Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Kemaskini Permohonan Matrikulasi
Sudahkah anda memohon Matrikulasi sebelum ini? Satu kemaskini permohonan matrikulasi untuk kemasukan 2016 dibuka untuk pemohon menyemak dan mengemaskini permohonan yang dibuat sebelum ini. Kemaskini adalah bagi yang sebelum ini telah membuat permohonan. Maklumat yang betul dan dikemaskini penting untuk melayakkan diri mendapat tawaran serta membekalkan maklumat yang betul dalam urusan penerimaan tawaran nanti. Selain itu, maklumat yang lengkap boleh membantu dalam permohoanan.
Kemaskini Permohonan Matrikulasi
Mengikut Laman rasmi KPM, satu makluman dikeluarkan supaya calon membuat kemaskini melalui alamat yang disediakan kemaskini permohonan matrikulasi
Pemilihan untuk meneruskan pengajian ke matrikulasi ialah satu pilihan yang popular dan bijak bagi mereka yang mempunyai kelayakan akademik yang baik dalam peperiksaan SPM. Penerimaan permohonan ke matrikulasi adalah bagi calon yang mempunyai criteria akademik yang baik dan cemerlang.
Kemasukan Matrikulasi KPM merupakan salah satu pilihan altenatif selain dari meneruskan pengajian ke STPM, Diploma, Asasi UA dan banyak lagi. Pada asasnya pengajian di Matrikulasi ini bagi persediaan mengambil Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam/ Swasta dalam dan luar Malaysia.
Terdapat 11 Kolej Matrikulasi KPm di Seluruh Malaysia iaitu :
- Kolej Matrikulasi Perlis
- Kolej Matrikulasi Kedah
- Kolej Matrikulasi Perak
- Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
- Kolej Matrikulasi Melaka
- Kolej Matrikulasi Johor
- Kolej Matrikulasi Pahang
- Kolej Matrikulasi Labuan
- Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
- Kolej Matrikulasi Selangor
- Kolej Matrikulasi Kelantan
Diharapkan maklumat yang disampaikan ini sebagai peringatan dan makluman untuk tindakan calon yang telah membuat permohonan sebelum ini.