-kemahiran lain, banyak cara sebenarnya untuk berjaya..

  52. Assalamualaikum..saya bekas pelajar kejuruteraan kimia bagi peringkat degree,saya dikeluarkan dari Universiti kerana pointer yg sangat rendah..adakah saya berpeluang mengambil degree kembali?? atau saya perlu mengambil jalan diploma dahulu sebelum ke degree kerana saya bekas pelajar matrikulasi.

  53. assalamualaikuum. saya merupakan pelajar lepasan stpm 2013. saya ingin bertanya sekiranya pelajar yg memohon pendidikan kemudian beliau lepas ujian medsi dan diminta ditemuduga tetapi temuduganya gagal. adakah masih ada peluang untuk pelajar tersebut menyambung pelajaran di universiti berdasarkan pilihannya di upu selain dari pendidikan? tq

  54. salam..bolehkah saya memohon fasa 2 lepasan matrikulasi/ asasi..atau hanya lepasan matrikulasi/asasi sahaja yang boleh memohon..? saya baru lepasan diploma daripada politeknik saya terlepas daripada permohonan fasa 1..

  55. Assalamualaikum tuan, saya merupakan lepasan stpm 2013. Kputusan stpm yang saya dpt adalah C-,C+,B+,D+ .. (C- tu adalah pengajian am). Rasanya saya tidak ada harapan lagi kah untuk memasuki mana2 ipta disebabkan keputusan pengajian am saya ? pihak ipta tidak dapat pertimbangkan lagi kah keputusan saya ?

    1. Waalaikumussalam
      Ummm pointer berapa yer? agak sukar..tapi tak mustahil 🙂 cuba lah yer…Kami sentiasa doakan kejayaan saudara.. kalau tak berjaya jangan kecewa..ada beratus2 lagi peluang kejayaan menanti ..

      1. Pointer 2.16 klu tidak silap. Tuan, jika saya membuat rayuan, adakah saya masih boleh dipertimbangkan? sedangkan syarat kelayakan sudah tidak layak iaitu subjek PAM mesti C(2.00).

        1. sebelum ni ada kes yg diterima kalau buat rayuan.. tak lah teruk sngt result tu..pengambilan ni,ia berubah setiap setahun..begantung pada persaingan tahun ni.. jangan la bimbing..ada banyak lagi peluang kejayaan sebenarnya..yg penting usaha dan sentiasa berdoa 🙂

  56. Salm..saya adlah pljr lpsan stpm baru..pointer saya dpt kesemua 5P iaitu 3 B- 1C+ 1C tpi pointer hanya 2.5 jerr…lykkh saya mmohon mna2 u..saya target mhu kos2 yg kurg org minta mcm seni…

    1. Salam.. insyaAllah boleh.. kne berusaha mohon.. minta yg kurang org mohon..pengajian am tu penting..harap PA tu xteruk sngt keputusann dia.. biasa 2.8 adalah pointer yg memungkinkan diterima masuk..tapi mana tahu ada rezeki 🙂

        1. Bukan tak layak fahmi..jangan bimbang.. kes tahun sebelum ni 2.8 tu dapat pilihan2 yang dlm permohonan..tapi pilihan yang hujung2.. kalau kurang dari 2.8 mungkin dapat yang tidak dimohon.. ada juga kes yang 2.3 pun dapat Masuk U.. ia bergantung pada kekosongan kursus tu.. kalau kebetulan tak ramai org mohon.. ada rezeki.. InsyaAllah dapat.. jangan la bimbang..rezeki ada banyak didunia ni..ramai org berjaya dan banyak juga cara utuk berjaya.. yang penting.. BERUSAHA.

  57. SAYA MENGAMBIL STPM TAHUN 1990 SEJARAH C , GEO E DAN BM R SERTA TAHUN 1991 STPM SAYA BM R , P.AM R DAN LUKISAN E BOLEH KAH SAYA SAMBUNG BELAJAR KEUNIVERSITI DALAM BIDANG PENTADBIRAN MELALUI PJJ.PENGALAMAN KERJA LEBIH 15TAHUN, MINTA PENJELASAN KURSUS APA BOLEH AMBIL DAN PUSAT PJJ MANA YG SAYA LAYAK.

  58. saya menduduki stpm tahun 1990 dan 1991 kalau dicampur 3prinsipal 2subsidiari iaitu tahun1990 sejarah C , geografi E ,Bm R dan tahun 1991 Penggajian Am R, Bm R,Lukisan E saya berpengalaman selama 15tahun dlm pekerjaan boleh kah saya memohon utk mengikuti krusus pentadbiran dalam mana-mana university secara PJJ sekian terima kasih.

  59. Salam. Saya nak tanya, stpm sya dpt 3.08. Agak-agak saya boleh ke dapat tempat di U sebab sekarang ni saingan untuk masuk U memang cukup sengit. Lagipun semasa isi UPU, saya bersetuju untuk menerima kos lain sekiranya pilihan yg saya pilih tidak diterima.

    1. Salam InsyaAllah dapat.. kalau tahun sebelumnya ada pelajar yg dapat 2.5 pun masih dapat masuk U .. jangan risau.. ia bergantung pada kursusu yg kita ambil..kalau kebetulan bnyk kekosongan mungkin pilihan akan terus ditunaikan. 🙂

  60. Salam. saya lepasan STPM yg baru sahaja keluar tadi. saya dapat pointer 2.5 sahaja, layak kah saja untuk sambung degree and masuk u? saya sangat sedih dan risau kalau-kalau tidak ada u yg menerima saya dan ingin menanyakan kos apa yg layak saya mintak dgn keputusan yg sebegini? 🙁

    1. Salam..jangan bersedih.. dalam dunia ni pintu gembira dan rezeki terbuka luas.. cuma kita shj yang perlu berusaha dan pandai merancang..untuk kes Reen mungkin boleh semak syarat universiti, ada kami tunjukkan cara bagaimana melalui penulisan kami, cuba pilih U yang xramai org mohon dan pilih Kursus yang sesuai.. 🙂

  61. Salam. Saya ingin penjelasan berhubung dengan kelayakan calon STPM 2013 untuk memasuki Ijazah Sarjana Muda. Misalnya saya mendapat 1B-, 1C+, 1C- & 1D, adakah saya layak untuk masuk ke Universiti? Mohon jelas & balas secepat mungkin. 🙂

    1. Salam.. huhu…mcm mana la sy nak balas secepat mungkin.. ada beratus yg nak di reply sehari 🙂 cuba tengok syrat kelayakan.. susah kalau nak sy jelaskan disini.. jangan cepat kecewa.. ada banyak lagi peluang utk berjaya di dunia ni..cuba lah yer..

  62. saya nak tanya, jika mendapat tawaran upu pada tahun lepas, tapi saya menolak kerana sebab2 tertentu, bolehkah saya memohon pada tahun ini?

  63. assalamualaikum, saya Suriati..lepasan STPM tahun lalu …nak tanya kalau no. pin upu tu dah diguna sekali untuk mengisi borang upu…tapi tak dihantar.. jadi no. pin upu tu masih boleh digunakan lagi tak?…atau beli yg baru lagi ..?…hiihihi…

  64. Salam …. saya mrpakan pljar stpm .. dan baru sahaja menamatkn pengajian stpm baharu..tp saya hanya dpt pointer 2.1 iaitu 3p utk sejarah..pp dan pengajian am…manakala saya hnya lulus sebahagian utk subjek bm..adakah saya layak untuk memohon upu???

  65. Assalamualaikum admin, nak tumpang tanye. sbb tgh buntu sangat2. sy lepasan diploma dan nak smbung ke pringkat ijazah. ari tu saya ade wat permohonan utk smbung ke pringkat ijazah di uitm. (dlu diploma uitm, jd smbung ijazah ke uitm juge). tp bile kputusan klua, saya tak dpt. dan skrg permohonan rayuan dbuka. tetapi saya buntu nak mohon course ape, sbb saya takut yang rayuan kali ni takut x dpt gak. utk permohona rayuan ni, cume boleh pilih 2 kursus sahaja. jadi saya buntu, nak pilih course ape utk rayuan ni. sama ada nak pilih dua2 course yg sama mase diploma dlu, 1 course mase diploma dlu and 1 lagi course yg lain, atau dua2 course lain. Mohon pendapat dri admin dan rakan2 dsini. mne tau dpt mmbantu. terima kasih 🙂

  66. salam admin..saya pelajar lepasan matrikulasi..

    semasa fasa 1,saya isi bahagian markah kokum berdasarkn markah smk@sekolah menengah bukan berdasarkan markah matrikulasi..

    saya nak tukar ketika fasa 2,tapi tidak dapat…
    mohon penjelasan admin 🙁

  67. Salam. Saya lepasan matrikulasi 2012/2013. Saya cuma mendapat pointer 1.99. Saya tak isi lagi permohonan upu fasa 2. Saya tidak mengisi upu lagi kerana hanya ada utk degree sahaja. Saya betul” buntu. Saya ingin ambil diploma in science computer di ump, tetapi selepas saya tanya pihak ump, tiada second intake utk diploma. Saya terpaksa tunggu tahun depan. Adakah saya perlu isi juga untuk degree? Atau tidak? Apa yang perlu saya buat?

  68. assalam..sy bru lps dpt result stpm y pointer sy cma 2.56
    a- ge
    b p.am
    c sj
    c- bm
    d ekonomi

    persoalan sy adkah sy akn dpt msuk universiti?sy ad mntak upu di universiti upsi bg pnddkan ge n ad mntak di uum unk pnddkan moral..bakah sy dterima nnt?harap sgt bntuan n pndapat dr tuan..

  69. Salam.. ingin brtnya..
    Bolehkah pelajar yang gagal STPM secara menyeluruh mengambil diploma sebagai alternatif untuk ijazah dan menggunakan keputusan SPM sama ada untuk ke universiti ataupun politeknik..
    Mohon sesiapa yang mempunyai pengalaman memberikan pendapat..
    Wassalam

  70. saya lepasan matrikulasi 2011/2012..sya tlah mnolak twaran ijazah penerbangan profesional di uthm atas dasar kewangan..tp pada taun nie..sy ingin memohon upu untuk program ijazah,,terdapat ralat data mengatakan saya cuma boleh mengisi program diploma..boleh tolong selesaikan kebingungan saya?? dan sya tidak mengemukan sebrang rayuan

  71. Salam, saya merupakan pelajar calon persendirian stpm 2012. Saya tak yakin tentang keputusan stpm saya sebab cara saya belajar tak sekuat pelajar sekolah. Jadi, saya mohon politeknik diploma in case result stpm saya teruk, saya masih ada diploma. Sekirannya result stpm ok, saya akan berhenti diploma. Adakah pihak UPU akan menolak permohonan ijazah saya sekiranya saya masih lagi memegang status pelajar diploma?

  72. assalammualaikum encik, saya pelajar lepasan stpm yang gagal mendapat tempat di IPTA. Saya telah buat rayuan UPU tapi masih juga tidak dapat. tak dinafikan mungkin sebab xde rezeki ataupun sbb result yang kurang memberansangkan. pointer sye 2.5 (A-,B,C+,&D)..saya telah membuat permohonan untuk uitm intake march dan apply intake feb/mac untuk U yang ada second intake.agak2 peluang untuk saya dapat permohonan cerah x? kalo sye tak dapat, u private mana yang terbaik untuk saya pohon (dri segi kos,kualiti & kemudahan)? ataupun okay x sye wt PJJ?

  73. saya dapat keputusan cemerlang dalam stpm dan dapat ditawarkan ke ipta tetapi course yg saya dapat tidak menepati cita cita saya . saya bercita -cita mahu jadi akauntan tetapi saya dapat course teknologi pembinaan maka musnahlah cita cita saya selama ini . apa harus saya lakukan . adakah saya harus go on sahaja . tolong berikan dorongan dan semangat yang berguna kepada saya

    1. minat boleh dipupuk, pendapat saya.. teknologi pembinaan pun baik.. prospeknya juga luas dan mungkin menguntungkan suatu hari nanti..memandangkan kemajuan memerlukan lebih ramai pakar pembinaan. Mungkin dengan belajar akan lebih banyak ilmu dan memupuk minat nanti..

  74. salam, saya ada membuat permohonan rayuan utk program ijazah lepasan diploma, perlukah sy hantar dokuman atau sijil2 yg berkaitan spt sijil SPM & sbg nya ke pihak universiti pilihan…??? kalau tak ambik MUET lagi x per ker….??? ader ker org ambik kat uni…?? harap boleh tolong jawab yer admin 🙁

  75. asslmualaikum,,sy lepasan form 6…result dapat 4P…dapatkah sy masuk U??pointer pas2x…3.00…yg sya tahu saingan lebih kepada wanita,brbanding lelaki,sbb tgok quota mcm na,,fmly sy pon,..x suh in U,,diorang nak sya kerja,n now ada ic spa n spp.,..itupun blum ada interview lg,….kalau x dapat in U,,.patutkah sya lupakan hasrat untuk sambung belajar ke Universiti?

  76. assalamualaikum encik fizie, nak minta tolong sangat2.. saya merupakan pelajar lepasan matrikulasi dan teringinnnnnnnn sangat nak sambung belajar, tapi masalahnya saya gagal di matrikulasi. bukan tak belajar, cuma entah lah.. mungkin cara belajar tak betul. tapi apa2 pun saya teringinnn sangat nak sambung belajar dan betulkan segala kesilapan dulu tapi apa perlu saya buat?? ada ke peluang untuk itu??

    1. Waalaikumussalam, gagal ke matrik bukanlah gagal segalanya..ada bnyak lagi peluang untuk saudari teruskan pelajaran.. gagal mungkin saudari tidak layak untuk meneruskan pelajaran kesana..jika diberi peluang sekalipun pasti dibimbangi saudari akan tertekan kerana tidak mampu membawa subjek yang diambil nanti.. sebenarnya saudari telah diberi banyak peluang sepeti UPSR, PMR, SPM.. itu bukan lagi termasuk peperiksaan dalaman sekolah..

      Jangan bimbang..cubalah ke tingkatan 6 atau ke diploma atau kemahiran..ada beribu2 lagi peluang menanti saudari..cubalah kuatkan azam untuk peluang kali ini diberi..buktikan saudari sebenarya adalah insan yang bertuah suatu hari nanti..amin..

  77. salam..saya lepasan stpm 2011,keputusan saya agak sederhana…saya nak tanya,jika saya memohon upu menggunakan keputusan spm, adakah terjejas permohonan upu stpm saya?

  78. SAYA LULUS DALAM SATU MATAPELAJARAN SAHAJA DALAM STPM.APAKAH YANG SAYA PERLU BUAT?TIDAK BOLEHKAH SAYA MEMASUKI U?

  79. salam. sy lepasan mtriklasi. cgpa sy agk teruk sbab tlampau main2, cuma 2.96. kesilapan sy smasa isi upu adlh sy ‘tdak brstuju’ skranya tdak mndapat 8 plihan yg saya minta. akibatnya, sy x dpat twaran mna2 u lgsung. lagi skli sy buat ksilapan apbla e-rayuan upu tsebut sya apply kos yg sy x layak. hurm.. sy risau rayuan sy skali lgi gagal.. ;(
    sblm ni sy pnah intrview spa, tp gagal. macm mana pula kalau sy nk apply IPG? _buntu_

    1. salam, ok..untuk rayuan UPU tu jgn bimbang..kebiasaanya bagi yg tak layak ia akan cuba serapkan ke mana2 kekosongan kursus, lagipun keputusan 2.96 tak lah teruk sngat..ada yg dapat 2.7 pun ada ditawarkan..cuma asma perlu sabar menunggu jika asma ada rezeki. Untuk IPG asma kenalah tunggu tahun depan.akan ada pengambilannya kira-kira bulan 3-4 tahun depan..utk mohon ipg diharap asma xde masalah sebab keputusan SPM asma ok. Jika tidak, takkan asma dapat masuk matrik..cubalah yg mana2 boleh dulu..buat masa ni cuba kosentrasi pada pemohonan menduduki ijazah…hsrsp membantu..

  80. sye mndapat cos sains pengurusan sistem maklumat di uitm…saye xtahu cos neyh ok kea x…..sye hrap dpt penjelasan yg lbh terprnci lg mgenai bdang ini dan apakah klebihan cos ini…

  81. course keusahawanan kejuruteraan tue bagus kah tidak??macam mana dengan peluang pekerjaan???tolong lah berikan pendapat dan pandangan..sy btul2 buntu tdk tau apa nak buat tntg masa depan sy???ada apa2 cadangan tak tmpt mana2 yg saya boleh smbg???

      1. Salam..sy dah buat artikel tentang keusahawanan kejuruteraan tu..ada dlm post terbaru xpresi..tapi susah la nak terangkan..ia kursus baru..harap membantu.. :rotfl: 🙂

  82. salam….sy lepasan matrikulasi dengan pngk 3.38….sy ialah pelajar sains hayat…sy dpt tawaran masuk U tp bkn course yg sy nak..sy dapat course keusahawanan kejuruteraan…sy tdk tau samaada nak terima @ tidak twran tersebut…tolong berikan pendapaat apa yang perlu sy buat utk masa depan sy….

    1. Salam, susah sy nak tlg kalau bab pilih ni..mana2 pun ada peluang..jika lana tolak tawaran ini adakah lana akan dapat tawaran lain?adakah senang untuk dapat tawaran sebegitu lagi? susah sebenarnya nak diterima masuk ke universiti jika ia universiti awam..Lagipun mana-mana pun jika kita belajar akan membuka minda kita..kalau xde ikhtiar lain, baguslah lana rebut pelunag yang tersedia…

      1. family sy semua tak stuju sy msuk U ambl course tue sbb itu bukan bidang sy…skrg nie sy isi SPA utk latihan separa perubatan..tp sy takut sy tak dapat SPA…sy dah dua kali hadir tmuduga SPA utk separa perubatan tapi tak pernah pass interview…sy takut kali nie pun akan gagal..adakah perlu sy tngu tahun hadapan dan isi UPU sekali lagi????

        1. Ish..lana mesti dilema kan?mungkin target keluarga adalah nak lana kerja kerajaan..dengan ambil SPA tu lana akan dapat kerja kerajaan..tapi senang ke diterima?saya rasa bukan senang..kalau nak ambil upu tahun depan sekali lagi pun boleh..tapi rugi umur la plak..baru saya perasan, lana ni sains hayat..tapi knape plak ditawarkan keusahwanan kejuruteraan..macam pelik sikit..susah la sy nak bantu jika online gini..cuba dapatkan kaunselor berdekatan..mungkin diorg dapat membantu..dari saya…cuma nak ingatkan..cubalah usahakan yang lana rasa minat dan mudah untu lana diterima…kdg2 tu kalau belajar kursus yg kita tak minat dan tak menjamin masa depan pun susah..duit habis bnyk..hasil xde..huhu..

Leave a Reply to nadzirah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *