Kemasukan pelajar IPT secara fizikal bagi sesi 2021/ 2022 sudah diumumkan. Justeru itu, diharpakan semua pelajar IPT mampu untuk melakukan persediaan awal untuk mengikuti pelajaran secara fizikal. Dan tarikh kemasukan pelajar IPT secara fizikal adalah pada 15 OKTOBER 2021 dan kemasukan ini akan berlaku secara berperingkat melalui penyelarasan pihak IPT.
Kemasukan Pelajar IPT Secara Fizikal Bagi Sesi 2021/2022
TAHUKAH ANDA!!!
Pelajar yang LAYAK atau yang diberikan keutamaan untuk pulang ke kampus adalah pelajar:-
- Pelajar berkeperluan yang sudah lengkap vaksinasi
- Pelajar yang telah lengkap proses vaksinasi dan melepasi tempoh keberkesanan
Justeru itu, pihak IPT WAJIB atau bertanggunjawab mengenal pasti pelajar berdasarkan kategori pelajar yang telah diluluskan dan membenarkan mereka memasuki kampus. Hanya pelajar yang sudah lengkap vaksinasi sahaja layak untuk pulang ke kampus dan meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka.
Justeru itu, bagi pelajar yang belum mendapat vaksinasi DIGALAKKAN untuk melakukan walk-in bagi mendapatkan vaksinasi sepertimana yang sudah dicadangkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
INFO TAMBAHAN!!!
Buat pengetahuan umum, staff akademik dan BUKAN akademik yang masih belum mendapat vaksinasi secara lengkap TIDAK boleh menghadirkan diri ke tempat kerja. Pada masa yang sama, mereka juga WAJIB melepasi tempoh keberkesanan selepas divaksinasi.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar akan dijalankan secara dua cara iaitu:-
- Pelajar yang sudah berada di kampus akan menjalani PdP secara hibrid
- Pelajar yang masih berada di lokaliti masing-masing akan meneruskan PdP secara atas talian
Buat pengetahuan umum, pelajar boleh melakukan pemilihan sama ada mahu kekal berada di lokaliti masing-masing atau pulang ke kampus. Walaubagaimana sekalipun, ianya bergantung kepada bidang yang pelajar ambil dan perlu mendapat kata putus daripada pihak universiti.
Bagi bidang yang melibatkan penggunaan makmal, pihak universiti WAJIB mematuhi segala SOP yang telah disediakan. Ianya bermaksud, penggunaan makmal perlulah mematuhi syarat dan SOP yang telah ditetapkan. Tujuan pematuhan SOP ini bagi MENGELAKKAN penularan virus COVID -19 ini di dalam kalangan pelajar atau staff kampus.
PERGERAKAN PELAJAR
Pastinya ramai ibu bapa yang berasa bimbang kerana anak yang mereka kasihi akan pulang ke kampus untuk melanjutkan kembali pengajian mereka. Justeru itu, ibu bapa WAJIB ketahui 3 kaedah kepulangan para pelajar ke kampus.
Antara 3 kaedahnya adalah:-
1. Menggunakan kenderaan sendiri
Bagi pelajar yang menggunakan kenderaan sendiri, pelajar boleh berkongsi kenderaan dengan pelajar lain mengikuti kapasiti kenderaan yang dibenarkan. Walaubagaimana sekalipun, penumpang WAJIB sudah lengkap proses vaksinasi.
2. Ibu bapa/ penjaga menghantar sendiri pelajar dengan syarat ibu bapa/ penjaga telah lengkap mendapat vaksinasi
3. Perkhidmatan penerbangan
PERINGATAN!!!
Pelajar hanya menggunakan surat kebenaran untuk kembali ke kampus sepertimana yang telah disediakan oleh pihak IPT. Walaubagaimana sekalipun, bagi pelajar yang melakukan pergerakan ke SARAWAK, SABAH dan WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN perlu mendapatkan surat kebenaran rentas daerah/ negeri dari pihak PDRM serta dokumen iringan sebagai bukti anda.
Segala kos yang melibatkan pergerakan pelajar kembali ke kampus adalah di bawah tanggunjawab pelajar itu sendiri. Justeru itu, anda perlu bijak merancang pergerakan anda untuk pulang ke kampus dalam keadaan yang selamat.
UJIAN SWAB/ KENDIRI COVID -19
Ujian swab/ kendiri COVID -19 ini adalah WAJIB dilakukan bagi pelajar yang memasuki Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Mereka perlu menjalani RT-PCR dalam tempoh tiga hari sebelum melakukan pergerakan dan tertakluk kepada arahan Kerajaan Negeri. Kos bagi melakukan ujian RT-PCR ini adaah dibawah tanggungan KKM. Justeru itu, pelajar perlu menjalani ujian swab di Klinik Kesihatan di bawah seliaan KKM sahaja.
Seterusnya, bagi pelajar yang pulang ke Negeri Sarawak TIDAK perlu menjalani kuarantin WAJIB sekiranya sudah mendapatkan dos vaksinasi yang lengkap. Manakala, bagi pelajar yang telah lengkap proses vaksinasi yang memasuki Negeri Sabah adalah DIWAJIBKAN menjalani pemantauan kendiri melalui aplikasi mysejahtera.
Walaubagaimana sekalipun, bagi pelajar yang sudah lengkap vaksinasi yang memasuki Wilayah Persekutuan Labuan adalah diwajibkan untuk melakukan kuarantin kendiri selama 5 hari di IPT masing-masing dan menjalani ujian swab RTK-Ag pada hari ke-4. semua kos kuarantin bagi pelajar yang telah lengkap divaksin akan tanggung oleh pihak kerajaan.
Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu para pelajar membuat persiapan awal untuk pulang ke kampus. Persiapan awal ini termasuklah dari segi kewangan kerana kepulangan para pelajar ke kampus pada kali ini adalah di bawah tanggungan sendiri bukan ditanggung oleh p[ihak kerajaan atau kampus anda.
Rujukan :-