Kementerian Pendidikan Tinggi Di wujudkan Kembali

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pihak kami selalu membekalkan anda informasi kerjaya dan pendidikan, untuk maklumat kali ini ingin kami panjangkan perubahan terbaru 28 Julai lepas berkaitan kabinet Negara. Pendidikan dan Pengajian tinggi juga mengalami perubahan dengan tertubuhnya kembali kementerian diluar dari Kementerian Pendidikan sebelum ini.

Jika tahun-tahun sebelumnya ia dipanggil Kementerian Pengajian Tinggi, ia di mansuh dan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan. Namun demikian, hasil rombakan kabinet Perdana Menteri ia diubah kembali dengan mengasingkan dari Kementerian Pendidikan menjadi kementerian baru iaitu Kementerian Pendidikan Tinggi.

Sebenarnya sebelum ini memang banyak kali ia berubah, Kementerian yang menguruskan pengajian tinggi ini memang kerap berubah namanya dan sekali sekala ia dihapus dan diletak dibawah Kementerian Pendidikan. Begitu juga dengan Kementerian Pendidikan kini , juga selalu berubah bersilih ganti dengan “ Pelajaran “. Mungkin ada sebab seringkali bertukar nama ini, mungkin bagi mereka sangat penting memikirkan soal nama Kementerian ini demi  memartabatkan profesionalisme dan transformasi minda kelas pertama.

Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

Berikut ialah kenyataan media perubahan nama ini :

KENYATAAN MEDIA

YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

‘KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI DIWUJUDKAN SEMULA’

  1. Rombakan Kabinet Persekutuan pada 28 Julai 2015 (Selasa) menerusi satu sidang media khas oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia melibatkan portfolio Kementerian Pendidikan Tinggi diwujudkan semula.
  2. Kementerian ingin memaklumkan nama rasmi Kementerian ini adalah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sesuai dengan peruntukan Akta yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH

Menteri Pendidikan Tinggi

30 Julai 2015

*SUMBER

 

Oleh itu, calon yang akan menghadapi temuduga IPTA haruslah tahu perubahan nama ini dan pastikan anda tidak tersilap kerana ia mungkin menggangu penilaian tahap pengetahuan am anda. Selain itu perubahan Kementerian ini mungkin juga melibatkan perubahan lain terutama pelaksanaan perancangan sediaada ataupun akan datang memandangkan kemasukan Menteri baru dalam Kementerian Pendidikan Tinggi ini. Diharapkan semoga pengurusan pengajian tinggi lebih ditambah baik dan mampu meningkatkan lagi kualiti graduan yang lahir serta membolehkan graduan yang tamat pengajian untuk mendapat kerja kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *