

Kementerian Pendidikan membuka satu peluang kemaskini graduan pendidikan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia IPGM dan Universiti Awam UA. Kemaskini ini bagi memperkemas data calon lepasan pendidikan serta aliran berkaitan dalam satu sistem untuk kemudahan masa akan datang.
Calon-calon program yang dinyatakan dibawah diminta untuk membuat kemaskini data sebelum tarikh tutup iaitu 20/12/ 2015. Pengguna berkaitan perlu mendaftar di modul ini terlebih dahulu sebelum membuat pengemaskinian maklumat.
- Graduan program ijazah sarjana muda pendidikan (PISMP) keluaran IPGM tahun 2015
- Graduan program DPLI PPC keluaran IPGM tahun 2015
- Graduan program kembar perkhidmatan keluaran IPGM tahun 2015
- Graduan JQAF keluaran IPGM tahun 2015
- Graduan ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) keluaran UA tahun 2014 dan 2015
- Calon simpanan ISMP keluaran tahun 2014
- Calon simpanan DPLI-GSTT ambilan khas
- Calon DPLI-GSTT ambilan khas yang telah diperaku lantikan tetap
- Calon J-QAF yang bertukar status daripada diperaku bersyarat kepada diperaku lantikan tetap
- Calon GST yang telah diperaku lantikan tetap
Graduan/calon bagi kategori di atas boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikut egraduan.moe.gov.my bermula pada 1 Disember 2015 sehingga 20 Disember 2015.
Aplikasi pengemaskinian maklumat ini BUKAN bertujuan untuk proses penempatan dan HANYA DIBUKA KEPADA CALON DALAM KATEGORI DI ATAS BAGI TUJUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT SAHAJA. Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan.
Alamat Sistem Kemaskini
Anda boleh membuat kemaskini data anda di Aplikasi kemaskini graduan pendidikan yang disediakan ( Klik sini )
Maklumat Lain
Jika lampiran sijil nikah lebih dari 1, perlu menggabungkan dokumen tersebut dalam format .pdf sebelum memuat naik.
Sekiranya terdapat kesilapan pada maklumat yang tidak boleh dikemaskini, perlu menghantar salinan dokumen berkaitan yang telah disahkan melalui emel ke [email protected] untuk diperbetulkan seperti format di bawah:
Tajuk emel : Kemaskini Maklumat Graduan
Butiran :
Nama :
No. KP:
Masalah :
Sila pastikan fail yang dilampirkan tidak terlalu besar. Pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori yang dinyatakan seperti di bawah sahaja. Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian tersebut.
Pingback: Permohonan GURU INTERIM bahasa Inggeris kementerian Pendidikan Malaysia 2019