Anda berhasrat untuk tangguh bayaran PTPTN, sila kemaskini pendapatan PTPTN anda di Laman Rasmi PTPTN untuk mendapat penangguhan bayaran balik. Hari ini melalui pengerusinya mengeluarkan kenyataan media untuk menggesa peminjam PTPTN yang ingin mendapat kemudahan penangguhan supaya mengemaskini pendapatan semasa mereka di laman rasmi PTPTN mulai hari ini sehingga 25 Julai 2018.
Kemudahan penangguhan PTPTN
Walaubagaimanapun demikian, penangguhan adalah bagi mereka yang mengemaskini pendapatan semasa mereka di laman rasminya dan berpendapatan bawah RM 4000.
Kemudahan penanguhan bayaran PTPTN :
- Pendapatan bawah RM 4000
- Kemaskini pendapatan sebelum 25 Julai 2018
Semua peminjam yang patut membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki dikehendaki mengemas kini maklumat secara dalam talian pada portal rasmi PTPTN.
Sekiranya peminjam gagal mengemas kini maklumat dalam tempoh itu, PTPTN menganggap peminjam tidak berhasrat memohon penangguhan.
Cara Kemaskini Pendapatan PTPTN Online
Untuk lebih jelas dan mendapat maklumat berkaitan ada baiknya pengunjung terus ke Laman Rasmi PTPTN atau terus kemaskini di http://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/ . Peminjam juga perlu mengemas kini maklumat penting seperti alamat, nombor telefon dan e-mel.
Kemaskini :
- Pendapatan semasa
- Alamat
- No Telefon semasa
- Alamat email
PTPTN juga berharap agensi-agensi terlibat seperti Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat membantu dari segi perkongsian data untuk memudahkan proses berkenaan.
Pada Jun lepas, seramai 429,945 peminjam dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen, selaras dengan janji pilihan raya umum kerajaan Pakatan Harapan untuk memutihkan peminjam PTPTN yang disenarai hitam.
One thought on “Kemaskini Pendapatan ( PTPTN ) Untuk Penangguhan”