Kenapa tak pernah cukup, tak pernah syukur

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Salam sejahtera, bertemu kembali pada hari ini dalam penulisan mingguan. Pada malam yang serba indah ini, hari jumaat merupakan penghulu hari untuk kita sama-sama manfaatkan ketenangan dalam diri..dalam ketenangan diri ini marilah kita bersama muhasabah, merenung diri tentang beberapa perkara yang selalu kita buat tetapi kita tidak sedari..

Pelik … x pernah ok?.. Xpernah cukup … tajuk nukilan saya pada malam ini. sebenarnya kita tanpa sedari selalu berhadapan dengan sikap seperti ini. dan menjadi kemestian pemikiran seperti ini dilalui oleh setiap manusia yang membesar.

Pernahkah berlaku kepada anda seperti ini? :

Semasa anda di bangku sekolah anda katakan… xbest la sekolah, masuk U lg best. Bila anda dah masuk U..anda kata xbest la masuk U banyak kerja.. masa sekolah dulu lagi best..enjoy..tapi aku rasa…nanti kerja lah lagi best sbb ada duit bleh beli macam2..bila dah kerja anda kata..wah..xbest la kerja..tension giler..masa di U best..enjoy..xpyh fikir banyak..bleh keluar dgn kwn2..tapi mungkin dah lama kerja ok kot..dah jadi senior xlah banyak kerja..bila dah jadi senior..alamak..bila dah tinggi pangkat, banyak la plak tanggungjawab..masa aku mula2 kerja dulu lagi best..

Beli kereta…aku kalau pakai kancil takpe lah..bila dah pakai..xbest la kancil, wira lagi luas, bila dah pakai wira, aku kerja lama2 ni bagus aku beli kereta luar negara lah, xbest la kete luar negara ni..ramai org kaya dah skrg ni..aku mampu..baik aku beli kreta yang harga 300ribu ni..bila dah tukar yang 300ribu… xbest la kereta mewah pun biasa je…

Tempat menetap..mula2 pindah..wah cantik tempat ni..tempat nilah paling sesuai utk aku..lama kelamaan, tempat ni xcukup bersih la..tension rumah kat sini..pindah la tempat lain..bila dah pindah lama kelamaan, nyesal la aku pindah rumah dahulu tu..sini lagi tension,lagi kurang kemudahan..yang dulu lagi bagus..xpelah..aku pindah tempat lain lah..di tempat baru lama kelamaan..xbest la kat sini..kemudahan plak tak cukup..sunyi macam duk dlm hutan..rumah dulu lagi bagus…fuhhhh…

Saudara, saudari xpresi sekalian.. kenapakah jadi mcm yang saya contohkan diatas? ya, syukur…manusia ini susah utk bersyukur..sekiranya kita mengejar dan kejar hakikatnya..kemahuan tidak pernah cukup. sebab kemahuan ini ia subjektif ibarat bilangan 0 hingga tak tahu kemana perhentiannya.mungkin bleh jadi 0-12, atau 0-5000 atau 0- tak tahu bila ia berhenti.. mungkin hari ini kita dah dapat nilai 500. bila dah sampai 500 kita akan cari 1000 dan tak mustahil lebih lagi..persoalannya bila ia akan berhenti dan tercapai? istilah tercapai tu sampai mana? mungkin anda pun bingung nak menjawab..saya pun bingung nak pikir..

Mungkin anda jawab..” apa susah, kita kejar sampai kita rasa selesa lah..” apa pula yang anda jawab sekiranya saya tanya.. selesa yang macam mana? selesa skop yang macam mana? mungkin anda kan jawab selesa bila dah ada duit sekian banyaknya, ada kereta jenis ini itu, ada rumah sebesar itu..tetapi sekiranya bila anda dah tercapai..percayakah yang anda akan bermimpi lagi…sebab masa itu anda akan alami sendiri kelemahan2, kekurangan2 yang anda terlepas fikir sebelum ni…jadi, masa itu lah anda akan bermimpi lagi dan lagi dan lagi..

Masalahnya disini..bermimpi itu tidak salah..tetapi jika impian itu tinggi, tidak sejajar dengan kebolehan sebenar..anda boleh dihinggapi masalah. seperti Teori pemusatan perorangan yang diutarakan Carl Rogers. seseorang itu akan bermasalah sekiranya ideal self dan real self tidak selari. Maksudnya keadaan tidak bersyukur ini membuatkan anda bermimpi mempunyai diri idaman ideal self yang lebih sukar kerana tahap idaman yang semakin hari makin tinggi ini sudah tentu menganggu keupayaan sebenar diri real self individu. Oleh itu, sampai masanya akan berlaku anda mengidamkan sesuatu yang lari dari keupayaan sebenar diri anda. Oleh kerana itu diri anda akan tertekan, infioriti, rendah diri dengan apa berlaku kerana penetapan target yang tidak kesampaian.

Ada kajian terbaru dari negara barat, ramai pelajar sekolah menengah disana menghadapi kemurungan dan tekanan yang hebat akibat tekanan gaya hidup moden dan pengharapan untuk menjadi kaya dan terkenal. Oleh kerana pengharapan yang tinggi maka kegagalan mengundang kekecewaan.

Jadi, apa yang perlu anda buat? Pertama sekali adalah perlu untuk anda mempunyai rasa bersyukur, kerana bersyukur itu mampu memberikan kecukupan kepada rasa hati, kemahuan diri. Rasa bersyukur ini adalah matlamat yang paling hakiki yang mampu memberikan noktah dalam impian..Kedua, pastikan anda mempunyai ilmu yang cukup tentang fenomena ini. dengan adanya ilmu maka anda berpeluang untuk celik akal, menyedari bahawa anda telah terperangkap dalam masalah ini. cara sesuai untuk anda keluar ialah perlu untuk anda behenti belari seketika, berehat dengan tarik nafas, minum dan makan secukupnya, merangka kerja dan perancangan serta strategik..apabila selesai..mulalah melangkah perlahan, selangkah demi langkah, berlari dan berlari kembali mencapai peribadi yang mulia disisi agama dan kehidupan hakiki..

Renung2 kan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *