Keputusan Calon Jaya Rayuan Ke Program Matrikulasi KPM 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Keputusan calon jaya Rayuan ke Program Matrikulasi KPM 2021 bakal di umumkan mulai 9 OGOS 2021 pada Jam 3 PETANG. Justeru itu, bagi calon yang sudah membuat Rayuan ke Program Matrikulasi KPM 2021 ini boleh membuat semakkan keputusan ini. Hal ini bagi memastikan anda tidak terlepas peluang ke emas yang ada ini. 

“Tarikh semakan sebelum ini adalah 3 OGOS 2021 TETAPI telah DITUNDA ke tarikh 9 OGOS 2021 atas sebab-sebab yang tertentu”

Semakan Keputusan Calon Jaya Rayuan boleh dibuat melalui laman Web Rasmi Matrikulasi di https://matrikulasi.moe.gov.my 

***KEPUTUSAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN TEMPAT***

TAHUKAH ANDA!!!

Program Matrikulasi ini merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan calon melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjanna Pertama dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan Luar Negara.

Keputusan Calon Jaya Rayuan Ke Program Matrikulasi KPM 2021

Keputusan Calon Jaya Rayuan

Keputusan calon jaya Rayuan ke Program Matrikulasi KPM 2021 boleh dibuat mulai 9 OGOS 2021. Justeru itu, diharapkan para calon peka akan tarikh PENTING ini. Kejayaan tidak akan datang bergolek maka usaha yang tinggi perlu dipertingkatkan untuk berjaya.

Selain daripada Tarikh Semakan keputusan Rayuan, pelajar Matrikulasi yang sudah membuat permohonan pertukaran Program juga boleh membuat semakan Rayuan pertukaran program.
Syarat pertukaran Program Pengajian di Matrikulasi

Bagi pelajar Matrikulasi yang mahu membuat pertukaran Program aliran selepas mendapat tawaran, mereka boleh sekiranya:-

  • Hanya pertukaran JURUSAN SAINS kepada PERAKAUNAN sahaja dibenarkan.
Info Tambahan :  MARA : Program Pembangunan Bakat Muda

Keputusan Calon Jaya Rayuan

  • Surat Rayuan perlu dihantar kepada Pengarah kolej anda mendaftar
  • Pertukaran JURUSAN PERAKAUNAN kepada SAINS TIDAK DIBENARKAN
  • Pertukaran dari ALIRAN TEKNIKAL kepada JURUSAN SAINS atau sebaliknya perlu disalurkan kepada Pengarah Bahagian Mastrikulasi di Putrajaya 

PERINGATAN!!!

Pertukaran Program ini adalah berdasarkan kekosongan dan nisbah Jurusan Sains kepada Jurusan Perakuanan iaitu 80:20 di setiap kolej. Justeru itu, JANGAN meletakkan kejayaan pertukaran program 100% kepada permohonan tersebut.

Cara Semakan Pertukaran Program Matrikulasi KPM 2021

Cara menyemak Pertukaran Program Matrikulasi KPM 2021 adalah seperti:-

  • Masuk ke LINK RASMI MATRIKULASI https://matrikulasi.moe. gov.my
  • Setelah itu masukkan no Kad Pengenalan anda
  • Masukan No. Matrik yang sudah anda perolehi
  • Klik MASUK untuk menyemak
  • Sekiranya berjaya maka anda akan melihat “TAHNIAH PERTUKARAN PROGRAM ANDA BERJAYA”

Bidang Kerjaya Yang Boleh Pelajar Lepasan Matrikulasi KPM Ceburi
Bidang kerjaya yang boleh pelajar lepasan Matrikulasi KPM ceburi di peringkat Ijazah pertama bagi setiap jurusan yang ditawarkan adalah sepperti berikut:-

1) JURUSAN SAINS :-

  • Perubatan
  • Kejuruteraan
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Dietitian
  • Sains Teknologi Maklumat
  • Seni Bina
  • Kejururawatan
  • Sains Forensik
  • Sains Keihatan Bersekutu

2) JURUSAN KEJURUTERAAN :-

  • Kejuruteraan
  • Seni Bina
  • Keselamaatan Dan Kesihatan Pekerja
  • Bidang Teknikal

3) JURUSAN PERAKAUNAN :-

  • Perakaunan
  • Pengurusan Pernigaan
  • Ekonomi
  • Pentadbiran Awam/ Awam
  • Teknologi Maklumat
  • Pengurusan
  • Sumber Manusia
  • Undang-undang

4) JURUSAN PERAKAUNAN PROFESIONAL (JPPro)

  • Sijil Profesional Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di UiTM
  • Perakaunan
  • Perniagaan
  • Ekonomi
Info Tambahan :  Laluan Kerjaya Pada Musim Pandemik 2021

Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Selepas Mendapat Tawaran
Perkara yang perlu anda lakukan selepas mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM adalah:-

  • Layari Laman web https://matrikulasi.moe.gov.my klik BUTANG setuju terima, muat turun dokumen dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan
  • Membuat pembayaran Yuran di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara dalam talian mengikut jumlah yang ditetapkan
  • Mendaftar secara dalam talian mengikut kolej, masing-masing 

PENTING!!!

Yuran Pendaftaran sahaja dikenakan. Tiada yuran lain yang dikenakan. Kos pengajian dan kos penginapan adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Permohonan Pertukaran Kolej
Permohonan pertukaran koleh adalah muktamad. Namun begitu, anda BOLEH MEMOHON PERTUKARAN kolej sekiranya memenuhi syarat berikut :-

1. Pelajar memerlukan rawatan perubatan berkala disebabkan sakit kronik yang berpanjangan

2. Adik beradik ditempatkan di Kolej Matrikulasi yang berlainan atau

3. Pertukaran dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak atau sebaliknya 

***PERTUKARAN KOLEJ ADALAH BERGANTUNG KEPADA KEKOSONGAN***

INFO TAMBAHAN!!!

Penangguhan pendaftaran adalah tertakluk kepada syarat berikut:-

  • Jika tempoh penangguhan KURANG DARIPADA 5 HARI dengan sebab munasabah (contoh: kematian, kemalangan dll),
  • Permohonan rasmi perlu dibuat kepada pengarah kolej yang ditawarkan
  • Jika 5 hari ATAU LEBIH permohonan rasmi secara bertulis perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi

Diharapakan perkongsian ini memberi manfaat kepada calon yang berjaya dalam proses permohonan ke Program Matrikulasi KPM 2021. Setiap info yang diberikan ini adalah PENTING dan berguna buat semua pelajar.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments